Sunday, 23 December 2012

The first week of working ...

Alhamdulillah ... Cuti sekolah , hmm tak tahu lah ini dikategorikan sebgaia cuti sekolah atau bukan. Sebab mungkin hidupku selepas ini bukn lagi sebagai pelajar sekolah. Tetapi in sya Allah tetap bergelar seorang pelajar walau dimana aku berada. Selagi nafas masih terhela, selagi itu ilmu kuburu jua.

GURU TASKA ATAU JURUJUAL ?
Permohonan menjadi seorang guru tadika smartsoleh aku ditolak kerana aku tidak mungkin menandatangani kontrak bekerja selama setahun. lalu aku diminta menjadi guru taska. pada mulanya aku tidak keberatan, tetapi bimbang juga kalau angin kebosanan melanda. benar, teruja untuk bersama si cilik berlari-lari walaupun mungkin memeningkan kepala. AKHIRnya, aku putuskan untuk menjadi jurujual di kedai barangan arab.

RAMBANG MATA
"Banyak betul buku best-best at sini" getus hatiku. Salah satu faktor aku ingin bekerja disini ialah kerana barangan yang dijual kebanyakannya produk orang islam. tudung-tudung labuh, jubah aneka macam, buku0buku islamik , barangan dari middle east and banyak lagi. Boleh tanam saham akhirat sekali sebab tolong orang buat baik. ( tak semestinye keje cam ni je boleh tolong orang, semua kerja pun tolong orang, cuma mungkin ada yang tak nampak secara terus atau direct )
Wahh best kan .. mcm2 ada
Tudung labuh macam-macam warna ... cantik
Jubah morocco perempuan.. kalau lelaki yang lengan  pendek sikit
serban and tudung bidang 60 ... ( baru tahu serban pun macam-macam warna )
Halwa telinga .. 
P/S- tak sempat nak ketip gambar buku-buku yang awesome

OH MY CUSTOMERS !!
Satu lagi perkara yang aku syukuri adalah peluang berjumpa dengan RAMAI orang, dari pelbagai latar belakang. setiap orang membawa cerita yang berlainan. Alhamdulillah, aku agak peramah. jadi kelebihan ini aku gunakan semaksimum mungkin bila ada peluang. peluang belajar erti kehidupan...

NAMPAK BRUTAL BRO!
dikisahkan adalah 2 orang sahabat ini. seorang berbaju merah dan seorang lagi berbaju hitam, dan seluar jeans hitam ( siap ada tulisan rock-rock lagi ). Mereka beruda ni belek-belek lah sticker kereta. ingatkan nak cari yang mcm MU ke Harimau Malaya ke, anything yang brutal. tup tup dia amik sticker FI SABILILLAH ! okay, sorang nie tak lah muka brutal sgt, but sorang lagi kawan die yang pakai jeans pendek (tp still tutup lutut) mintak FI SABILILLAH jugak .. yang ni memang betul-betul terkejut. sebba muke memang brutal habis lah... so lesson of the day, First impression is not always right

STROKE, BEKAM, IQRA
Ada seorang hamba Allah ni. Subhanallah.. kesian kat die sebab kena stroke. tApi alhamdulillah dah okay sikit. mula-mula masuk kedai mintak kerusi. dah namppak dah macam kaki die sakit,  dia cari buku 100 nama Allah kat nabilah ( adik yg jaga kedai tu jugak ). after that, dia mintak IQRA'
aku : Untuk anak pak cik ke ?
dia : Anak saya dah ada .. ni untuk saya
aku : oh, pak cik mengaji dengan ustaz ke ?
dia : tak lah , saya nak belajar mengaji balik
aku : pak cik boleh baca quran ke
die : boleh tu boleh tapi merangkak lah
aku : pak cik ni, muallaf ke
die : nenek saya cina
die : awak baca quran setiap hari ke ?
aku : ----------- krik krik ------ ( soalan apakah ? =.= btw, aku pun bagi soalan cepuk mas kat die jugak . so its fair lah kan )
dia : kita kena baca quran setiap harii, nanti al-quran ni yang akan bagi syafaat kat kita.
aku : ( mengangguk, sambil tersenyum )

penafian - dialog diatas sekadar ringkasan dari perbualan dengan pak cik cina ini. gaya bahasa mestilah lain sikit. tak lah soalan ni direct terus... jaga adab lah kan :D pandai2 lah

pengajaran : Macam mana pulak ngan kita yang dah dikurniakan kebolehan untuk membaca al-quran dengan tertib dan tartil ? kalau pak cik nie yang umurnya dah menjangkau 30-an masih mampu bersemangat mengaji al-quran, macam mana pula dengan kita ?


macam-macam lagi. ada yang gaduh dengan isteri dia sebab berbalah nak beli sticker. di tuding jari betul-betul kat depan muka isteri dia. Allahuakbar, terasa panas lagi membara bila melihat maruah wanita diinjak sebegitu...isteri die merajuk terus jalan turun escalator, dia dok marah-marah isteri die "ni la orang perempuan " ... hurr.. lagi membara telinga ni. sesungguhnya AKU TIDAK HORMAT PADA MEREKA YANG TIDAK HORMAT DAN TIDAK MEMULIAKAN KAUM WANITA ! walau mereka salah, tidak wajar air muka mereka dijatuhkan didepan khalayak ramai. bukankah Allah menjadikan wanita itu makhluk yang lunak ?

IMAM SEMPOI
Mula sahaja dia menapak masuk kekedai, aku dapat rasakan satu aura yang kuata dari pasangan bahagia ni. seorang ustaz di kementerian pertahanan bersama isterinya yang berfurdah... Subhanallah, sempoi sangat pak cik nie... sweet couple lagi walaupun masing-masing dah berumur. Usia bukalah penghalang kebahgaiaan berumah tangga. selagi mana cinta itu didasari dengan keimanan, in sya Allah tiada istilah bosan. jubah-jubah aku terpaksa punggah sebab nak cari saiz dan warna yang dia mahukan. tetapi semuanya BERBALOI ! seriously, aku suka sangat dengan pak cik ni. kelakar sangat. tapi dalam lawaknya sentiasa ada mesej yang nak disampaikan pada aku ... alkisahnya, pakcik and makcik nie datang nak beli jubah sebab ada event esoknya. Rasanya ada program rasmi, so nak belilah jubah baru .. and rasanya pak cik nie dah lama tak pakai jubah .. hihi
aku: cari jubah pak cik ?
pakcik : ha'ah .. esok najib nak suruh pak cik datang baca doa
aku: okay !!
pak cik : ketat lah yang.. rasa ketat lagi dari yang rumah
aku : ( mula tertawa kecil )
mak cik : ye ke ?
aku : tu satu cabaran untuk pak cik diet
pak cik : 3 TAHUN LAGI BARU DIET !
aku : haha
pak cik : tu kakak belajar kat ne ( kakak sorang lagi yang jaga kedai tu .. dia pakai niqab)
aku : pondok mane ntah... tapi dah kahwin dah
pak cik : YA ALLAH, dia cakap macam kita ,,, yang(sambil pnadang isteri die ) ,,, ISH !!!
aku : eh tak tak.. maksudnya, kakak tu dah habis belajar lah, and sekranag dah kahwin .. tak bermaksud tau pak cik ( adoi pak cik nie, dah lah tengah gelabah carik baju saiz dia, sakit perut asyik gelak je ngan pak cik ni )
pakcik makcik dan aku : (gelak) '
mak cik : kat sini ada jual purdah ye 
aku : ha'ah . ada macam-macam jenis
makcik : nak satu warna hitam
pakcik : kenapa tak ada getah? nanti sesak nafas hidung tersumbat macam ni ( dia buat ekspresi muka hidung tersumbat sebab pakai purdah tak dek getah )
aku : haha ( apelah pak cik ni )
pakcik: e'eh lain pulak muka hari ni ( sambil pandang muka makcik yang baru try purdah baru ) .. tak boleh ni yang, TABARRUJ, ALLAH MURKA (nada dia mcm sungguh makcik tu melawa tahap tabarruj)
aku : (GELAK... hanya tu yang mampu )
dah selesai semua, aku pun pergilah ke surau nak solat isya' . balik kedai balik tengok pak cik tu baru keluar dari kedai..
pak cik : Nak amik duit balik, tak cukup duit tambang balik rumah 

kakak : pak cik tadi bli kopiah , dia cakap " Biru macam BN , merah macam UMNO... bagi yang putih lah "
aku : haha 
ditakdirkan, panjang betul jodoh aku and makcik and pak cik nie. mak cik tertinggal barang dia kat kedai, so aku pun sms suruh dtg amik.. 2 hari kemudia dia datang lagi
aku : pak cik, jubah hitam saiz yang pak cik nak dah sampai
pak cik : hah okaylah
aku : pak cik try lah dulu ...
makcik : barang mak cik mana ?
aku : ni ha
makcik : bagi mak cik 2 lagi purdah ..
aku : okay..
aku : pak cik , ada orang kata pakai jubha bukan sunnah die just baju yang biasa dipakai olh orang arab...
pak cik :  al-Sunnah adalah sesuatu perkataan,perbuatan dan pengakuan Nabi S.A.W. so , pakai jubah ni kira perbuatan nabi ... tapi mungkin jugak kalau nabi hidup zaman sekarang nabi pakai kemeja
aku : o0o0o0o0o0
pak cik : ada apa2 lagi tak nak tanya .. pak cik nak balik nie
aku : ( terdiam, kemas-kemas  baju jubah .. kalau boleh nak terus borang-borak dengan mak cik pak cik nie.. sedihnya ... )
pak cik : kamu bila nak pakai furdah?
aku :  ???? ( pak cik ni bagi soalan cepuk mas pulak. what kind of question is that ? 0.o boleh pulak dia tanya soalan ni ? nak suruh aku pakai ke ? o.0 )
mak cik : kita pakai purdah, kene betul-betul nawaitu. kalau nak tabarruj, tok sah pakai. boleh jadi kita pakai purdah tapi still tabarruj...
aku : pak cik saya lipat je macam-macam mane
 pak cik : lahh anak dara tak reti lipat kain 
aku : eh tak tak ( sekali lagi, aku diper'tidak pandai'kan oleh pak cik ni )
pak cik : baru ingat nak masuk meminang 
mak cik : (gelak-gelak)

p/s - kan best ramai customer macam pak cik mak cik nie ! bahagia hidup ku... dalam pendekatannya yang sempoi, tapi sarat membawa makna. kalau tidak , masakan hatiku begitu tertarik pada akhlak dan peribadi mereka. Subhanallah. aku rindu pada mereka... 

macam-macam lagi. ada yang gaduh dengan isteri dia sebab berbalah nak beli sticker. di tuding jari betul-betul kat depan muka isteri dia. Allahuakbar, terasa panas lagi membara bila melihat maruah wanita diinjak sebegitu...isteri die merajuk terus jalan turun escalator, dia dok marah-marah isteri die "ni la orang perempuan " ... hurr.. lagi membara telinga ni. sesungguhnya AKU TIDAK HORMAT PADA MEREKA YANG TIDAK HORMAT DAN TIDAK MEMULIAKAN KAUM WANITA ! walau mereka salah, tidak wajar air muka mereka dijatuhkan didepan khalayak ramai. bukankah Allah menjadikan wanita itu makhluk yang lunak ?
'

Thursday, 20 December 2012

KIAMAT PADA 21 DISEMBER 2012 ???



MENGIKUT kalendar 2012, awal Ramadan ialah pada 20 Julai iaitu hari Jumaat dan 15 Ramadan juga, hari Jumaat. Hadis Rasulullah SAW ada menyebut mengenai huru-hara besar yang akan berlaku pada tengah malam pertengahan Ramadan iaitu pada Jumaat 15 Ramadan.

Itulah yang heboh disebarkan dan fakta dikuatkan oleh hadis, melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau dalam laman sosial Facebook sejak tiga tahun lalu dan berulang lagi tahun ini walaupun sudah ada penjelasan diberikan pihak berwajib.


Jabatan Mufti Perlis yang turut menerima pertanyaan orang ramai mengenai maklumat dan hadis berkenaan memberitahu, hadis itu tidak sahih dan tidak boleh dijadikan hujah bahkan ia adalah hadis yang terlalu lemah atau palsu.


Perkara ini tidak menghairankan kerana sudah banyak maklumat mengenai huru-hara atau dunia akan berakhir pada 2012 disebarkan termasuk yang dikaitkan dengan tarikh tepat dalam kalendar suku Maya yang dijumpai di bawah runtuhan di Mexico iaitu kiamat bakal berlaku pada 21 Disember 2012.

Ditambah pula dengan sogokan daripada filem Hollywood yang memaparkan dunia akan kiamat seperti filem 2012, Armageddon atau Deep Impact. Semua cereka sains itu menunjukkan keadaan kacau bilau dan bencana yang berlaku di seluruh dunia menjelang kiamat.

Masih ada yang terpengaruh dengan tukang ramal seperti Nostradamus yang turut meramalkan dunia akan berakhir pada 2012. Beliau sebelum ini pernah meramalkan bahawa dunia akan berakhir pada 1999.

Satu lagi yang mengaitkan dunia akan berakhir tahun depan dibuat penulis Bible Code iaitu Michael Drosnin yang mendakwa Bible Code adalah siri wahyu awal menggunakan teks Hebrew. Bible Code menyatakan bumi akan dilanggar meteor atau komet pada 2012.

Malah, jika diperhatikan sekarang ini di Barat ada gereja dan kumpulan tertentu yang berkempen di jalan raya mengingatkan orang ramai bahawa dunia akan kiamat tahun depan. Agensi Angkasa Amerika Syarikat (NASA) juga dikatakan sudah mengesan sebuah planet yang mereka namakan Nibiru atau planet X, dilaporkan akan melalui kawasan berhampiran bumi.

Sunday, 16 December 2012

Tajdid Taqwa

Tajdid Taqwa

Alhamdulillah .. siap juga header 


dan siap lah juga post divider ... harap lebih senang dipandang ... uslub dakwah kan pelbagai ;D

Friday, 14 December 2012

JUAL MOTOR JIHAD GAZA ... ALLAHURABBI!



Bermula dgn mimpi mempertahankan Palestin. Keesokan pagi, sewaktu membuka fb adik ini terus melihat jemputan Misi Solidariti Aman Palestin. Tanpa memikir panjang dia mengambil keputusan ke Ghaza. Ketika itu katanya "Nilai saya zero. Tiada satu sen pun di dlm tangan. Yang ada hanya sebuah motosikal & buku-buku senibina".

Pelajar senibinaan USM ini terus mengumumkan di Fb Aman Palestin utk melelong motosikal kesayangannya. Inilah kenderaan yg membantunya berulang alik ke kuliah dan pulang kerumah. Harga motornya rm10 ribu. Sudah selesai dibayar. Yg diharap dari pembida sekurang kurangnya rm5 ribu. Namun sangkaannya meleset. Tiada yg berminat. Akhirnya dia menjual motosikalnya di kedai motor terpakai pada kadar 3ribu ringgit (he found out that his bike was later sold at rm7k). Muhibbuddin redha.

Dia terus bertekad mencari rm4500 selebihnya. Satu-satu harta yang tinggal hanyalah buku-bukunya. Nasib baik ada rakan yg memahami. Semua menghulur apa yg ada untuk membantu Muhibbuddin mencapai impiannya ke bumi ambiya.

Thursday, 13 December 2012

TheStar : Victory In Macau, congrats SEPINTAR !

GAMBLERS aren’t the only ones who can win big in Macau.
Rejoicing: Ahmad Adam (right) and Haris Murad won two medals for their simple yet effective invention.
Ahmad Adam Syahmie (right -my classmate @o@) and Harris Murad (left) from beloved SEPINTAR ( Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang ) 


Two of our very own Malaysian students recently took home gold medals from the 2012 Macau Communic and International Innovation and Invention Expo held at Macau’s Fisherman’s Wharf Convention and Exhibition Centre.
The eager pair, Ahmad Adam Syahmie Ahmad Shahril Akmar and Haris Murad Imran Nurginias who are in Form Five at Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang (Sepintar), were giddy with excitement when they were asked to detail their invention.
Essential: The ingredients used to make the winning bug spray. The medals won by the boys are displayed in the background.Essential: The ingredients used to make the winning bug spray. The medals won by the boys are displayed in the background.
“Basically what won us those fancy medals was a simple bug spray, one specifically designed for ants.
“We know there are a lot of bug sprays on the market but we wanted to come up with one that was environmentally-friendly and uses natural ingredients,” said Ahmad Adam.
He said they brainstormed with their supervising teacher Khairul Kamariah Aziz who teaches Biology at the school.
“She asked around for students who wanted to participate in the International Engineering Invention and Innovation Exhibition (I-Envex) and Malaysian International Young Inventors Olympiad (Miyio) earlier in April.

Monday, 10 December 2012

Menangislah .... Dr Asri - Bilal Bin Rabah





COUPLE itu HARUS ke HARAM ???


Berpasangan sebagai kekasih atau kenalan seperti mana yang berlaku sekarang sememangnya haram disisi syara’. Ianya bukan datang dari Islam yang suci tetapi dari barat yang sudah hancur peradabannya.

Bercouple seolah2 sudah diterima oleh masyarakat kita sekarang padahal hukum tersangat jelas tentang perkara ini. Seorang wanita yang bukan mahram hanya boleh di kenali dengan tujuan bernikah sahaja atau sebab2 yang di haruskan syarak. Lain dari tujuan itu tidak dibenarkan berkenalan bahkan sesama tunang pun masih haram kelaur bersama tanpa di temani oleh mahram.

Seorang lelaki hanya di haruskan berkenalan dengan seorang perempuan yang bukan mahram jika dengan niat mengambilnya sebagai isteri. Itu pun wajib di patuhi peraturan agama seperti tidak boleh berduaan tanpa di temani mahram dan tidak boleh menyentuh badannya dan tidak boleh berbual melalui telefon melainkan perkara yang sangat mustahak.
wallahua’lam

5 SEBAB MENJADIKAN BER”COUPLE” HARAM

Pada asasnya, hukum bercinta-kasih, berpasangan (couple) atau seumpamanya adalah harus. Akan tetapi terdapat beberapa perkara/tindakan yang boleh menyebabkannya menjadi HARAM. Antaranya :

PERTAMA: TIDAK MEMPUNYAI NIAT YANG BAIK ATAU SEBALIKNYA Sesebuah perhubungan ˜istimewa” antara seorang lelaki dan wanita seharusnya didasari dengan niat yang baik seperti bertujuan untuk berkahwin. Justeru sebarang perhubungan yang tidak bertujuan seperti tersebut adalah tidak harus seperti bercouple untuk berhibur, bersuka-suka dan sebagainya.

KEDUA: TIDAK MEMATUHI (MELAMPAUI) SYARIAT AGAMA Lumrah bercouple seakan tidak dapat lari dari aktiviti seperti ber”dating”, ber”shoping” dan sebagainya hatta ada yang sampai ke peringkat “membonceng”. Tidak kurang juga (tanpa segan silu) menggunakan istilah-istilah yang kononnya menunjukkan sikap “caring” seperti memanggil darling kepada pasangannya. Paling tidak, pasti di dalam pertemuan(dating) akan berlaku pandangan mata yang tidak harus, perbicaraan yang tidak wajar dan seumpamanya. Semua perlakuan ini adalah bercanggah dengan ajaran Islam yang mengharamkan perhubungan bebas di antara lelaki dan perempuan. Yang paling penting, apabila Syariat Islam mengharamkan sesuatu perkara/perbuatan, maka wasilah atau tindakan yang menuju kepada perkara yang diharamkan tersebut juga turut diharamkan. Kaedah Fiqh ada menyebutkan : sesuatu yang membawa kepada yang haram, maka ia juga menjadi haram. Justeru berdasarkan kaedah ini, maka bercouple yang membawa kepada perlanggaran hukum syariat juga adalah haram.

Wednesday, 5 December 2012

9 Pedang Rasulullah


Ini adalah pedang-pedang yang pernah dipakai oleh Nabi Muhammad SAW semasa hidupnya untuk berdakwah,  jumlah total pedang yang pernah digunakan ada 9 buah.
1. Al Ma’thur
Al Matthur
Juga dikenal sebagai ‘Ma’thur Al-Fijar’ adalah pedang yang dimiliki oleh Nabi Muhammad SAW sebelum dia menerima wahyu yang pertama di Mekah. Pedang ini diberi oleh ayahnya, dan dibawa waktu hijrah dari Mekah ke Medinah sampai akhirnya diberikan bersama-sama dengan peralatan perang lain kepada Ali bin Abi Thalib.
Sekarang pedang ini berada di Museum Topkapi, Istanbul. Berbentuk blade dengan panjang 99 cm. Pegangannya terbuat dari emas dengan bentuk berupa 2 ular dengan berlapiskan emeralds dan pirus. Dekat dengan pegangan itu terdapat Kufic ukiran tulisan Arab berbunyi: ‘Abdallah bin Abd al-Mutalib’.
Foto diambil oleh Muhammad Hasan Muhammad al-Tihami, Suyuf al-Rasul wa ‘uddah harbi-hi (Cairo: Hijr, 1312/1992).
2. Al Adb

Al Adb

Tuesday, 4 December 2012

Doa Pengasih Dari Al-Quran



Bagi pembaca yang selalu bertanya cara-cara berdoa dalam posting "DOA PENGASIH". Berdoalah dengan mengikut adab-adab berdoa sebelum berdoa supaya doa dimakbulkan. Sebelum berdoa kita digalakkan menggunakan ayat-ayat al-Quran. 

Di antara adab-adab berdoa hendaklah memulakan dengan memuji-muji Allah Taala terlebih dahulu kemudian disusuli dengan selawat ke atas Rasulullah S.A.W. Pastikan niat dibetulkan terlebih dahulu dan juga cara-cara kita berdoa hendaklah tidak melanggari syariat yang telah ditetapkan oleh Islam.

Dari tiga dalil yang di bawah ini dapatlah kita ketahui bahawa akan kepentingan doa itu. Ketahuilah bahawasanya al-Quran adalah kalam yang paling baik dan paling sempurna untuk manusia berhubung dengan Allah Taala (berdoa). Sehinggakan maksud solat dari segi bahasa juga ditakrifkan sebagai doa. 

Sunday, 2 December 2012

Mari kenali Al-Aqsa : Umat Islam wajib tahu !

Berbangunan atau tidak berbangunan, keseluruhan kawasan masjid berpagar yang dibina oleh Nabi Sulaiman ini (seperti ditandakan dengan garisan hijau dalam gambar di atas) adalah keseluruhan Masjid al-Aqsa. Inilah maksud al-Masjid al-Aqsa yang disebut di dalam Surah al-Isra ayat 1. )


Al-Aqsa sebenarnya bukanlah hanya Dome of The Rock (bangunan berkubah emas). Al-Aqsa juga bukanlah hanya bangunan masjid yang berkubah hijau. Masjid yang berkubah hijau itu dipanggil al-Jami’ al-Aqsa (Masjid Jamek al-Aqsa).
Al-Jami’ (Masjid Jamek) membawa erti masjid itu digunakan untuk sembahyang Jumaat. Orang Arab selalu menggunakan nama masjid untuk merujuk kepada rumah ibadat orang Islam walaupun ia merujuk kepada tempat kecil seperti surau, ia tetap dipanggil masjid. Ada juga istilah lain yang mereka guna seperti musalla dan sebagainya. Jadi, jangan keliru dengan perkataan masjid, yakni ada kalanya ia merujuk kepada surau, musalla atau tempat solat yang tidak dibuat solat Jumaat.
Bangunan-bangunan ‘al-Jami’ ‘ dan Dome itu, mengikut sejarah Islam, masih belum wujud ketika Nabi Muhammad SAW pergi ke situ dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Ketika Nabi SAW pergi pada waktu itu, tempatnya adalah lapang. Ia dikelilingi tembok sahaja. Kawasannya luas, lebih kurang 144 ekar.

Saturday, 1 December 2012

Aurat Hati!



Kata Syed Qutb Rahimahullah, dalam Tafsir Fizilalil Quran, surah Al-A’raf, ayat 26: ‘Pakaian Taqwa menutup aurat hati manusia’

Saya tertarik nak kongsi tentang ‘Aurat Hati’. Hati juga ada aurat? macam mana nak tutup aurat hati?

Aurat hati ditutup dengan pakaian Taqwa. Apa itu Taqwa?

Suatu ketika Umar Al-Khattab pernah bertanya kepada Ubai bin Ka’ab:

Umar Al-Khattab : Apa itu Taqwa?
Ubai bin Ka’ab : Pernahkah kamu melalui jalan yang berduri?
Umar Al-Khattab : Pernah.
Ubai bin Ka’ab : Apa yang kamu lakukan?
Umar Al-Khattab : Saya melaluinya dengan penuh hati-hati.
Ubai bin Ka’ab : Itulah Taqwa.

Taqwa itu merasai pengawasan Allah. Merasai dirinya dilihat Allah. Perasaan ini akan mjdkan manusia itu sentiasa berhati-hati dalam setiap perbuatannya.

Dia akan sentiasa memelihara hatinya dari maksiat, sentiasa memeliharanya matanya dari maksiat, sentiasa memelihara otaknya dari maksiat, sentiasa memelihara lidahnya dari maksiat. sentiasa memelihara seluruh kehidupannya dari maksiat.

Dia akan sentiasa berfikir, adakah perbuatannya itu disukai Allah, di redhai Allah, atau sebaliknya.

Orang yang memakai pakaian Taqwa, akan rasa malu pada Allah, akan rasa takut pada Allah. Dia akan rasa malu dan takut nak buat dosa.

Ya Allah, pilihlah kami untuk memakai pakaian yang terlalu istimewa ini. Jadikan 'pakaian Taqwa' ini terlalu cantik dan indah untuk menutupi aurat hati kami. Ameen