Showing posts with label Muslimah. Show all posts
Showing posts with label Muslimah. Show all posts

Friday, 23 December 2011

Untukmu.. (hikayat 'couple islamik')


Video pertama yg ana edit sendiri ( stelah bbrp lama tak sentuh moviemaker )





~
dakwah minni ukhti nadhirah
~

Tuesday, 9 August 2011

We're the queens ^.-




A British man came to Sheikh and asked:
"Why is not permissible in Islam for women to shake hands with a man?"

The Sheikh said:
"Can you shake hands with Queen Elizabeth?"

The British man said:
"Of course not, there are only certain people who can shake hands with Queen Elizabeth."

Sheikh replied:
"Our women are queens and queens do not shake hands with strange men"


Masya-Allah ;)



Saturday, 6 August 2011

Tundukkanlah Pandanganmu wahai wanita solehah


"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.......(ilal akhir)"
(surah an Nur: 31)



Wanita memandang laki-laki tidak terlepas dari dua hal, baik itu di televisyen ataupun lainnya:

1. Memandang disertai syahwat dan rasa senang. Ini hukumnya haramkerana mengandungi kerosakan dan fitnah.

Wednesday, 1 June 2011

Zikir ... KISAS wow !

First time ana bace post nie terus dlm hati nie ... ' MANTAP LAHH KISAS '
bagus nye diorg ... cube bace ape yg BADAR diorg tulis kat blog diorg
semua org kene ade tasbih sendiri sentiasa kat tangan
mmg Patut dipraktikkan pun . haish , terasa kerdilnye diri nie :(

ZIKIR~

Walaupun baru 5 hari cuti bermula, ingatan pada Bumi Waqafan kerap bermain d minda. Jadi, ana teringin untuk sentuh tentang satu benda ( it rhymes!).

BISING.....!

Akhir-akhir ni, dua perkara ni kerap ditekankan di KISAS. Bising. Kat Aspuri, memanglah lebih penekanannya kalau bising. Sebab fitrahnya, perempuan ni lebih terjaga adab sopannya. Kalau bising sikit, dah kena tegur.Kalau di Aspura, jangan ingat tak ada masalah ni. Cakap kat floor lain, dengar kat floor blok lain.Mengalahkan announcement kp.Kenapa kat KISAS ditekankan bab bising ni? Kalau sekolah lain datang melawat, KISAS umpama kubur (kata salah seorang pelajar sekolah yang melawat). Senyap semuanya.

Well, kenapa? Simple. Kebisingan kita mengambil hak privacy orang lain. Orang nak berehat, terganggu. Orang nak Study, tak dapat nak fokus. Orang nak beribadah dalam musolla, tak khusyu'. And the more we talk the less we zikir.Tapi bukan itu persoalannya di sini. Persoalannya, kenapa susah nak kawal bising?Dan macam mana?

Teguran? Hm, dah lali..

Tolak mar
kah rumah? haih,bising pun nak tolak markah rumah ka? so lame...


Jadi, ana nak mencadangkan satu cara.....

SETIAP SEORANG ADA TASBIH PERSENDIRIAN!


Tak kiralah apa bentuknya...




Tasbih bijik konvensional....








Atau dalam wajah yang nampak lebih elegan n exklusif.... (muslimat suke ni)










Atau tasbih digital!











Mungkin juga tasbih digital yang palm-sized dan berwarna -warni!






ASALKAN ADA TASBIH UNTUK DIPEGANG SETIAP MASA!

Bukankah Nabi pernah bersabda dalam satu hadis, kalau kita berzikir guna ruas-ruas jari, di akhirat nanti jari tu akan jadi saksi kat akhirat? Soalan ni pernah diajukan kepada seorang ulama, dan jawabnya, dengan memegang tasbih, kita akan lebih ingat untuk berzikir.Samalah, kalau kita jalan bawak nota poket dengan kita jalan tak bawa nota poket, dalam keadaan mana kite lebih ingat nak hafal fakta-fakta akademik kita tu?

Kita manusia, selalu lupa dan leka.Kita selalu lupa untuk ingat padaNYA. Kita selalu lupa untuk banyakkan selawat pada Muhammad s.a.w, Kekasih Teragung.Dan bila kita lupa untuk berzikir, mulalah mulut ni ringan bercakap itu dan ini. Alhamdulillah jika yang meluncur keluar itu banyak manfaatnya, tapi kalau yang keluar itu sekadar umpat, nista, perkara yang sia-sia?Bila kurang zikir, mula banyak cakap. Bila banyak cakap, baru jadi bising.

Satu biah solehah yang ana syukuri masih ada di Kisas, sementara menunggu orang berucap dalam apa-apa acara, alunan zikir akan dilaungkan beramai-ramai.Alhamdulillah. Hati ini rasa terisi. Tapi itu ramai-ramai.Tapi kita tengok yang fardi-fardi. Cuba kalau semua orang, sambil jalan nak pergi Dewan Makan, zikir.Sambil sidai baju, zikir.Sambil kemas loker, zikir.Percayalah, dengan mengingati Allah, hati akan jadi tenang

Dulu, ana pun tak berapa percaya akan keberkesanan amalan ni. Tapi, Alhamdulillah Allah gerakkan hati untuk cuba. Alhamdulillah, hidup lebih tenang. Fikiran lebih matang dan rasional. Kalau ada masalah, automatik mulut akan mengucap zikir. Apa-apa yang mendatang, jiwa lebih redho. (moga Allah memeliharaku daripada riya' dan ujub, namun kukongsi pengalaman ini sekadar supaya semua dapat merasainya)

Mungkin selama ni kita ingin sangat usaha kita mendatangkan hasil yang cepat sebab kurang

zikir pada Allah

zikir pada AllahBaik dalam pelajaran, dakwah,kemenangan rumah sukan (?).Mungkin
selama ni kita ringan je nak ngumpat orang sebab kurang tuturkan nama-nama NYA. Kita
cepat marah, melenting sebab lidah kita kering daripada menyebut dan memuji

nama-namaNYA

nama-namaNYA.Ilmu susah lekat , sebab yang singgah kat telinga kita hiburan-

hiburan yang melekakan

hiburan yang melekakanIbadah rasa liat nak buat sebab telinga selalu dengar

maksiat

maksiat. Apa lagi,

SHIFT YOUR PARADIGM!

Banyakkan Zikir, Rajinkan Berfikir,
Nafas yang dihirup ini bukan saja-saja, tapi ada pertanggungjawabannya!

Sunday, 29 May 2011

Mari rebut gelaran Muslimah Solehah

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.
Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami
Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut:
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga
2. Taat kepada suami
- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga
FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA
Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.
Faktor-faktor tersebut ialah:
1) Lupa mengingat Allah
Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:
” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”
Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.”(Riwayat Tarmizi)
Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.
2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.
Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: ertinya:
” Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.”
3) Mudah terpedaya dengan syahwat.
4) Lemah iman.
5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.
Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang terbaik adalah Wanita yang solehah.