Showing posts with label my daily diary. Show all posts
Showing posts with label my daily diary. Show all posts

Monday, 21 April 2014

Perjalanan dan sebuah bingkisan darinya

Pagi sabtu pulang ke Rawang
Pagi ahad pulang ke Shah Alam
Sehari cuma,  tapi sangat bermakna kerana dihabiskan dengan insan-insan yang tersayang.

Tidak sedikit pengalaman pulang ke Shah Alam. Bermula dengan insiden menunggu ketibaan train, saya sedang menikmati cendol rm2 yang baru dibeli ketika datang seorang lelaki muda awal 30-an saya kira.

'' Adik, tahu tak nak tunggu bas balik ke utara di mana? '' Ujar lelaki tersebut.

"Maaflah,  saya tak tahu sangat jalan-jalan kat KL ni"

Kemudian dia beritahu bahawa begnya sudah hilang. Lebih tepat lagi diragut. Saya mula tidak selesa kerana terpaksa berada dalam situasi ini. Lalu dia meminta pertolongan saya.

Saya menghulurkan sedikit wang tetapi dia tidak berpuas hati dengan nilai sumbangan saya itu.  Katanya tidak cukup pun nak buat apa-apa. Lalu saya katakan pada dia bahawa itu sahaja yang termampu.

"kalau cucuk duit tak boleh?”

Saya bertambah curiga lalu cepat-cepat mematikan perbualan. Dia cuba untuk meyakinkan saya supaya jgn pelik bila dia bertanyakan orang lain juga kerana katanya dia perlukan agak banyak.

“saya kena selamatkan kereta saya"

Saya hanya mengangguk dan terus bergegas ke tempat orang lebih ramai.

Pengalaman yang mendebarkan. Saya tidak pasti sehingga kini adakah dia benar-benar jujur atau tidak.  Sekiranya betul,  smoga Allah memberikan kemudahan dalam urusannya,  jika tidak, semoga allah nemberinya hidayah.

Komuter tiba tidak lama selepasitu dan saya terus menaiki koc wanita.  Agak berasap juga bila ada kaum-kaum yang mengalamj krisis identiti.  'perempuan atau lelakikah aku?'

Sesampai di stesen KTM Shah Alam saya mengambil teksi untuk pulang ke kolej.

Bertemu pula dengan seorang pak cik rakyat marhaen yang bertanya tentang cukai kereta dan mengapakah perlu cukai yang tinggi.

Saya terdiam dan hanya mampu memberikan pandangan peribadi.

Saya cuba membayangkan pasti ramai rakyat yang memikirkan soalan yang sama.

Ayah-ayah yang memerlukan kereta bagi menghantar anak-anak ke sekolah dan pergi bekerja.

Jika kemudahan pengangkutan awam kita tersusun dan sistematik pastinya isu ini tidak sebesar mana.

Jangankan kereta, pasti ada yang tidak mampu walau untuk memiliki motosikal. Kalau mampu sekalipun, dengan peningkatan harga petrol dan barangam lain pastinya menjejaskan  rakyat marhaen kelas sederhana dan ke bawah.

Kehidupan simplistik pak cik ini mungkin tidak nampak signifikan pada pandangan sebahagian orang.  Tetapi dalam episod harian pak cik ini,  tidak siapa yang tahu kisah perit dan payahnya.

Maafkan saya pak cik yang hanya mampu melihat dan menulis. Semoga Allah memberkati keluarga, rezeki dan kehidupan pak cik.

Sekurang-kurangnya, ada sebaris doa yang dapat saya panjatkan.


Thursday, 30 May 2013

Sepasang mata dan sekeping hati | bila ia kering kegersangan

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi maha Mengetahui

Hari ini saya ingin menulis seputar kisah sepasang mata dan sekeping hati buat ibrah bersama. Kisah sepasang mata yang dulu sering juga basah dengan titis-titis embun syahdu yang lahir dari sekeping hati. 

Hampir setiap hari ia disirami air barakah. Barangkali ia satu proses tarbiyyah. Setelah bertahun-tahun mata dan hati itu basah dengan air kelodak yang memedihkan mata. 

Suatu hari sepasang mata dan sekeping hati itu terasa perit kembali. Ia ketandusan. Datarannya kegersangan. Baharulah sepasang mata dan sekeping itu mengerti. Sudah lama ia tidak dibasahi.

Mata kanan dan mata kiri memejamkan kelopaknya. Diam begitu. Lama. Mencari dalam kegelapan satu titik cahaya. Rentak degup jantung sedikit sebanyak membantu mereka mencari cahaya itu. Dalam kesamaran sepasang mata itu bertanya pada cahaya.

"Cahaya, mengapa kau semakin malap. Tidak seindah dulu. Hati kian kesamaran keranamu"

Cahaya tinggal diam. Tidak mahu menjawab. Tetapi sepasang mata itu semakin faham dan dapat menduga. Mata kanan dan mata kiri terus terpejam. Ia singgah ke jendela jantung. Sepasang mata itu terasa panas dan kebasahan. 

"Jantung, walau apapun yang berlaku kau tidak pernah menyalahi arahan Rabb-mu. Walaupun kami terpejam dan tertidur kau tetap juga bekerja. Mengikut aturan tuhanmu. Sedangkan kami ini sentiasa melakukan maksiat kepadaNya."

Jantung terus mengepam darah-darah mengikut aliran. Sapaan sang mata tidak sedikitpun membuatkan ia mahu berhenti sejenak dan berehat melayan tamunya. Itulah taqdir dan aturan tuhannya yang tidak sesekali pernah dan akan ia langgar. Mata faham dan berlalu pergi

Akhirnya sepasang mata itu tiba juga di pintu hati. Mata akhirnya menangis melihat keadaan hati yang sakit, tandus dan tidak subur lagi seperti dulu. 

"Wahai hati, aku dan mata kiri terasa perit kerana kami kekeringan. Mengapa tiada lagi titis-titis syahdu dari dataranmu?"

Dalam ketar suara hati menjawab "Tidakkah kau lihat keadaanku yang sedang sakit ini. Dan tidakkah kau rasakan betapa rimas aku hidup dalam kesamaran dan kegelapan seperti ini?"

Mata turut bersimpati. Namun mereka perlukan kepastian

"Wahai hati. Jantung bekerja terus seperti biasa walaupun kami tidur. Walaupun cahaya semakin malap dan menyesakkan. Jari jemari, tangan serta kaki juga kelihatan sihat dan tidak sakit. Malah boleh mendaki bukit dan berlari. Masakan keadaan kita seperti ini?"

"Mata kanan dan mata kiri. Jika kalian melihat tubuh ini bergerak sihat tidak bermakna dalamannya juga sihat. Lihatlah aku dan kamu berdua. Aku sesak dan sakit. Aku juga ketandusan. Tetapi tubuh ini menzalimi dirinya sendiri. Aku tidak dipakaikan pakaian dari rasa malu. Hidangan Zikrullah dan ibadah juga semakin tidak enak serta sedikit. Bagaimana aku boleh bertahan, hidup dan segar. Dindingku dipecah-pecahkan dengan hiburan yang tidak mendidik jiwa. Santapan rohani berupa ilmu sudah lama tidak dapat aku hadam. Oleh sebab itulah, cahaya ini semakin malap"

Mata kanan dan mata kiri kini saling berpandangan. Perlahan-perlahan sepasang mata itu kembali ketempat mereka. Masih tertutup kerana malam masih hitam. Kira-kira sepertiga akhir malam. Tiba-tiba sepasang mata itu terbuka. Jemari tubuh meraba-raba. Lampu dipasang, mata kanan dan mata kiri terkenyit sepet.

Kaki kini menuruni katil yang empuk lagi enak. Badan terasa masih memerlukan rehat dan mata juga mahu ditutup kembali. Tapi goncangan dari hati menyentak kelopak mata. Mata akur.

Pili air dibuka dan sebahagian tubuh dibasahi wudhu'. Langkah diatur dan sejadah putih dibentangkan dihadapan mata. Tangan diangkat lalu kedengaran bibir mengucap takbir

"Allahu akbar"

Malam itu, sepasang mata itu kembali subur dan tidak lagi kegersangan. Hati juga semakin sihat walaupun remuk redam dek kerana rintihan dosa, kelalaian serta kealpaan. Dahi yang menyentuh bumi juga seakan meraikan sepasang mata dan sekeping hati. Semoga mereka tidak lagi tandus dan mati. Alhamdulillahi rabbil 'alamiin ...




Friday, 30 December 2011

Perkongsian atas rasa Mahabbah kepada Allah

Dengan Asma Allah yang Maha Pemurah lagi maha Mengasihani

Petang semalam, ana sorting buku-buku yang nak dibawa keasrama minggu depan a.k.a TAHUN DEPAN. (subhanallah cepatnya masa berlalu)... Hari Sabtu lalu pergi ke Jusco beli refference Biology, teringat pula kepada sahibahku Siti Hanani yang mahu meminjamkan buku refference Add Math. Jadi tak perlu ana beli. rezeki dari Ar-Razaq melalui sahibahku. Alhamdulillah. Ana terus text hanani, inginkan confirmation. Kemudian lama juga kami texting gara-gara rindu yang teramat sangat. ( Sayang Hanani kerana Allah <3 ) 

Kemudian ana bertanya, apa perancangan selepas SPM nanti... Kata Hanani tak kisahlah dimana-mana asalkan diTimur Tengah. Katanya lagi mahu ambil Usul Fiqh. Ana terkesima seketika. Lalu ana membalas "Ana nak ke Syria, ambil Usuluddin" Cepat sahaja jemari ini menekan button send. Walhal tak pernah pula berkira-kira tentang perkara ini. "Bolehke , aku ni sains tulen jerr" Tapi bila difikirkan balik, boleh je. Apa salahnya. Dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Dan ana yakin Allah akan buka jalan untuk ana dan hanani walaupun aliran yang kami ambil hanyalah sains tulen. Kami hanya ada basic Bahasa Arab sahaja. Itupun BASIC. Tapi, ramai juga insan-insan yang baru menemui hidayahNya, yang baru mengenali Islam diwaktu usia 30-an boleh kesana mempelajari Islam dengan lebih mendalam. 

Dan yang lebih membangkitkan semangatku ialah kisah Azmil Mustapha(Ali Setan)  yang membuktikan agama Allah ini terbuka untuk dipelajari oleh sesiapa sahaja. Yangku pinta doa dari kalian, agar Allah memudahkan kami serta ditunjukkan jalan yang terbaik buat kami. Sahibahku Hanani , sabar ya ... InsyaAllah kita kesana bersama-sama. And next to JANNAH :)

Tetapi, walauapapun yang Allah takdirkan untuk kami, insyaAllah kami redha dan yakin itu yang sebaiknya untuk kami. Andai kata kami kesebuah negara yang islam itu bagi mereka aneh sekali ... Mungkin dakwah kami untuk mereka disana. Kami tidak tahu, Allahlah yang Maha Mengetahui. Alhamdulillah, Allah berikanku seorang sahibah penguat diri, mendekatinya buatku lebih mendekati Yang Maha Esa. Ukhti, semoga ukhuwwah yang dijalinkan ini, ada nilai disisi Allah. Semoga kita tetap terus bersama insan-insan yang dekat dengan Rabb. wal akhirul kalam, uhibbukifillah abadan abada. Nantikanmu di syurga :) 

semoga menjadi inspirasi bagi insan-insan yang didalam dilemma seperti kami 

Saturday, 20 August 2011

Tinggalkan yang haram ... [ kisah pendriveku ]

Tinggalkanlah perkara haram yang diingini ...
nescaya Allah akan memberikan dengan cara yang halal

Petikan dari SOLUSI isu 25 - Mujahadah melawan nafsu

Meninggalkan yang haram...
     Seorang pencuri datang menemui seorang ulama untuk bertaubat
     "Saya ingin bertaubat. Apa nasihat tuan pada saya ?"
     "Apa yang mampu kau tingglakan dari perkara yang haram , Allah akan izinkan kau mendapatkannya melalui jalan yang halal"

Saturday, 4 June 2011

The Unexpected Conversation

Bismillahirrahmanirrahiim

assalamualaikum wbt. Alhamdulillah malam tadi ambo dengan seorang kawan ambo nie just had a HEART-TO-HEART conversation. Alhamdulillah Allah bagi jugak peluang kat ambo nie untuk borak ngan die . actually everything went like this . i just wanna tell her to not be sooo obsessed with all those KOREAN thingy cuz its like modern ' berhala ' ... i was expecting a sceptical statement from her . shockingly she told me that she kinda agree with it . and i tried to tell her to be moderate in liking something . later she made a confession . and she told me her problem , that she is being too close with boys .  i mean IKHTILAT problem . Alhamdulillah SEPINTAR fed me with a little bit of knowledge about this. That we are actually cant berurusan with the opposite gender unless that business , when Allah asks us back why we were associating with them , we believe and we are confident that our hujjah will be accepted . analoginye , like we were talking about soccer. in Akhirat when Allah asks us why , do you think it will be accepted without kemurkaannya ? sesungguhnya Allah itu Maha Hebat Seksaanya. 

At the end of our conversation , she seems wanna change to be a better muslimah . i neve thought we could have this kinda conversation . cuz back in SEMEKAR we dont really talk deeply into this matter . into ukhrawi matter ... most of them are worldly affairs . and melalaikan. Astaghfirullaha'azim ...  what i really would appreciate now is that , me and my friends in SEMEKAR will change to be a better muslimahs . to be His obedient slaves . follow all His rule ...

memang diakui diri ini masih jahil . tetapi aku harap dgn sedikit ilmu yang Allah berikan kepadaku dpt aku sebar luaskan 

wallahua'lam 


" sebarkanlah walau sepotong ayat "

Friday, 28 January 2011

Perpisahan ... sebuah perjalanan mencari pertemuan


Assalamualaikum .. sedar tak sedar , dah tiga tahun diri ini  menuntut ilmu dan berjuang di SEMEKAR. Dan tanpa sedar , kaki ini bakal melangkah pergi
meninggalkan semua kenangan
mengakhiri segala kesempatan bersuka dan berduka di medan perjuangan ini
kepada semua pejuang dan pendidik anak bangsa , 
sungguh kalian telah banyak berjasa
dan kami didalam beban hutang yang menggunung
halalkanlah...
kepada sahabat handai , rakan dan taulan
maafkanlah andai diri ini banyak berdosa
halalkanlah segala-galanya


setelah begitu banyak gelak tawa
dan airmata yg gugur di bumi SEMEKAR , 
hati ini hiba tatkala ingin melepaskannya
disini aku mengenali erti persahabatan
disini aku belajar berdiri di atas kaki sendiri
disini aku kenal bahu-bahu yang turut berkongsi duka 
disini aku belajar melihat keutamaan
disini aku mengenali kejujuran
disini aku hanyut seketika
disini juga aku kembali tersedar dari bisikan2 kemungkaran
disini aku cipta harapan
disini aku bina kekuatan


Jadikanlah perpisahan ini 
sebagai sebuah kesempatan 
untuk sebuah pertemuan




Tuesday, 25 January 2011

turun KL bersama cikgu koZi >> Happy Birthday To ME !!


Assalamualaikum semua ...
miss cik dhyra takk ?
hahaha .. oke2 .. stoppppppp !!!
saye tahu saye nie sentiasa dirindui
wahaha
today saya mahu celita sama Blobo ape gua buat hari nie
at school everythings fine . nothing goes wrong . everything was just perfect as it shud be
Alhamdulillah
This evening is all this entry is about !! ngeheheee , bersedia untuk merasai kejealousan yg teramat yg tersangat !
hari nie add math tak dek , so boleh balik awal , so boleh keluar jejalan ngan cikgu koZi awal !!
-BhAHahAA -
Mule2 ingat cikgu maw belanja makan kat Secret Recipe .. but then ntah macam mane
melencong pegi KL !!
first destination >> SOGO
hahaha ... sudah lame tak pergi SOGO.
First kitorg pergi
 
sedaaaaaaaap !!!  mmg EXTRA HOT !
dhyra mmg kuat pedas ...
cikgu koZi suggest 1/4 hot peri-peri chicken with coleslow and old style chips
 
pergh mantap ! lagi2 ngan sauce die yg mmg hot+masa
perut kenyang hati senang ... hehe
next we move on to perfume !
Kitorg jalan2 . Cikgu koZi maw beli perfume
okay , here are some of the in-the-list perfume

Vera Wang - Princess




Estee Lauder - Pleasure [ bloom ]


Estee Lauder - Pleasure [ original ]




Estee Lauder - Pleasure [ delight ]


wangi wangi wangi ...
oh hidupku dipenuhi haruman-haruman yang sangat2 HARUM !!
bHaHaHa
belek punye belek , bau punye bau , pilih punye pilih
dengan bantuan dan khidmat nasihat dari Cik Dhyra
akhirnya cikgu koZi  akhirnya membeli 
Incanto Shine by Salvatore Ferragamo

Sumpah dhyra suke sangat sangat sangat ngan bau perfume ni 
mmg SWEET sgt sgt and not so strong
kalau untuk students mmg sesuai sgt sgt
tapi my cikgu koZi , lepas die beli perfume nie
die ckp die gila bayang kat Estee Lauder - Pleasure [ bloom ]  pulak 
hahaha 
and then ingat nak beli present birthday untuk mama ... this 31st January .. but ta jumpe yg best n sesuai
jalan .. jalan .. jalan ..
pastu cikgu nak beli birthday present untuk cik dhyra kite nie 
hehe ... nak beli bag but ta jumpe yg berkenan
and then kitorg pusing .. pusing .. pusing ..
and then cikgu cakap jom pergi The Mall .. ade Body Shop
dhyra pun ikut jea la . becoz kalau tak agaknya sampai maghrib kot pusing2 kat SOGO tuh
pilih punye pilih .. akhirnya cikgu koZi belikan
The Body Shop's Set Vitamin E



Wangi becoz ade rose scent . oooh , did i mentioned i love roses ?
lepas beli tue cikgu koZi dengan happy nye keluarkan statement
" yay dapat beli sesuatu untuk bday Nadddd "
haha .. cikgu nie comel laaaa
geram2 maw cubit pipi ...
Anyway hari nie mmg tersangat lah bahagia dapat shopping ngan cikgu koZi
thanks cikgu !!!
love you mmuah mmmuah !
<3




Wednesday, 19 January 2011

SEPINTAR !!! here i come !!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog rasmi cik nadhirah baharin
-serious rase nak pelempang diri sendiri tulis ayat kli`se mcm nie !!-:puteh_30:
adoyy .. padan muke ... haha
Mengumunkan ketibaan Yang Berhormat, Datin Sri Nadhirah Baharin Ke Majlis Pendaftaran Pelajar Tingkatan 4 Pada 7 Februari 2011:puteh_29:

:mSakit:isk...isk...isk... SOB!!!SOB!!!SOB:cry:
alololoooo ... cik kucing ngan pak cek monyet jgn lah macam nie .. lagi lah dhyra rase sedih maw pindah
:puteh_29:
alamakkk kenape pulak ngan mR. Putih nie :mThinking:... over kowttt
haha ... diorg nie suke interframe lahh!!! hahahaa
anyway , dari title entry kali nie pasti korg boleh agak en
I AM GOING AWAYYYYY -finally =_=' -
haha
Serious bersyukur plus happy gila gila gila time dapat surat tawaran tue .. mmg bahagia gile
rasa nak menjerit satu rawang !!!:mWekk:
--mmg nak kene pak cek monyet nie . siap ko aku delete ko dari monkeygrease aku !--
back to the story , hehe dhyra dapat offer letter tu 15 haribulan . surat tu dibuat 14 jan -sumpah cepat doe posmen tu bawak motor!:pandaGeli_15:-
and dhyra kene lapor diri 7 februari ... sedih tak ??!!!!
_______________________

:pandaGeli_15::mNgumpat::puteh_16::pandaGeli_17:
______________________
>> mmg depa nie berpakat nak makan kasut saiz 6 aku !



Huhuhuhuhu .. tak pea korg . korg tak sedih ... nanti dhyra dah pegi mesti korg rindu dhyra gila . and mesti korg cry tergolek2

Azam dhyra sempena nak masauk sekolah baru
- nak belajor rajin2 .. work hard and work smart mcm pak cik monyet versi baik kat sebelah nie:mStudy:


di samping itu -- ayat buku teks skali lagi .. pon pon tumpang lalu-- haha .. dhyra rase nak berubah jadi manusia lebih baik . bukan lah dhyra nak ckp duduk kat semekar tu tak boleh berubah . just maybe kalau environment kat SEPINTAR lebih membantu kowt . wallahua'alam lah kan .. mane lah tahu
and dhyra harap korg boleh doakan dhyra dapat belajar rajin2 , 10A+ SPM , pastu dapat scholarship futher study oeversea , pastu dapat job yg best n doakan dhyra tak lupa dunia and sentiasa memperbaharui iman dan sentiasa bartaubat-
amiin
-amin kan tau .. cepat amiin !!! -

rasanye entry nie sampai sini je kot . and maybe nie entry terakhir befor masuk SEPINTAR
MAYBE
:)
assalamualaikum
:face15:

Thursday, 30 December 2010

Dimana pergi sifat kemanusiaan ???



Assalamualaikum semua
huh:mThinking:asal cik dhyra buat tajuk entry mcm tue ?
teeeheee -cara gelak-:mHihi:
f.y.i sape2 yg tak kenal dhyra , dhyra nie mmg drama queen siket
haha
act , tadi pergi bertugas kat skolah -biasalah pengawas mcm2 tugas-
untuk orientasi bebudak f1 and nak amik sijil PROSTAR and SLAD:puteh_6:
everything dah settle , tinggal nak mintak kepit cap mohor jea ...
as semua org taw , harinie cuti becoz bola sepak menang:pandaGeli_04:
tak kisahlah , tapi pejabat ade jugak org , dhyra nak mintak tolong kepit jea . kejap jea
bukan lama pun
DIMANA PERGI SIFAT KEMANUSIAAN
mcm ape ntah . bukan lame mane pun .. dhyra dah la nak sijil tu ASAP
sakit nye hati !!!! :mHantuk:bukan nak fikir org lain . fikir diri sendiri jea. dah la mende tue penting
and dhyra nka nasihat kepada korg korg and korg
tolong lah ade sifat kemanusiaan walau barang sekelumit:mSad:
pergh ayat ta maw blah bai !!:pandaGeli_13:
haha . k lah sampai disini saja coretan hari nie
jumpa lagi dilain entry ye
papai korg
papai blobo !!
assalamualaikum :puteh_12:

Monday, 27 December 2010

Hadiah 8A dari Aunty Naz !!


Assalamualaikum semua
Oh untuk sape sape yg tataw , Dhyra dapat 8A untuk PMR 2010
Alhamdulillah
syukur sangat sangat
thank you to my mum yg sentiasa bagi support and sentiasa buat dhyra lebih prepare
-dgn marah2 kalo tak blaja .. he he he-
i love you so much mum
hehe

Tadi cik dhyra tengah sibuk layan cik ita-adik- buat jemput-jemput
my family panggil jemput-jemput
ade yg panggil cucur
whatever lah kan
tibe2 ade satu van BESAAA PUNYEE-erk ta besa un , hiperbola jehh-
pastu can tue colour hijau and putih
setelah mengeja dgn susah dan payahnye baru dhyra nampak perkataan
CITYLINK
means ade courier lah kan

setelah dibelek-belek hadiah tersebut
sahih lah mmg untuk
DHYRA !!
daripada aunty naz
seriously , dhyra tak caye kott she can bought me a gift pastu kurier pulakk
i tell you what , she is just sooo nice
and she's a bookwriter tooo
which really inspires me

wanna have a look at it ?
here you go

Ulasan Motivasi @ Hello On Two -How to do Resolutions-



Assalamualaikum korg korg aaaaand KORG !!
Pagi nie ade dengar ceramah motivasi kat Hello On Two a.k.a HOT :)
Penceramah die , PERGH mantap gua cakap sama lu derr";})();ButtonMouseDown(this);'>:mGuilty:
aku suke gile ape yg die ckp . and buat mereka mereka and mereka yg tataw
aku nie bercita-cita nak jadi seorg Pakar Psikologi a.k.a Motivat0r";})();ButtonMouseDown(this);'>:mHihi:
Sumpah aku suke gila hal2 berkaitan psikologi nie
kalo korg nak taw , tetiap hari korg kene perbaharui motivasi korg
and salah satu perkara yg aku slalu ckp pada diri aku sendiri untuk terima sesuatu ketentuan Ilahi ialah
:65:" Semua yg berlaku adalah yang TERBAIK untuk berlaku :r:":66:
aku tataw lah kalo korg , but ayat nie sgt sgt efektif untuk aku supaya aku sentiasa redha dengan ketentuan Allah . bagi aku , lets say lah kan aku kene tipu ngan kawan baik aku sendiri
aku akan ingat bhw perkara tue adalah yg terbaik untuk berlaku
hah ?!!:what:
apelah cik dhyra nie mcm tue pulak ? gile kea?
hahaha ... tue lah korg . cube fikir jauh sikit . jgn asyik dok 'accept things literally' taw !
means , kalau bestie aku tak tipu aku , aku tak dek pengalaman !
kalo aku tak dek pengalaman , kehidupan masa depan aku penuh dengan
ketidakmatangan
betul tak ? :pompom:
hahaha .. aku nie kadang2 agak -bak kate kawan2 aku- SASTERA terlebih
so , jgn geli geli bce post2 dhyra okay !
okaylah back to the motivasi things , antara perkara yg aku sempat salin dan ingat


1 - kite kene slalu perbaharui niat dan motivasikan diri tiap2 hari .

2- everyday , kita kena cakap:1: " Nobody's gonna spoil my day ... Not even myself !":1:

3- contoh kite nak jadi pelajar cemerlang , kita kene cakap " I'm smart , I'm good .. i know i'm good and i'm happy with my studying" [tukar pattern kite , bila kita cakap macam nie , otak kita akan terangsang untuk belajar dgn lebih baik becoz kite 'HAPPY' dgn pmbelajaran kite ] same goes contoh kalau nak lose weight , kite kene cakap " I'm healthy , and i know i'm healthy ... and i'm happy with my exersising programme'

3- Saya nak makan SIHAT bukan makan SEDAP

4- I want to give more , i want to share more and i want to:132: FORGIVE :132:more";})();ButtonMouseDown(this);'>

5- kene tulis skrip and tampal kat mana2 tempat yg kita boleh nampak tetiap hari . skrip tue kenelah berdasarkan 5 perkara asas nie
> physically - cth Saya nak makan secara sihat -tambah2 la ape korg nak-
> Mentally - cth. saya nak belajar kerana Allah , bukan bcoz mama suruh or not even because of my examination
> Spiritually - cth Saya nak jadi Hamba Allah yg lebih baik dari semalam
> Relationship - cth - Saya tak nak buat mak marah2 hari nie
> Emotianally - cth. Saya tak kan benarkan org lain spoil mood saya hari nie

6- Always ensure I am the new ME today and am not affected by bad things that happen in the past . I dont blame the past and i FORGIVE the past

7- Apa2 pun yg kite buat , always ask " How can I serve ... rather than What will i receive / Macam mane saya boleh membantu bukan Apa yang saya akan dapat "

8- The world will treat us exactly like how we treat the world


Sebenarnya banyak lagi tapi tak ingat . Dhyra rasa betul2 termotivasi hari nie . thanks to my mama la becoz die yg recommend dhyra supaya dgr ape yg penceramah nie ckp . but dhyra sudaa lupa nama die . Yg pastinye ape yg die ckp mmg FIRST CLASS
very well put and sgt sgt terkesan kat hati dhyra

i think that is all for now ... Babay Blobo , dyra nak make-over kamu pulak ... your static page is a mess and i gotta find a way how to clean the mess . anyway , sesape yg bace post nie , kalau korg tahu macam mane nak buat custom wording colour untuk STATIC PAGE/PAGE ELEMENT SAHAJA , harap2 boleh la email -nadhirahbaharin@gmail.com or comment kat sini yea



:26::26::26::26::26::26::26::26::26::26::26::26::26::26::26::26::26::26::26::26::26: