Showing posts with label petua sihat dan cantik. Show all posts
Showing posts with label petua sihat dan cantik. Show all posts

Monday, 3 January 2011

Inginkan Gigi yang Cantik Menawan...Mari kenali "Braces" atau "Pendakap Gigi"

petikan dari SENSASI




Okey..Sensasi malas nak tulis mukadimah panjang lebar disini...

braces juga dikenali sebagai Orthodontik ( braces)

Pendek kata Sensasi nak bercerita tentang sedikit sebanyak pengetahuan tentang Braces/Pendakap gigi/Gigi Besi..

Sebelum memulakan penceritaan ada pihak2 yang nak tahu apa hukumnya pakai braces..

Bagi yang memiliki gigi yang menyebabkan kesukaran,sering tergigit lidah ke..atau menyebabkan makanan slalu tersekat..menyebabkan aib(sebab jongang)..pemakaian Braces ini hukumnya Harus... (harus nie maksudnya tak wajib tapi diharuskan,tak jugak haram)jadi bila pakai..dapatlah pahala.. :)

Ianya menjadi haram sekiranya gigi dah cantik..takda apa2 masalah..tp taksub nak cantik lagi..jadi hukumnya haram..nie adalah pendapat sesetengah ulamak..kerana mengubah ciptaanNYA dikatakan haram melainkan untuk tujuan2 yang diharuskan..

Kos untuk memasang Braces ada beberapa jenis..

Untuk remaja dibawah umur 18 tahun bolehlah,memohon untuk memasang braces di hospital goverment(kerajaan) dengan percuma..tp tempoh nak menunggu tue makan masa lama...tunggu giliran la sbb ramai yg beratur nak pasang braces..kalau nak cepat bolehlah pasang dekat klinik swasta..

Bila dah melebihi umur 18,nak pasang kat klinik swasta pun boleh kat klinik kerajaan pun boleh..tp seperti yg dikatakan goverment punya kene tunggu lama ...kdg2 ambik masa dua tiga tahun..sanggup ke tggu..tp murahlah berbanding klinik swasta gitu..



Di klinik swasta..Di Penang contohnya..pemasangan Braces boleh mencecah RM4000 untuk gigi atas bawah..tp jangan khuatir...sebab sebenarnya banyak klinik menawarkan pembayaran secara ansuran...

di kl ada yang RM4000-6000..yang sampai 10,000 pun ada..mahal sebab guna ceramic braces

Mcm nie..katakanlah selepas membuat pemeriksaan (consultation) kat klinik gigi..Then dianggarkan harga 4000...dia mungkin suruh byr deposit RM1000...(selalunya ada yg mintak RM500 utk deposit) terpulang pd klinik..bolehlah buat survey yeh..so selebihnya lepas byr deposit..yg lain byr ansur2...contohnya sebulan byr RM150-250...

so takla duit kopak kepala botak sekaligus byr ribu2 untuk cantikkan gigi..

-Ada dua jenis Braces iaitu metal dan Ceramic

Ceramic lebih mahal berbanding metal...Bagi sesetengah org,mulut akan tumbuh Ulcer sebab tak tahan dengan besi yg berada dlm mulut..jd lebih seswai pakai ceramic..

Tp hakikatnya Metal lebih baik "tarikkan" untuk membentuk gigi..lebih cepat effectnyer..

- normally untuk org yang nak pasang braces 4 batang gigi akan dicabut iaitu dua gigi atas (geraham) dan dua gigi bawah (geraham)..ada jugak kes dimana giginya tak perlu dicabut langsung..

-tempoh pemasangan braces adalah agak lama iaitu selama dua jam..
semasa pasang braces tak sakit sgt cuma lenguh..tak sakit sebab doktor dah suntik pelali..mengantuk lagi ader..nanti jangan drive lepas tue..takut xcident pulak..

-doktor akan berikan berus gigi khas dan ajar cara memberus gigi dengan betul..bila pakai braces,kene slalu berus gigi tiap kali selepas makan.untuk elakkan gigi reput .

-malam pertama braces dipasang akan rasa sakit yang amat..kene lah bersedia mentally.
tak boleh makan benda keras..mnakan yang lembut2 jer cthnya mash potato..nasik bubur,susu..

-dalam masa beberapa hari jer boleh nampak gigi mula nak ikut besi..jadi teratur..masa tue akan rasa seronok sgt.ye la nak dpt gigi cantik.

-pakai braces kdg2 menyebabkan ketagihan..ada yang pakai 4 tahun xnak bukak2 sebab dah terbiasa..ehe..

-lepas dah bukak braces,kene pakai retainer selama setahun..pakai time tido je pun takpe..untuk mengelakkan gigi kembali ke bentuk asal..kalau malas pakai..nanti gigi kemungkinan kembali ke rupa asal...


-tiap2 bulan kene dapatkan rawatan(kos dah dikira masuk total cost tadi) time nie bolehla tukar2 kaler getah...mcm2 kaler ada,pink,hitam,glow in the dark pun ada...kaler clear pun ada.


nie adalah antara contoh fees untuk pemasangan braces di hospital swasta Penang..boleh bayar ansur2..setiap kali dtg rawatan

Date

Description

Total (RM)

27 -01-2008 16:38

Consultation : Dental-Orthodontist

Registration Fee

:X-rays, mold, and impressions are made

100.00

10.00

03-02-2008 17:36

Dental-Anaesthesia & others

Dental-Orthodontist

Dental-Procedures:Extraction – 2 upper teeth – tak sakit pun

10.00

100.00

120.00

17-02-2008 15:30

Dental-Orthodontist :I’ve to wear spacers for like a week -
sakit sket la bila dah dua tiga hari pakai

100.00

27-02-2008 11:41

Dental-Orthodontist - Bonding :Got my braces
J
- Masa buat tak sakit sgt

Dental – Procedures – Ni actually harga
berus gigi

800.00

- 9.40

23-03-2008

13-04-2008

04-05-2008

25-05-2008

15-06-2008

06-07-2008

27-07-2008

08-08-2008

24-08-2008

07-09-2008

21-09-2008

05-10-2008

19-10-2008

02-11-2008

16-11-2008

03-12-2008

09-12-2008

09-12-2008

28-12-2008

18-01-2009

01-02-2009

(1) Tightening my braces

(2) Tighten

(3) Tighten

(4) Tighten

(5) Tighten

(6) Tighten

(7) Tighten

(8) Tighten

(9) Tighten

10) Tighten

(11) Tighten

(12) Tighten

(13) Tighten

(14) Tighten

(15) Tighten

Bukak kejap bacets utk bersanding hehe

Pasang balik bracets huhu

Tukar besi 2nd stage

Tukar besi 3rd stage

Tukar besi 4th stage

Tukar besi last stage

100.00

100.00

100.00

100.00

100.00

100.00

100.00

100.00

100.00

100.00

100.00

100.00

100.00

100.00

100.00

100.00

100.00

100.00

100.00

100.00

100.00



Current Total Cost

Balance

Estimated Total Cost

3340.00

(300)

3640.00



artis2 yang pakai braces..tgklah gigi derang skrg...cun seyh

Selain Misha dan Aliff, artis yang pernah tampil bersama pendakap gigi mereka adalah penyanyi Sheila Majid dan Syafinaz; pelakon Zizie Ezette dan Liyana Jasmay, tidak ketinggalan penyampai radio Era FM, Nana.

Bukan hanya selebriti terkenal tempatan, superstar dan orang kenamaan antarabangsa juga menggunakan pendakap gigi atas alasan untuk mencantikkan susunan gigi. Ini termasuklah Tom Cruise, Ashley Judd dan Putera Harry.







Wednesday, 29 December 2010

Tips Menghilangkan Kelemumur

Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.

Mengurangkan Dengkur

Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur. Insyaallah akan kurang

Tips Mengatasi Masalah Senggugut

>>>Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap barulah diminum dgn dimulai dengan selawat. InsyaAllah, senggugut akan hilang.

>> Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid . Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun . Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan .Tapi kenalah cepat menelannya sebelum ia lembik . Sekali makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut . Ini adalah pengalaman saya.

>> banyakkan minum air suam

Petua Melembutkan Rambut

Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Lakukan selama dua minggu.

Badan Ringan Dan Bertenaga !!

Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.

Menghilangkan Cagu - kulit keras sekitar kuku -

Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu). Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasuk dalam daging tersebut. Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau pada cagu. Cagu akan beransur pulih.

Penawar Resdung

Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.

Tips Menjaga Kulit Wajah

Kulit wajah yang cantik, licin dan berseri memang menjadi idaman wanita. tekstur kulit yang sempurna boleh memberi hasil solekan yang sempurna. Untuk mendapatkan kulit wajah idaman, pastikan anda mengamalkan teknik penjagaan wajah yang asas iaitu Membersih, Menyegar dan Melembap.

1. Pelembab

a. Kulit Normal

Kulit jenis ini memiliki kandungan minyak semula jadi. Tetapi, adakala ia menjadi kering kerana pelbagai faktor seperti cuaca, tekanan dan persekitaran. Anda disarankan memilih pelembab jenis ringan dalam bentuk losyen.

b. Kulit Kering

Kulit jenis ini amat perlu menggunakan pelembab untuk menjaga keanjalannya. Gunakan pelembab yang mempunyai tekstur lebih berat seperti krim. Jangan lupa sapukan juga krim malam sebelum masuk tidur setiap tidur. krim malam berfungsi menanggalkan sel kulit mati supaya wajah kelihatan lebih muda.

c. Kulit Berminyak

Anda tidak terlalu perlu menggunakan pelembab. Ini kerana kelenjar sebum sudah aktif mengeluarkan minyak. Bagaimanapun, anda boleh menggunakan pelembab yang mengandungi bahan menyerap minyak. Pilihlah yang bertekstur ringan iaitu dalam bentuk losyen atau gel dan yang penting berasaskan air.

2. Tip untuk Solekan Natural & Segar

a. Persediaan Kulit Wajah

Pertama bersihkan kulit wajah menggunakan pembersih yang lembut. Ikuti penyegar yang tidak mengandungi alkohol. Alkohol akan membuat kulit kering, malahh ia tidak sesuai untuk kulit wajah, ia akan menyebabkan kulit mengelupas. Sapukan pelembab untuk mencegah kulit kering.

b. Cerahkan Wajah

Yang anda cari ialah kulit bersinar dari dalam, bukan berkilat kerana berminyak. Untuk kesan begini, sapukan ‘highlighter’di atas tulang pipi, tulang alis, dan bahagian tengah hidung sebelum menyapu bedak.

c. Periksa Cela Wajah

Çoncealer’ berfungi untuk menutup cela pada wajah tetapi jika terlalu tebal dan banyak, ia akan membuatkan mekap kelihatan seperti topeng. Cara terbaik ialah sapukan ‘concealer’ secara tipis di tempat ternoda sebelum menggunakan alas bedak.

d. Pilih Bedak yang Tepat

Jika kulit berminyak, pilihlah bedak tabur yang ‘tranlucent’ untuk mencegah kulit semakin berminyak. sapukan secara merata, lebih2 lagi sekitar mata dan mulut. Sapukan bedak dengan menggunakan span besar.

e. Bermain warna

Tampil dengan makep tipis bukan bererti wajah anda kelihatan pucat. Naikkan seri wajah dengan memilih warna kontra pada gincu bibir. Pilihlah warna yang lembut seperti merah jambu (pink) cerah.

Untuk mata, sebaiknya pilih jenis ‘matte’. Hindari pembayang ‘glossy’.


credits to petuanenek


Petua Melicinkan Kulit Lagi

Ramai yang inginkan kulit kelihatan licin, nampak cantik dan menarik pada pandangan orang sekeliling. Namun, ramai juga yang inginkan kulit cantik dan licin tanpa menbelanjakan kos yang mahal.

Petua melicinkan kulit terutamanya muka ini, umumnya diketahui ramai terutama di kalangan orang-orang tua dahulu. Mereka lebih rajin menggunakan petua nenek moyang dahulu yang mana tidak akan mendatangkan kemudaratan.

Petuanya adalah dengan menggunakan buah TOMATO. Selain ia selamat dan asli, ia juga mudah didapati. Cara-cara menggunakannya adalah

  1. Gunakan sebiji tomato yang telah masak.
  2. Cuci buah tersebut sebersihnya.
  3. Kemudian, potong kepada dua bahagian.
  4. Gunakan satu bahagian sahaja, lenyek atau sapukan ke seluruh bahagian muka.
  5. Biarkan ia kering dalam beberapa minit.
  6. Bilaskan muka dengan air bersih atau seeloknya dengan air suam.
  7. Akhir sekali, keringkan muka dengan tuala muka yang bersih.
  8. Satu bahagian yang lebih tadi, boleh dimakan begitu sahaja atau dibuat jus minuman.
  9. Amalkan petua ini selalu, sehari sekali sehingga menampakkan hasil.

Insyaallah, kulit anda akan terasa licin, berseri dan lembap. :)

Menegang dan Melicinkan kulit dengan Telur Ayam

Telur Ayam mudah didapati dimana-mana sahaja. Selain ia digunakan sebagai masakan dan makanan, ia juga sesuai digunakan untuk kecantikan wajah. Kulit wajah bukan sahaja akan kelihatan cantik, malah ia akan licin dan tegang.

Petuanya adalah seperti berikut;

  1. Bersihkan muka anda sebersihnya dari kotoran dan alat make-up dengan menggunakan air bersih dan span.
  2. Keringkan muka dengan tuala yang bersih.
  3. Kemudian, ambil sebiji telur ayam dan asing putih telur dan kuningnya ke dalam mangkuk atau piring.
  4. Selepas itu, sapukan putih telur sahaja ke seluruh bahagian muka.
  5. Biarkan ia kering dan melekat di kulit muka seperti masker. Elakkan dari bercakap atau menggerakkan bahagian muka selama satu jam.
  6. Kemudian, bilas muka anda dengan air suam.
  7. Seelok-eloknya amalkan petua ini dua atau tiga kali seminggu sebelum anda masuk tidur.
credits to petuanenek

Petua Mata Terang mengikut ajaran Islam

Untuk menjaga mata agar sentiasa dapat melihat dengan baik hingga ke tua (berumur), kita boleh amalkan membaca Surah 4 Kul ketika membasuh muka selepas bangun daripada tidur sambil berniat kepada-Nya agar diterangkan mata.

Surah-surah 4 Kul tersebut adalah Surah Nas, Surah Falaq, Surah Ikhlaas dan Surah Kafiroon.

Insyaallah, mata anda akan sentiasa terang walaupun ketika malam.

Tips tambahan: Amalkan juga makanan yang membekalkan vitamin A iaitu untuk kesihatan mata khususnya buah-buahan seperti Betik amnya.

Anda juga ada petua lain mengenai penjagaan mata? Kongsikannya dengan meninggalkan komen di Post ini. :) thanks.

Petua Menghilangkan Jerawat Muka

Untuk menghilangkan atau menghapuskan jerawat di wajah anda, amalkan salah satu petua-petua ini..

1. Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.

2. Setelah muka dibersihkan, tutup muka dengan kain tuala yang lembab. Dekatkan muka ke wap nasi atau air panas selama lima minit. Ulangi beberapa minit. Kemudian pakai penyegar muka.

3. Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Kemudian cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari hingga jerawat berkurangan.

4. Jika jerawat masih sukar hilang, rebus beberapa helai daun teh warna hijau. Ketika suam, lekatkan pada jerawat dan biarkan sehingga ianya kering.

5. Tumbuk segenggam bunga melur bersama sedikit air hingga lumat. Sapukan ke muka dan biarkan kering. Kemudian cuci dengan air kelapa muda.

6. Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering, cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.

7. Rendam segenggam beras hingga kembang. Toskan airnya. Tumbuk beras ini bersama segenggam biji betik muda hingga lumat. Campurkan dengan sedikit air. Gentelkan kecil-kecil dan jemur hingga kering. Apabila hendak memakainya, bancuh dengan air dan tempelkan di muka.

8. Hancurkan beberapa helai daun pucuk jambu batu. Campurkan dengan bedak sejuk. Tempelkan di muka sebelum tidur. Amalkan setiap hari.

>>Petikan dari laman petua nenek.

Hilangkan Lebam Bawah Mata

Lingkaran hitam bawah mata seringkali menjadi masalah terutama kepada wanita. Mereka sering menutupinya dengan memakai cermin mata gelap. Namun begitu, mereka tidak perlu risau lagi setelah mengamalkan petua ini yang hanya menggunakan sebiji kentang. Senang dan mudah.

dark circles

Ikuti cara2 seperti berikut;

  1. Ambil 1/2 atau sebiji kentang.
  2. Kupas kulit kentang tadi dan bersihkannya sebelum kisarkan ia sampai halus.
  3. Kemudian, letakkan kentang yang telah dikisar tadi di atas sehelai kain lembut dan bersih.
  4. Sapukannya pada bahagian bawah mata anda yang bermasalah secara perlahan-lahan.
  5. Pastikan juga sapuan tersebut tidak kena pada mata.
  6. Biarkan sapuan tadi menyerap pada kulit di bahagian bawah mata kira-kira dalam 15 ke 20 minit.
  7. Selepas itu, barulah anda basuh bahagian tersebut dengan air bersih.
  8. Amalkan petua ini setiap hari jika anda berkesempatan. Jika diizinkanNya, lingkaran hitam pada bawah mata anda boleh dihilangkan.Selamat Mencuba dan Berjaya!
credits to petuanenek