Showing posts with label tokoh. Show all posts
Showing posts with label tokoh. Show all posts

Friday, 1 June 2012

Mengenali As-Syahid Imam Hassan Al-Banna | Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin


Sejarah perjuangan Islam telah merakamkan ramai para generasi dakwah di era moden, yang mana mereka memiliki sikap dan prinsip tetap berpegang teguh kepada manhaj Islam yang benar dan lurus. Menjadi tugas gerakan-gerakan Islam untuk mengenang tokoh-tokoh ini dan mengapresiasi para syuhada yang gugur di jalannya; sehingga kelak mereka menjadi ikutan yang dapat memberikan pencerahan dan petunjuk bagi generasi dakwah setelahnya, dan setiap orang yang mengikuti jalan ini.
Siapakah Hasan Al-Banna?
Nama penuh beliau adalah Hasan Ahmad Abdul Rahman Al-Banna, lahir di Kota Al-Mahmudiyah, di kawasan Delta Nil Wilayah Buhaira, Mesir, pada hari Ahad, tanggal 25 Sya’ban tahun 1324, bertepatan dengan tanggal 14 Oktober tahun 1906. Seperti kebanyakan bangsa Mesir lainnya, beliau berasal dari keluarga desa yang sederhana yang meerupakan petani di sebuah desa yang digelar desa “Syamsyirah” (dekat dengan pantai kota Rasyid berhadapan dengan kota Idvina, sebahagian dari kota Fawah, Wilayah Al-Buhaira).
Datuknya bernama Abdul Rahman, seorang petani dari keluarga sederhana, namun orang tua Hasan Al-Banna, Syeikh Ahmad membesar jauh dari aktiviti bertani kerana keinginan ibunya, sehingga beliau belajar dan menghafal Al-Qur’an dan mempelajari hukum-hukum tajwid Al-Quran, dan kemudian belajar hukum syariah di Masjid Ibrahim Pasha di Alexandria. Sewaktu menempuh pendidikan, beliau bekerja di sebuah toko jam terbesar di Alexandria, sehingga setelah itu beliau memiliki keahlian dalam memperbaiki jam dan berdagang, dan dari sinilah beliau terkenal dengan panggilan “As-sa’ati”
Selain itu, orang tua Al-Banna juga memiliki keahlian dan menjadi sebahagian dari ulama hadits kerana kepandaian di bidang tersebut, sebagaimana beliau banyak mempelajari dan mengajar sunnah nabawiyah terutama kitab yang terkenal “al-fathu Robbani fi tartiibi musnad Imam Ahmad bin Hambal As-Syaibani”, dan dalam kehidupan seperti itulah lahirnya “Hasan al-Banna” sekaligus mempengaruhi perwatakannya.
Photobucket
Awal Perjalanan
Hasan al-Banna memulakan pendidikannya di sekolah tahfizhul Qur’an di Al-Mahmudiyah, dan memiliki kemampuan memindahkan ilmu dari banyak penulis sehingga orang tuanya mengirim beliau kepada para penulis di kota Al-Mahmudiyah. Namun waktu yang beliau tempuhi di tempat para penulis sangat padat sehingga tidak mampu menyempurnakan hafalan Al-Qur’an, oleh kerana terikat dengan peraturan para penulis. Akhirnya beliau tidak mampu meneruskannya, lalu melanjutkan pendidikannya di sekolah tingkat SMP, meskipun ada pertentangan dari ayahnya, kerana beliau sangat menginginkan anaknya supaya menjadi penghafal Al-Qur’an, dan tidak setuju anaknya masuk sekolah SMP kecuali setelah berjaya mengkhatamkan Al-Qur’an di rumahnya.
Setelah tamat sekolah SMP beliau masuk ke sekolah “Al-Mu’allimin Al-Awwaliyah” di Damanhour, dan pada tahun 1923 masuk kuliah di Fakulti Dar El-Ulum di Kaherah dan lulus pada tahun 1927. Selain itu, beliau juga menimba ilmu-ilmu lain di luar kurikulum kuliahnya, seperti pelajaran ilmu al-hayah, sistem pemerintahan, ekonomi politik, sebagaimana beliau menerima pelajaran tentang bahasa, sastera, hukum, geografi dan sejarah, sehingga semua itu membuat beliau matang dalam berbagai ilmu pengetahuan.
Beliau memiliki perpustakaan yang besar dan luas di rumahnya, yang mengandungi ribuan buku yang berkait dengan tema yang tersebut di atas, dan ditambah dengan adanya empat belas jenis majalah dari majalah mingguan yang diterbitkan di Mesir seperti majalah al-muqtatof, majalah al-fath, majalah Al-Manar dan lain-lainnya. Hingga saat ini perpustakaan beliau masih ada di bawah pengawasan anaknya Ustadz ” “Saif al-Islam”.
Al-Banna menjalani hidupnya selama 19 tahun sebagai guru sekolah rendah di Ismailiah, dan kemudian di Kaherah, dan ketika beliau mengundurkan diri dari pekerjaannya sebagai guru pada tahun 1946 beliau telah mendapat peringkat kelima untuk menjadi PNS. Setelah itu beliau bekerja di surat khabar harian “Ikhwanul Muslimin”, dan kemudian beliau menerbitkan majalah bulanan sendiri yang bernama “As-Syihab” yang dimulakan pada tahun 1947. Hal tersebut dilakukan agar dirinya dapat berdikari dalam mencari sumber mata pencarian, namun akhirnya majalah tersebut dihentikan akibat pengharaman jamaah Ikhwanul Muslimin pada tanggal 8 Disember 1948.
Pengaruh dan Kesan
Syeikh Hasan al-Banna menerima banyak pengaruh dari beberapa ulama besar dan para guru, termasuk ayahnya sendiri, Syeikh Ahmed dan Syeikh Mohammed Zahran – pemilik majalah Al-Is’ad dan pemilik sekolah Ar-Rasyad, yang diikuti oleh Hasan Al-Banna semasa beliau menetap beberapa tahun di Mahmudiyah – begitu juga Syeikh Tantawi Jauhari, penyusun kitab tafsir Al-Qur’an “Al-Jawahir”. Setelah lulus dari Dar el-ulum tahun 1927, Hasan Al-Banna menjadi guru di salah satu sekolah rendah di kota Ismailiyah, dan pada tahun 1928 beliau menubuhkan jamaah Ikhwanul Muslimin. Sebelum penubuhannya beliau telah banyak terlibat dalam sejumlah persatuan dan kelompok agama, seperti “Jam’iyah Al-Adab Al-Akhlaqiyah”, dan “Jam’iyah Man’u Al-Muharramat” di Mahmudiyah, dan “At-Tariqah Al-Hashofiyah” sebuah aliran tasawuf di Damanhour, sebagaimana beliau juga turut serta dalam penubuhan jamaah Syubbanul Muslimin pada tahun 1927 dan beliau merupakan salah satu anggotanya.Jamaah Ikhwanul Muslimin yang diasaskannya telah tumbuh, berkembang dan tersebar di berbagai segmen masyarakat dan kota, bahkan pada akhir tahun 40-an Ikhwanul Muslimin telah menjadi organisasi sosio-politik yang terbesar di Mesir, juga telah memiliki cawangan yang banyak tersebar di berbagai negara-negara Arab dan Islam.
Imam Al-Banna selalu menegaskan bahwa jamaah yang didirikannya bukan merupakan parti politik, tetapi merupakan kesatuan idea dari berbagai nilai-nilai perubahan, dan berusaha untuk kembali kepada Islam yang benar dan bersih dan menjadikannya sebagai manhaj yang komprehensif untuk kehidupan.
Adapun manhaj perubahan yang beliau lakukan adalah dengan cara “tarbiyah” dan “progresif ” dalam melakukan perubahan yang diinginkan, dan inti dari manhaj yang diinginkan itu adalah membentuk “individu Muslim” lalu “Keluarga Islam”, “masyarakat Muslim”, lalu “Pemerintahan Islam”, “Negara, dan khilafah Islam dan akhirnya mencapai pada “ustadziyatul alam” .
Imam Al-Banna memimpin jamaah Ikhwanul Muslimin antara 1928-1949, dan sepanjang kepemimpinannya banyak berhadapan dengan peperangan politik dengan pihak lain, khususnya parti Al-Wafd dan parti Al-Saadi. Adapun sebahagian besar aktiviti Al-Ikhwan terfokus pada isu-isu nasional Mesir terutama setelah meletusnya Perang Dunia II. Pada saat itu beliau mengajak Mesir untuk keluar dari belenggu Inggeris sehingga dapat memberi tekanan pada Inggeris untuk memenuhi permintaan umum Mesir. Dalam konteks ini, Ikhwanul Muslimin banyak mengadakan persidangan, dan melakukan demonstrasi untuk menuntut hak-hak negara.
Al-Banna juga meletakkan perhatiannya secara khusus terhadap isu Palestin, dan menganggapnya sebagai “permasalahan seluruh dunia Islam” dan beliau selalu menegaskan bahwa “Inggeris dan orang-orang Yahudi tidak akan memahami kecuali hanya satu bahasa, iaitu bahasa revolusi, kekuatan dan darah”. Beliau juga menyeru kepada penolakan keputusan untuk membahagikan negeri Palestin yang dikeluarkan oleh PBB tahun 1947, dan mengajak kepada seluruh umat Islam secara umum – dan Ikhwanul Muslimin secara khusus – untuk melakukan jihad di tanah Palestin demi mempertahankan tanah Arab dan Muslim. Beliau berkata: “Sesungguhnya Ikhwanul Muslimin akan mengorbankan jiwa dan harta mereka untuk mempertahankan setiap jengkal dari bumi Palestin, Islam dan Arab sehingga Allah mewarisi bumi ini dan orang-orang yang bersamanya “. Dan akhirnya pada tanggal 6 Mei 1948 Lembaga Pendiri Ikhwanul Muslimin mengeluarkan keputusan yang menegaskan jihad suci melawan Yahudi, untuk itu Al-Banna mengirim pejuang Mujahidin dari Ikhwanul Muslimin ke Palestin dalam perang tahun 1948. Hal inilah yang menyebabkan pemerintah Mesir membubarkan jamaah Ikhwanul Muslimin pada bulan Disember tahun 1948; sehingga menyebabkan terjadinya pemberontakan antara Ikhwanul Muslimin dan Pemerintah An-Nakrasyi.
Al-Banna memiliki pendapat yang tepat dan wawasan yang luas terhadap qadhiyah an-nahdhah (masalah kebangkitan). Beliau menghubungkannya dengan masalah kemerdekaan dari kolonialisme dan ketergantungan kepada Eropah dari satu sisi, dan terhadap kemajuan ilmu pengetahuan yang harus dicapai oleh umat Muslim pada sisi yang lain, dan beliau mengatakan: “Kita tidak akan mampu melakukan perubahan dan kita tidak dapat menerapkan konsep perubahan secara internal selama kita belum merdeka dari campur tangan asing”. Beliau juga mengatakan: “Tidak ada kebangkitan tanpa ilmu pengetahuan dan apa yang diraih oleh orang kafir -dalam menjajah- adalah kerana dengan ilmu “. Beliau melihat bahwa ketergantungan umat Islam kepada Eropah terhadap tradisi dan kebiasaan-kebiasaannya dapat menghalang kemerdekaan dan kebangkitan mereka, beliau berkata: “Bukankah sebuah paradoks yang aneh, kita meninggikan suara menuntut untuk merdeka dari Eropah dan melakukan protes keras terhadap segala tindak tanduknya, sementara di pihak lain kita mengagungkan tradisi-tradisinya dan terbiasa dengan adat-adatnya, dan bahkan kita lebih memilih produk-produknya?”
Sebagaimana beliau juga melihat bahawa persoalan wanita merupakan salah satu permasalahan sosial paling penting; kerana itu -sejak awal Ikhwanul Muslimin ditubuhkan- beliau banyak memberikan perhatian terhadap permasalahan kaum wanita. Beliau membuat bahagian khusus yang disebut sebagai “Akhwat Muslimat”. Dan beliau selalu menekankan bahawa Islam telah memberikan kepada wanita hak-hak peribadi, awam dan politik, dan pada saat yang sama, Islam juga meletakkan kaedah-kaedah yang harus dipertimbangkan dan diperhatikan dalam penerapan hak-hak tersebut.
Namun Imam Al-Banna tidak hanya menyeru untuk mendirikan sebuah sistem pemerintahan keagamaan teokratis dengan pengertian yang dikenal oleh Eropah pada abad pertengahan, namun beliau menyeru untuk menerapkan hukum Islam berdasarkan prinsip syura, kebebasan, keadilan dan kesetaraan.
Dan beliau menerima bentuk perlembagaan undang-undang parlimen, dan menganggap lebih dekat sistem pemerintahan di seluruh dunia terhadap Islam, dan beliau melihat bahawa jika formula tersebut diterapkan, maka dipastikan akan mampu mewujudkan tiga prinsip yang melandasi aturan Islam; iaitu “tanggungjawab pemimpin, kesatuan umat dan penghargaan terhadap kehendaknya”.
Terbunuhnya Sang Imam
Lokasi: Kaherah, di daerah Al-Himliyah. Waktu: tengah malam tanggal 12 Februari 1949. Kronologi: terdapat beberapa kenderaan polis meluncur laju di tengah keheningan malam, hingga sampai di salah satu jalan di daerah Al-Hilmiyah, Kaherah. Mereka bertugas menghentikan kenderaan yang melalui jalan tersebut, beberapa tentera menghalang jalan dengan senjata lengkap, dan kawalan diperketat terutama di sebuah rumah sederhana yang ada di jalan tersebut. Lalu sebuah kenderaan polis menuju rumah tersebut, satu barisan tentara memindahkan mayat dari kereta ke rumah tersebut dengan cepat, lalu mengetuk pintunya, seorang Syeikh berumur sembilan puluhan tahun membuka, lalu beberapa tentera masuk ke rumah tersebut sebelum mereka memasukkan tubuh yang sudah mati tersebut untuk memastikan tidak ada orang lain di rumah tersebut. Ancaman yang keras disampaikan kepada syekh tersebut; tidak boleh ada suara, tidak boleh ada kekecohan, dan bahkan tidak boleh ada seorang pun yang boleh mengurus mayat tersebut, cukup anda dan keluarga yang ada di rumah, dan tepat jam sembilan esok pagi beliau harus dimakamkan.
Adapun Syeikh tersebut adalah orang tua almarhum, sekalipun ia sudah tua, dirinya mampu memakamkan anaknya sendirian, beliau membersihkan darah anaknya yang terkena peluru dan mendarat di sekujur tubuhnya.
Pada pagi harinya, petugas datang tepat waktunya, mereka berkata: bawa sini anakmu untuk segera dikubur. Maka syeikh yang sudah berumur 90 tahun tersebut berseloroh: bagaimana saya membawanya? Seharusnya sebahagian perajurit ikut membawanya! Namun para perajurit menolak, dan responnya adalah hendaknya orang-orang rumah yang membawanya. Saat itu almarhum meninggalkan beberapa anak perempuan dan seorang anak laki-laki yang masih bayi.
Akhirnya tubuh yang sudah menjadi mayat dibawa oleh isterinya dan anak perempuannya dan dibantu oleh ayahnya, dan bagi siapa yang berani ikut membantunya maka akan ditangkap dan dipenjarakan. Akhirnya jenazah sampai ke masjid untuk disolatkan, tidak ada yang ikut menyolatkannya kecuali ayahnya dan di belakangnya anaknya (isteri sang imam) dan anak-anak perempuan dari keturunannya, dan mereka juga yang turun ke kubur, lalu kembali ke rumah dengan penjagaan yang sangat ketat. Demikian kronologi pembunuhan dan proses pemakaman As-Syahid Imam “Hasan al-Banna”. Setelah itu banyak tetangganya yang ditangkap, tidak ada alasan lain kecuali hanya kerana mengungkapkan takziah kepada keluarga yang ditinggal, dan kawalan terus dilanjutkan tidak hanya di rumah kerana khuatir banyak yang berdatangan untuk memberikan takziah, namun juga di sekitar kubur sang imam, kerana takut ada yang berani mengeluarkan mayatnya dan mendedahkan kejahatan yang telah terjadi. Bahkan banyak dari pihak polis disebar di beberapa masjid; untuk segera ditutup kembali setelah ibadah solat ditunaikan, kerana takut ada seseorang yang berani mensolatkannya.
Di sisi lain seorang raja negara tersebut menunda perayaan ulang tahun pada 11 dan 12 Februari; untuk ikut serta merayakan kematian sang imam. Salah seorang intelektual menceritakan bahawa dirinya menyaksikan salah satu perayaan di sebuah hotel di Amerika Serikat, dan ketika diceritakan alasan perayaan ini, ia mendapat tahu bahawa perayaan tersebut dilakukan untuk mengungkapkan kegembiraan kerana kematian Imam As-Syahid Hasan Al-Banna. Jika kebenaran ada pada musuh, maka sesungguhnya pusat kajian di Perancis dan Amerika telah ikut serta dalam meletakkan seratus orang yang paling terpengaruh di dunia pada abad kedua puluh, dua dari dunia Arab adalah: Imam As-Syahid “Hassan al-Banna”, dan yang lainnya adalah Jamal Abdul Nasser.
Buku-buku karangan imam Hasan Al-Banna
Tidak banyak yang dimiliki oleh Hasan al-Banna berupa buku-buku atau karangan-karangannya kecuali risalah-risalah yang dihimpunkan dengan judul buku “Majmuah Rasail Imam Hasan Al-Banna” sebagai rujukan utama dalam memahami pemikiran dan manhaj Ikhwanul Muslimin secara umum. Beliau juga memiliki buku muzakarah yang telah dicetak beberapa kali dengan judul “Mudzakirah da’wah wa da’iyah”. Selain itu beliau juga memiliki majalah dan kajian-kajian yang tersebar dalam majalah Ikhwanul Muslimin yang dimuatkan pada tahun tiga puluhan dan empat puluhan yang lalu.

Friday, 16 March 2012

Jawapan Hilal Asyraf kepada Tun Dr Mahathir Mohamad



TAHNIAH kepada 'abang' Hilal Asyraf yang ana kira dapat menjawab persoalan-persoalan mantan Perdana Menteri kita Dr.M. Semoga Allah menambahkan kefahamannya agar mampu menjawab perosalan-persoalan umat yang lain pula
. amiin


JAWAPAN
Assalamu’alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barokatuh.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, diizinkan saya mengarang warkah ini. Semoga Allah SWT memandu kita semua ke arah kebenaran, dan sentiasa meletakkan kita agar sentiasa lurus berada di atas jalanNya.

Ini adalah warkah jawapan saya kepada Tun Dr Mahathir yang menyuakan beberapa soalan kepada saya di dalam blognya pada link berikut: http://chedet.cc/blog/?p=718

Sukalah saya mendahulukan terima kasih saya, sebagai seorang rakyat biasa, kerana Tun Dr Mahathir sudi memberikan respon kepada nota saya. Yang nyatanya saya sangka, tidak sampai kepada Tun. Hal ini kerana ramai lagi orang lain memberikan respon kepada ucapan Tun berkenaan Hudud tersebut. Apa-apa hal pun, saya berbesar hati atas keterbukaan Tun ini, dengan izin Allah SWT.

Saya Muhammad Hilal Asyraf bin Abd Razak bin Kaprawi. Tahun ini berumur 23 tahun mengikut tahun masihi. Ya benar, saya taraf cucunda Tun, yang nyata usianya sudah menjengah 90 tahun dalam tahun hijrah. Saya merupakan pelajar tahun akhir di Universiy of Yarmouk, Jordan dalam pengkhususan Usuluddin. Jika tiada aral melintang, saya akan menamatkan pengajian saya di semester ini. Saya juga, mengasaskan website ini(LangitIlahi.Com), dan menulis beberapa buah buku.

Tun Dr Mahathir yang dikasihi kerana Allah,

Maafkan saya atas intro yang panjang. Kini saya pergi menjawab soalan-soalan yang dilontarkan oleh Tun di dalam blog Tun. Namun suka saya meminta maaf, jika saya tidak mampu menjawab seringkas yang dipinta. Tetapi saya berusaha keras untuk meringkaskan penulisan saya.

Soalan 1 – Punca ajaran agama Islam ialah Al-Quran, Hadith, fatwa, ajaran ulama’-ulama’ dan guru-guru agama. Diantara punca-punca ini yang mana satukah yang diutamakan?

Izinkan saya memperbaiki statement – “punca ajaran agama Islam ialah Al-Quran, Hadith, Fatwa, ajaran ulama’-ulama’ dan guru-guru agama.”

Sebenarnya, ‘punca’ ajaran agama Islam adalah Al-Quran dan Hadith sahaja. Selebihnya, seperti fatwa, ajaran ulama’ atau guru-guru, itu adalah perkara yang terbit dari kefahaman mereka terhadap Al-Quran dan Hadith.

Bila ditanyakan yang mana satukah yang patut diutamakan, maka saya jawab:

Al-Quran dan Hadith. Kedua-duanya diutamakan, pada taraf yang sama. Kerana kewujudan Hadith, yakni sunnah nabawiyah, adalah sebagai ‘penjelasan’ kepada ayat-ayat Al-Quran. Kerana itu Allah SWT berfirman:

“(Kami utuskan Rasul-rasul itu) membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang membuktikan kebenaran mereka) dan Kitab-kitab Suci (yang menjadi panduan); dan kami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada umat manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka, dan supaya mereka memikirkannya. (Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah orang-orang yang merancang dan melakukan kejahatan-kejahatan itu merasa aman daripada ditimbuskan oleh Allah akan mereka ke dalam bumi, atau mereka didatangi azab dari arah yang mereka tidak menyedarinya?” Surah An-Nahl ayat 44-45.

Begitulah juga dinyatakan di dalam Surah An-Najm ayat 2-4. Surah Al-Hasyr ayat 7.

Dan berkenaan Al-Quran, nyata Allah SWT berfirman:

“Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar. Dan bahawa orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat, Kami sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” Surah Al-isra’ ayat 9-10.

Juga wujud penegasan ini dalam banyak tempat yang lain di dalam Al-Quran, contohnya di dalam Surah Al-Baqarah ayat 1-2, An-Nisa’ ayat 174-175, Surah Al-Maidah ayat 15-16 dan lain-lain.

Tun Dr Mahathir yang saya harapkan berada dalam rahmat Allah,

Soalan 2 – Sekiranya terdapat perlanggaran atau percanggahan antara hadith, fatwa, pendapat ulama’ dan guru-guru agama dengan apa yang terdapat dalam Al-Quran, apakah kita harus tolak Al-Quran (terutama ayat-ayat yang jelas) dan terima hadith, fatwa dan lain-lain?

Berkenaan soalan ini, pertamanya izinkan saya jelaskan berkenaan percanggahan hadith dengan Al-Quran. Sesungguhnya Tun yang saya kasihi, apabila Allah SWT telah berfirman di dalam ayat-ayatNya di atas berkenaan Rasulullah SAW itu tindakannya adalah wahyu, maka tiadalah hadith yang sohih, bercanggahan dengan ayat-ayat Al-Quran.

Sekiranya kita menjumpai ta’arudh(perlanggaran, percanggahan) ini, di antara hadith sohih dengan ayat Al-Quran, maka hendaklah kita kaji semula apakah sebabnya. Dan biasanya, percanggahan itu bukanlah percanggahan. Tetapi antaranya disebabkan:

Silap dalam periwayatan hadith
Ayat Al-Quran itu sudah di’nasakh’(mansuh)kan hukumnya, tetapi tidak di’nasakh’(mansuh)kan bacaannya.
Atau Rasulullah SAW melakukan/membenarkan/melarang perkara tersebut, sebelum ayat Al-Quran turun melarang/membenarkan.
Begitu.

Jadi bila ditanya kepada saya, mana yang patut diutamakan, maka saya akan jawab:

Al-Quran dan hadith. Bersama-sama.

Kalau berlaku pencanggahan antara Al-Quran dan hadith, maka nyatakan hadithnya, dan nyatakan ayat Al-Quran yang mana, kemudian kita periksa mengikut ilmu asbabul nuzul(sebab-sebab turunnya ayat Al-Quran), dan periwayatan hadith.

Tun Dr Mahathir yang dikasihi kerana Allah,

Soalan 3 – Ada pihak yang mendakwa bahawa Al-Bukhari telah mengkaji sebanyak 600,000 hadith tetapi menerima hanya 7000 sebagai sahih.

Benar. Dan perlu diketahui bahawa Imam Al-Bukhari(Abu ‘Abdullah Muhammad bin Isma’il Al-Bukhariy) menamakan Kitab Sohih Bukhari itu dengan “Jami’ Musnad As-Sohih Al-Mukhtasar Min Umur Rasulillah SAW”. Al-Mukhtasar ini bermaksud “ringkasan”. Imam Al-Bukhari memasukkan sekitar 7,000 hadith ini ke dalam kitab tersebut kerana 7,000 hadith ini mencukupi pada pendapatnya, untuk manusia memahami bagaimana mahu berurusan dengan Islam sebagai cara hidup.

Dan Imam Al-Bukhari sendiri menyatakan: “Aku keluarkan untuk (isi)kitab ini daripada 600,000 hadith, dan aku jadikannya sebagai hujjah antara aku dan Allah SWT.”

Berkata Ibrahim ibn Mu’qol: “Aku mendengar Muhammad bin Ismail berkata: Tiadalah aku masukkan ke dalam kitabku As-Sohih ini melainkan yang sohih. Dan aku tinggalkan(tidak masukkan) banyak hadith sohih yang lain agar tidak menjadi panjang(kitab itu tidak menjadi terlalu tebal)”

Berkata Imam Al-Bukhari: “Tiadalah aku keluarkan(yakni meriwayatkan) di dalam kitab ini melainkan yang sohih, dan apa yang aku tinggalkan dari hadith sohih yang lain ada banyak.”

Kerana itu apabila Imam Al-Bukhari menamakan kitabnya “As-Sohih Al-Mukhtasar Min Umur Rasulillah SAW”, maka itu menjadi dalil bahawa dia berpendapat hadith-hadith tersebut sudah cukup bagi manusia mengamalkan dan memahami Islam yang sebenar. Tetapi tidaklah dia menutup peluang orang lain untuk meriwayatkan hadith sohih yang lain.

Ini saya dapati dari Kitab Al-Wadhih Fi Manahij Al-Muhaddithin karangan Dr Yaasir Asy-Syimaali.

Tun Dr Mahathir yang saya kasihi kerana Allah,

Soalan 4 – Apakah kesahihan hadith-hadith ini semuanya sama dengan sahih pengkaji hadith lain termasuk Muslim, Tarmizi dan lain-lain. Apakah kita harus tolak kajian-kajian lain dari Bukhari?

Kalau yang Tun maksudkan di sini adalah ‘sama taraf kesohihan’nya, maka itu bergantung kepada Al-Jarah Wa Ta’dil terhadap hadith tersebut. Menggunakan teknik Jarah Wa Ta’dil ini, maka periwayatan akan dikaji semula untuk melihat kesohihannya. Baik sohih dari segi sanad perawi, mahupun sohih dari segi matan(sebutan hadith) itu.

Tetapi kalau Tun mahu tanya fasal ‘Syarat Sohih Hadith’ yang dikenakan oleh perawi-perawi ini sebelum memasukkan ke dalam kitab mereka, maka telah diakui zaman berzaman bahawa syarat yang dikenakan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim adalah paling ketat sekali.

Imam Bukhari mengenakan syarat-syarat berikut:

Memenuhi Syarat hadith Sohih yang disepakati Ulama’
Sanadnya bersambung.
Perawinya adil(soleh, bertaqwa, dipercayai)
Perawinya dobit(tidak nyanyuk, tidak lupa)
Tidak ada syaz(hadith yang diriwayatkan tidak bertentangan)
Tidak terdapat ‘illlah(yakni kecacatan/kesamaran yang menyebabkan hadith itu tidak diterima)
2. Subbut Al-Liqa’ (terbukti perawi itu telah bertemu dengan perawi sebelumnya)

3. Melihat tahap penguasaan murid di sisi syaikhnya(apakah murid yang bagus penguasaannya, atau tidak)

4. Hendaklah perawi itu masyhur sebagai yang tekun menuntut ilmu hadith.(maksudnya, perawi itu memang dikenali sebagai yang rajin menuntut hadith)

Manakala imam-imam yang lain, ada yang membenarkan hadith dho’if wujud di dalam kitabnya. Ini bukanlah hendak menyatakan Imam-imam tersebut kurang mulia atau kurang hebat daripada Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim. Tetapi hendak menyatakan, tujuan penulisan kitab mereka adalah berbeza. Dan perlu diketahui bahawa ulama’-ulama’ yang memasukkan hadith-hadith sedemikian, mereka memasukkannya dengan amanah. Yakni menyatakan para perawinya agar boleh diperiksa orang terkemudian selepas mereka.

Dan untuk isu mana yang lebih patut diambil sebagai rujukan, setakat ini sememangnya ulama’-ulama’ telah menjadikan Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim sebagai rujukan utama. Biasa akan dikatakan – “Perawi ini melepasi syarat asy-syaikhain”. Itu bermakna, perawi itu melepasi syarat yang dikenakan Bukhari dan Muslim.

Namun untuk mengambil hadith-hadith daripada Imam lain, tiada masalah selagi mana ianya memenuhi syarat hadith sohih.

Perkara ini Tun, dibahaskan dengan amat-amat detail dalam ilmu Jarah Wa Ta’dil(kritikan dan pujian) terhadap hadith-hadith, di dalam Kitab Ar-Rijal(kitab yang menceritakan perihal perawi-perawi, sejarah mereka, kedudukan mereka dalam dunia periwayatan hadith) dan sebagainya.

Tun Dr Mahathir yang saya kasihi kerana Allah,

Soalan 5 – Apakah ingatan manusia lebih tepat dan kekal dari catitan, seperti wahyu dari Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w. dicatit, kemudian dibukukan sebagai Al-Quran.

“Lebih tepat” itu pada saya sangat subjektif. Sebab, tidak semestinya apa yang dicatit itu betul. Dan tak semestinya juga yang diingati itu lebih tepat dari apa yang tercatat.

Sebab itu Tun, dalam isu pengumpulan, pembukuan Al-Quran dan Hadith, adalah amat-amat-amat ketat saringannya.

Bukan semata-mata dia hafal, dia sebut, maka terus dimasukkan ke dalam catitan. Terus dibukukan. Bahkan, jika kita menelaah kitab-kitab Manahij Al-Muhaddithin(Sistem Para Perawi Hadith), kita akan menjumpai perkara seperti jarah wa ta’dil yang menilai sanad dan matan hadith, kitab Ar-Rijal yang menilai perawi-perawi hadith, syarat hadith sohih, dan sebagainya, yang jelas menunjukkan ini semua disaring penuh ketat dan teliti.

Kalau Tun nak kata ingatan manusia boleh terganggu dengan ‘lupa’ dan sebagainya, saya akan kata, sebab itu wujud sistem Jarah Wa Ta’dil, Kitab Ar-Rijal, Syarat-syarat hadith sohih, dan sebagainya, untuk memastikan apa yang disampaikan itu terjaga.

Sebentar lagi saya akan nyatakan bahawa hadith juga dicatit. Ada juga yang dihafal. Sama seperti Al-Quran. Ada yang tercatat di pelepah kurma, batu dan sebagainya. Ada juga yang tidak ditulis, tetapi dihafal. Namun sistem pengumpulan yang amat ketat itulah yang menjaga dari apa yang tidak sohih itu terlepas.

Tun Dr Mahathir yang saya kasihi kerana Allah SWT,

Soalan 6 – Bukhari membuat kajian hadithnya 200 tahun selepas wafat Nabi. Apakah orang pertama yang melihat atau mendengar Nabi bersabda mencatat apa yang dilihat dan didengar dan catitan ini disimpan sehingga Bukhari mengkajinya? Atau apakah Bukhari bergantung kepada riwayat yang diperturunkan melalui beberapa generasi sehingga sampai kepada Al-Bukhari?

Sebenarnya Tun, hadith itu ditulis dari zaman Rasulullah SAW lagi. Bukan semata-mata hafalan dan ingatan. Di zaman Rasulullah SAW, antara yang dikhaskan oleh Rasulullah SAW untuk menjadi pencatit hadith baginda adalah: ‘Abdullah ibn ‘Amru Radhiallahu’anhuma.

Dinamakan penulisan Hadith ‘Abdullah ibn ‘Amru ini sebagai Sohifah As-Soodiqoh.

Antara lain yang wujud adalah Sohifah ‘Ali bin Abi Talib Radhiallahu’anhu.

Dan wujud di dalam Sohih Bukhari dalam Kitabul ‘Ilm bahawa Rasulullah SAW pernah menyuruh agar ditulis pesanan dan ajaran baginda kepada seorang yang berasal dari Yaman.

Dan amat masyhur kita mengetahui bahawa baginda mempunyai penulis surat, dan dihantar surat itu kepada raja-raja di zaman baginda. Ini dinyatakan di dalam Kitab Jaami’ Bayan Al-‘Ilm karangan Ibn Abdul Barr.

Jadi jelas di zaman Rasulullah SAW, hadith-hadith baginda ditulis. Tanpa dinafikan, ada juga yang dihafal.

Kita mendalami ilmu hadith ini dengan memahami bahawa Al-Quran adalah wahyu daripada Allah SWT makna dan lafaz. Manakala hadith adalah maknanya daripada Allah, sedang lafaznya adalah lafaz Rasulullah SAW. Maka, ada sahaja yang meriwayatkannya berdasarkan makna sahaja. Itu pun, semua ini melalui jarah wa ta’dil yang kita nyatakan tadi.

Di zaman Sohabah(para sahabat) pula, wujud tulisan Zaid ibn Thabit RA yang mengumpulkan hadith-hadith berkenaan Fara’idh. Khotib Al-Baghdadi(Abu Bakr Ahmad ibn `Ali ibn Thabit ibn Ahmad ibn Mahdi) juga pernah meriwayatkan daripada Basyir ibn Nuhaik bahawa Basyir berkata: “Aku menulis untuk Abu Hurairah setiap hadith yang aku pelajari daripadanya. Kala aku hendak berpisah dengannya, maka aku membacakan apa yang aku tulis. Kemudian aku nyatakan bahawa ini semua adalah hadith yang aku ambil daripadanya. Abu Hurairah menjawab: Ya.” Khotib Al-Baghdadi, dalam kitabnya, Taqyid Al-Ilm.

Terdapat juga sohifah Jabir ibn Abdullah. Dan para sahabat yang hidup jelas memperturunkan hadith-hadith yang didapati daripada Rasulullah SAW kepada masyarakat di mana mereka hidup.

Dan ini semua tidak mati di situ sahaja. Di Zaman Tabi’in, wujud juga penulisan Hadith, bahkan jadi lebih meluas lagi kerana telah terbukanya banyak wilayah di tangan Islam. Ketika zaman inilah, Khalifah Abdul Aziz ibn Marwan(meninggal pada tahun 85H) mula menyeru agar dikumpulkan hadith secara rasmi. Kemudian usaha ini juga diteruskan oleh Khalifan Umar bin Abdul Aziz di zamannya.

Perkara ini dijelaskan secara detail di dalam kitab-kitab Manahij Al-Muhaddithin. Ini bukanlah maklumat yang boleh kita biarkan begitu sahaja, atau memandangnya dengan sebelah mata semata-mata.

Kemudian, apabila ingin membicarakan perihal Imam Al-Bukhari, bagaimana dia menuntut hadith, dia nyata adalah seorang yang mengembara. 16 tahun dia keluar mengembara bertemu dengan perawi-perawi untuk mengumpulkan hadith-hadith, dalam rangka mengumpulkan yang sohih. Dia bukannya duduk diam di dalam perpustakaan semata-mata, atau menunggu seseorang datang kepadanya menyampaikan buatnya hadith.

Dan sekali lagi saya nyatakan, Imam Al-Bukhari bukannya sekadar dengar, dan terus catit masukkan ke dalam Kitabnya. Dia menyaringnya pula. Ada pula hadith-hadith yang lebih kurang sama, diletakkan sebagai bukti bahawa makna yang dibawa oleh hadith-hadith itu sohih, saling sokong menyokong satu sama lain.

Bahkan, untuk tambah meyakinkan lagi, Imam Al-Bukhari telah memanggil para ulama’ di zamannya untuk menilai Kitab Jami’ Musnad As-Sohih miliknya itu. Antara ulama’ yang menilai adalah ‘Ali ibn Al-Madini, Ahmad ibn Hanbal, Yahya Ibn Mu’in dan lain-lain. Mereka memperkemaskannya lagi dan menjadi saksi bahawa apa yang dikumpulkan itu adalah sohih.

Dan bukanlah Imam Al-Bukhari itu terus mati selepas menyelesaikan kitabnya. Dia masih hidup. Didatangi para ulama’, dan keluar ke negeri demi negeri membawa kitabnya. Sekiranya wujud kesalahan dan kecacatan, semestinya kitabnya telah tertolak lebih awal kala kehidupannya.

Tun Dr Mahathir yang saya kasihi,

Soalan 7 – Tuhan menjadikan manusia berbeza dengan haiwan kerana manusia diberi akal fikiran. Apakah agama Islam melarang manusia dari mengguna akal dan berfikir?

Guru saya di dalam bidang Aqidah, bernama ‘Ala Hilat, pernah berkata bahawa Allah SWT menyediakan ayat musytabihat di dalam Al-Quran, sebagai tanda penghormatan Allah SWT kepada akal yang diciptakanNya buat manusia. Ayat musytabihat adalah ruang yang diberikan Allah SWT agar manusia berfikir, menjana pemikirannya sendiri.

Tetapi adalah perlu kita fahami bahawa, tiadalah pemikiran akan timbul sendiri tanpa bantuan. Dan tiadalah pemikiran akan menghala kepada arah yang betul sekiranya tidak mendapat panduan.

Kerana itu, Allah SWT menurunkan ayat-ayat Muhkamat. Yang qat’ie, jelas tidak boleh diubah dan diperbahaskan perlaksanaannya. Hal ini boleh dirujuk dalam Surah Ali Imran ayat 7.

Allah SWT juga beberapa kali menyebut ayat Al-Quran seperti:

“Apakah mereka tidak mendalami/memikirkan Al-Quran?” Surah Muhammad ayat 24. “Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” Surah Rum ayat 21.

Maka tidaklah Islam melarang kita menggunakan akal kita. Tetapi perlulah kita letakkan akal kita atas landasan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah SWT di dalam kitabNya, sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW daripada hadith yang sohih yang sampai kepada kita.

Jika Islam melarang kita menggunakan akal, maka tiadalah ulama’-ulama’ terdahulu terfikir untuk mengumpulkan Al-Quran dan mengumpulkan hadith. Tiadalah cendekiawan Islam membuat penemuan-penemuan yang menghidupkan ketamadunan dunia.

Tetapi perlulah pada kebebasan berfikir itu, wujud limitnya. Kerana pemikiran manusia itu terbatas.

Sebagaimana limit yang diletakkan kepada kita, agar tidak membicarakan akan dzat Allah SWT.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu, dari Rasulullah SAW, beliau bersabda: “Sesungguhnya syaitan mendatangi salah seorang dari kamu, lalu berkata: Siapakah yang telah menciptakan ini ? Siapakah yang telah menciptakan itu ? Hingga syaitan berkata kepadanya: Siapakah yang menciptakan Rabbmu? Jika sudah sampai demikian, maka hendaklah ia berlindung kepada Allah dengan mengucapkan isti’adzah dan berhenti.” Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

Kerana jelas, makhluk jika mampu memikirkan bagaimana ‘bentuk’ Tuhannya, adalah satu kecacatan kepada Maha Besarnya Tuhan itu. Tidakkah Tun rasa demikian? Ini salah satu bentuk keterbatasan akal manusia. Tidak mampu menjengah kepada perkara-perkara ghaib. Maka Al-Quran dan hadith memandu. Islam benarkan kita terbang seperti layang-layang, tetapi mestilah bertali agar tidak jadi layang-layang yang lepas pergi begitu sahaja, Tun.

Maka begitulah saya melihat Islam mendidik kita berfikir, Tun.

Penutup: Inilah jawapan Saya, Tun Dr Mahathir, yang saya kasihi kerana Allah SWT.

Tun Dr Mahathir yang saya kasihi.

Pada hemat saya Tun, kalau saya diizinkan memberikan buah pandangan, saya kira lebih afdhol dari Tun memfokuskan soalan ini kepada saya, dan membukanya agar diperbincangkan ulama’ luar dan dalam negara. Saya cadangkan Tun menulis soalan-soalan ini di dalam bahasa Inggeris. Pastinya akan mendapat sambutan dan perhatian ulama’ international. Jika Tun mahu tahu, nama Tun masih disebut-sebut. Ada rakyat Jordan yang menyangka bahawa Tun masih Perdana Menteri kami.

Saya ini, ini sahajalah yang saya mampu beri. Mahu kata pakar, tidak sepakar mana. Saya pun tidak expect Tun akan tanya saya hal sebegini. Sedang ulama’-ulama’ yang lebih pakar, pastinya mungkin ada yang mampu memuaskan hati Tun.

Apa-apa hal pun Tun, inilah jawapan saya. Saya yakin, do’if dan kerdil, ditonton masyarakat Malaysia, kala berhadapan dengan Tun. Nyata, saya hanya cucunda Tun yang berumur 23 tahun, belum lagi menamatkan ijazahnya. Namun saya kekal dengan jawapan saya ini setakat ini. Saya percaya dengan ilmu yang saya perolehi ini, sebagaimana yang saya tulis.

Nota saya yang sebelum ini hanya berniat untuk menyatakan, bagaimana kelirunya masyarakat dengan kata-kata Tun tempoh hari. Saya, berdasarkan ilmu yang sedikit, yang ada pada saya ini, juga penjelasan saya tadi, jelas bahawasanya Hukum Hudud bukan satu ‘rekaan’ ulama’ Fiqah. Ianya memang datang daripada Al-Quran dan As-Sunnah. Bila Tun bicara berkenaan ‘hukum yang keras’ tiada di dalam Al-Quran, saya nyatakan adanya potong tangan di dalam Al-Quran. Berkenaan dengan rejam, wujud di dalam hadith sohih, namun kedudukan rejam ini saya menjumpai pelbagai pandangan. Sebat ada di dalam Al-Quran. Apa-apa hal pun, Tun kemudiannya bicara berkenaan bagaimana ruginya kita jika amal hudud, orang melayu Islam akan tak ada tangan dan sebagainya.

Tun minta tidak dicap sebagai anti-hadith, dan Tun jelas mengakui betapa hadith diperlukan untuk menjelaskan bagaimana untuk bersolat. Maka saya bawakan hadith sohih berkenaan potong tangan, yang jelas tiada diskriminasi. Hatta anak kepada Nabi pun, jika mencuri dan sampai hadnya, maka akan dikenakan hukumannya.

Dari Aisyah r.a., Orang Quraisy merasa tidak senang akan hukuman yang dijatuhkan kepada seorang perempuan suku Makhzum mencuri. Mereka berkata: “Siapakah yang boleh menyampaikan kepada Rasulullah s.a.w. supaya perempuan itu dibebaskan saja?” Kata mereka: “Siapakah yang berani selain Usamah bin Zaid, kesayangan Rasulullah s.a.w.!” Usamah lalu menyampaikannya kepada beliau. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Mengapa engkau memberikan pertolongan untuk membebaskan seseorang dari had (hukum) Allah?” Kemudian beliau berdiri lalu berpidato, sebagai berikut: “Orang-orang yang sebelum kamu dibinasakan, kerana kalau orang yang terhormat (mulia) mencuri, mereka biarkan saja. Tetapi kalau yang mencuri itu orang lemah, mereka jatuhi hukuman. Demi Tuhan! Kalau sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, saya potong juga tangannya!” Hadith Riwayat Bukhari.

Inilah penjelasan kepada ayat berkenaan potong tangan yang wujud di dalam Al-Quran pada ayat 38 Surah Al-Maidah. Saya sudah nyatakan di dalam nota saya, saya ‘tidak arif berkenaan bagaimana hudud itu perlu dilaksanakan.’ Tetapi saya amat pasti bahawa, hudud bukan semata-mata rekaan ulama’ fiqah.

Sekiranya orang menyatakan nota saya adalah satu bentuk salah faham kepada bicara Tun, maka semestinya Tun perlu memberikan penjelasan. Sebab apa yang saya nampak, kenyataan Tun tempoh hari mengundang salah faham yang nyata besar. Kerana nyata, Tun diikuti ramai orang. Suara saya, hanya pasir di tengah suara rakyat yang lain. Dan adalah menjadi kegembiraan saya, apabila Tun memberikan respon. Walaupun saya kira, respon Tun sepatutnya berbentuk umum, kerana ada lagi beberapa orang menulis kritikan yang sama, bahkan ada yang lebih keras, kepada Tun.

Jadi, setakat ini sahajalah daripada saya. Terima kasih kerana sudi menyantuni penulisan saya, membaca nota saya yang terdahulu. Sebarang kesilapan, saya minta maaf. Sebarang kecacatan bahasa dalam penulisan saya, mungkin ada yang dianggap kasar, maka saya minta maaf.

Di kesempatan ini, saya sampaikan salam dua sheikh saya, pakar ilmu hadith daripada Yarmouk, bernama Dr Mehmed Thowalbeh dan Dr Sa’id Bawa’anah. Mereka kata, jika Tun ingin bertanya lebih banyak, mereka sedia membantu. Mereka juga mencadangkan sebuah buku untuk ditelaah Tun, bertajuk: Manahij Al-Muhaddithin karangan Ali Qudhoh.

Jika Tun sudi, sampaikan salam saya kepada ‘nenda’ Tun Dr Siti Hasmah. Dan doakan agar saya selamat melayari bahtera perkahwinan, tarikhnya sekitar sebulan Ramadhan tahun ini.

Sekali lagi, terima kasih, dan minta maaf, daripada saya, Hilal Asyraf, ‘cucunda’ Tun yang masih banyak perlu belajar lagi, semestinya.

Semoga Allah redha, dan membuahkan dari penulisan ini manfaat. Bukan sahaja untuk kita berdua, tetapi juga buat masyarakat.

Sekian.

~ seorang hamba,

HilalAsyraf</div>

Friday, 3 February 2012

MUHAMMAD SAW: DIALAH RASUL KAMI




1) UNTUK MEREKA YANG SENTIASA KENYANG DAN SUKA MEMBAZIR

Nu'man bin Basyir ra meriwayatkan :
" Bukankah kalian boleh makan dan minum sesuka hati kalian? Sungguh, aku pernah melihat Rasulullah SAW tiada apa-apa untuk dimakan agi mengisi perut baginda, bahkan tidak ada juga buah kurma yang buruk." (riwayat Imam Tirmizi,Muslim,Ahmaddan Ibnu Sa'd)

Abi Talhah ra meriwayatkan :
"Kami mengadu kepada Rasulullah SAW tentang rasa lapar yang kami deritai. Lalu kami memperlihat kepada baginda perut kami yang diikat batu, masing-masing sebiji batu. Kemudian Rasulullah SAW memperlihatkan kepada kami perut baginda yang diikat dua biji batu (untuk menahan rasa lapar)." (riwayat : Tirmizi dan Abu Syeikh)

Anas bin Malik ra meriwayatkan :
"Rasulullah SAW pernah bersabda : Sungguh, aku pernah merasa takut kerana Allah, sementara orang lain tidak merasa takut. Aku juga pernah disakiti kerana Allah, sementaraorang lain tidak disakiti. Aku dan Bilal pernah melalui 30 hari 30 malam makanan yang layak bagi manusia, kecuali sejumlah kecil yang bisa disembunyikan di celah ketiak Bilal." (riwayat Tirmizi)

2) UNTUK MEREKA YANG BAKHIL 

Jabir bin Abdullah ra meriwayatkan :
"Tidak pernah ada permintaan kepada Rasulullah SAW yang baginda menjawab denganjawapan, TIDAK." (riwayat Tirmizi, Bukhari,Muslim,dan Bagawi)

Umar al Khattab ra meriwayatkan :
"Seseorang datang kepada Rasulullah SAW, meminta agar baginda memberinya sesuatu. Rasulullah SAW berkata, "Aku tidak memiliki apa-apa. Namun belilah barang itu atanamaku (dengan berhutang). Jika aku mendapat sesuatu aku akan membayarnya." Mendengar hal itu, Umar berkata, "Ya Rasulullah SAW,engkau telah memberinya.Allah tidak mewajibkan atasmu sesuatu yang engkau tidak mampu melakukannya." Rasulullah SAW dilihat tidak senang mendengar ucapan Umar itu. Maka seseorang dari golongan Ansarberkata, "Ya Rasulullah SAW, berinfaqlah dan janganlah engkau khuatir Allah Pemilik Arasy akan mengurangi hartamu." Rasulullah SAW pun tersenyum mendengar hal itu. baginda nampak senang dengan perkataan orang Ansar itu. baginda bersabda, : "Seperti itulah aku diperintahkan." (riwayat Tirmizi)

3) UNTUK MEREKA YANG SOMBONG

Umar al Khattan ra meriwayatkan :
Rasulullah SAW bersabda : "Janganlah kalian berlebihan memujiku seperti kaum Nasrani memuji Isa putra Maryam. Sesungguhnya, aku hanyalah hamba Allah SWT. Maka sebutlah aku "Hamba Alllah dan RasulNya."

Dengan nama Allah yang Maha Agung.
Hari kelahiran Rasulullah SAW datang lagi. Saya sekadar memilih beberapa hadis dari buku SYAMAIL MUHAMMAD SAW KEPERIBADIAN RASULULLAH (Imam Tirmizi),dengan 3 tajuk utama. Mengapa saya menulis 3 tajuk utama ini? Kerana kita senantiasa terpedaya dengan 3 perkara di atas. Kita selalu kekenyangan dan membuang makanan sedangkan Rasul kita ada ketikanya tiada makanan untuk dimakan.
Kita juga amat bakhil dalam hal melibat wang dan tenaga. Terlalu risau andai kita laburkan sedikit wang untuk sedeqah atau infaq perjuangan, nanti tidak cukup wang untuk berbelanja. Kita juga terlalu berkira dalam perkara yang melibatkan tenaga. Takut letih, takut sakit.....
Kita selaluberbangga bila dipuji, hingga merasakan diri rasa diri kita cukup bagus dan orang lain tidak mampu menandingi diri kita. Bahkan kita juga tidak boleh dikritik dan ditegur, bukankah itu juga tanda takbur?

Lihatlah, betapa bertolak ansurnya Rasulullah SAW, terutama dalam hal untuk memudahkan urusan para sahabat baginda. Sedangkan kita selalu terikat dengan karenah birokrasi. Sedar atau tidak kita yang terlalu statik telah merumitkan urusan manusia. Apalah salahnya,kita melembutkan hati sendiri. SEANDAINYA IA TIDAK MELANGGAR SYARIAT ATAU BUKAN MENDATANGKAN MURKA ALLAH DAN RASULNYA kita memudahkanlah urusan manusia yang memerlukan budi bicara kita, selaku orang atasan.Siapa tahu,mungkin di satu masa kita pula yang amat memerlukan kelembutan hati manusia untuk menolong kita.

Jadi..kerana kita hambaNya, memang kita penuh dengan segala macam kekurangan. Maka ambillah iktibar dari kesempurnaan akhlak Rasulullah SAW.

Saturday, 6 August 2011

Kata-kata Imam Al-Ghazali

Yang singkat itu "WAKTU"
Yang menipu itu"DUNIA"
Yang dekat itu"KEMATIAN"
Yang besar itu"HAWA NAFSU"
Yang berat itu"AMANAH"
Yang sulit itu"IKHLAS"
Yang mudah itu "BERBUAT DOSA"
Yang susah itu"SABAR"
Yang sering lupa itu"BERSYUKUR"
Yang membakar amal itu"GHIBAH"
Yang mendorong ke neraka itu"LIDAH"
Yang berharga itu"IMAN"
Yang menentramkan hati itu"TEMAN SEJATI"
Yang ditunggu Allah Swt. itu"TAUBAT"

Friday, 3 June 2011

Saad Bin Muaz - Arasy bergegar disaat kematiannya


 Saad Bin Muaz adalah seorang hamba antara sahabat yang paling hitam pada masa itu, dibandingkan Saad dengan Bilal, Saad dikatakan jauh lebih hitam dari Bilal. Saad mula memeluk Islam ketika berumur 31 tahun dan syahid pada umur 37, seorang yang tinggi iman.
Ketika berhijrah ke Madinah beliau ingin mendirikan rumahtangga lalu dipinangnya perempuan di Madinah. Kerana kulitnya yang hitam pinangannya telah ditolak berkali-kali oleh wanita-wanita Madinah. Rasa kecewa dengan peristiwa ini lalu beliau mendatangi Rasulullah untuk mengadu, “wahai Rasulullah, adakah hinanya aku ini kerana kulitku yang hitam sehingga pinanganku ditolak berkali-kali”. Lalu Rasulullah bekata, “jangan bimbang Saad, engkau adalah orang yang aku jamin”. Lalu Rasulullah memanggilkan sahabat-sahabat yang lain untuk bertanyakan kepada meraka akan rumah seorang wanita yang terkenal dengan kecantikannya di Madinah. Lalu Rasulullah menyuruh sahabat-sahabat tersebut membawa Saad untuk meminang atas jaminan Rasulullah. Alangkah gembiranya Saad di saat itu kerana dirinya dijamin oleh Rasulullah untuk dikahwinkan dengan wanita yang cantik.

Monday, 30 May 2011

Kisah Pedang Malam Al Fatih

Segala puji hanya bagi Allah, kami memuji-Nya, memohon pertolongan dan ampunan kepada-Nya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri-diri kami dan kejelekan amal perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya, dan barangsiapa yang Allah sesatkan, maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk.
Aku bersaksi bahwasanya tidak ada ilah yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Allah semata, tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahwasanya Nabi Muhammad shallallaahu ‘alaihi wa sallam adalah hamba dan Rasul-Nya.
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa kepada-Nya dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim.” [Ali ‘Imran: 102]
Wahai manusia! Bertakwalah kepada Rabb-mu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), dan (Allah) menciptakan pasangannya (Hawa) dari (diri)nya; dan dari keduanya Allah memperkembang-biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Bertakwalah kepada Allah yang dengan Nama-Nya kamu saling meminta, dan (peliharalah) hubungan kekeluargaan. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasimu.” [An-Nisaa': 1]
Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yang benar, niscaya Allah akan memperbaiki amal-amalmu dan mengampuni dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sungguh ia menang dengan kemenangan yang besar.” [Al-Ahzaab: 70-71]
Sesungguhnya sebenar-benar perkataan adalah Kitabullah (Al-Qur-an) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad shallallaahu ‘alaihi wa sallam (As-Sunnah). Seburuk-buruk perkara adalah perkara yang diada-adakan (dalam agama), setiap yang diada-adakan (dalam agama) adalah bid’ah, setiap bid’ah adalah sesat, dan setiap kesesatan tempatnya di Neraka.
Islam menaklukkan eropa, dipimpin oleh seorang pemuda yang sangat saleh, berusia 21 tahun. Namnya Muhammad Al Fatih kesuksesan hidup ia raih, dikenang jutaan manusia sepanjang abad. Harum nama Al Fatih berkat keshalehan, keberanian dan kemuliaan akhlaknya. Umurnya muda remaja semerbak wangi, 21 tahun. Sebagai jenderal beliau memimpin laskar islam menaklukkan benteng terkuat imperium Byzantium, Konstantinopel. Kota ini diubahnya menjadi kota Istambul. Dari sini beliau menebarkan kasih sayang islam di bumi eropa.
Jika saudara bertanya siapakah yang berjasa sehingga kini benih islam tumbuh di jantung eropa, seperti Bosnia Herzegovina, misalnya?  Jawabanya, sejarah tak pernah melupakan jasa orang orang turki yang gagah berani. Diantaranya Muhammad Al Fatih yang baru berusia 21 tahun.
Apa rahasia dibalik semua kesuksesan beliau? Ternyata rahasianya beliau sangat kuat shalat malamnya yaitu tahajud. Bukankah Rosululloh SAW menegakkan shalat tahajud sepanjang malam dan setiap hari? Bukankah beliau Rosululloh SAW shalat tahajud merupakan kewajiban yang tak bisa beliau tinggalkan dalam setiap perjuanganya.
Jika sudara bertanya, apakah benar Muhammad Al Fatih sudah melakukan tindakan besar yang megubah sejarah peradaban dunia? Ya, dalam sejarah, hal ini tidak aneh. Bukankah sahabat Rosululloh SAW bernama Usamah juga menjadi panglima perang dalam usia 18 tahun. Sementara yang menjadi prajuritnya adalah Umar bin Khatab sahabat besar Rosululloh SAW. Ini menunjukkan betapa kualitas keimanan dan kekuatan ruhani Usamah menjadi salah satu ukuran yang dipertimbangkan Rosululloh SAW ketika menetapkan Usamah memimpin ekspedisi militer menghadapi kekuatan super power Romawi?
Bukankah dalam usia 17 tahun Ibnul Khatab, warga saudi arabia, (sebelum akhirnya menjadi komandan lapangan di ladang jihad Chechnya, dan menggapai syahid dalam usia 35 tahun April 2002) menerjunkan diri dengan teguh hati ke medan jihad Afghanistan dan mengurungkan niatnya melanjutkan kuliah di Universitas terkemuka di Amerika.
Namun Sang Pedang Malam, orang asia bernama Muhammad Al Fatih merontokkan super power Romawi pada 1453, agak unik. Beliau ahli shalat malam (tahajud), ahli qiyamul lail. Beliau selau kontak dengan energi terbesar di alam semesta ini, Allah SWT. Beliau selalu taqorrub, mendekatkan diri kepada Allah SWT, The Big Boss of Universe.
Sejak kecil Muhammad Al Fatih dididik oleh seorang wali. Beliau tumbuh menjadi remaja yang memiliki kepribadian unggul. Beliau jadi Sultan, dalam usia 19 tahun menggantikan sang ayah.
Bagaimana sifat Muhammad Al Fatih sehingga beliau mampu memetik keberhasilan dalam hidupnya dengan sangat efektif, merebut benteng Konstantinopel yang kokoh itu. “sifatnya tenang, berani, sabar menanggung penderitaan, tegas dalam membuat keputusan dan mempunyai kemampuan mengawasi diri (self control) yang luar biasa. Kemampuanya dalam memimpin dan mengatur pemerintahan sangat menonjol.”
Muhammad Al Fatih sangat tegas terhadap musuh. Namun, lembut qolbunya bagai selembar sutra dalam menghadapi rakyat yang dipimpinnya. Kebiasaan Sultan Muhammad Al Fatih, unik. Beliau selalu berkeliling di malam hari, memeriksa kondisi teman dan rakyatnya. Sengaja beliau berkeliling untuk memastikan agar rakyat dan kawan-kawanya menegakkan shalat malam dan qiyamullail.
Qiyamul lail, shalat tahajud, inilah senjata utama Muhammad Al Fatih dalam mengarungi kehidupan di dunia yang fana ini. Inilah Pedang Malam, yang selalu diasahnya dengan tulus ikhlas dan khusuk, ditegakkan setiap malam. Dengan pedang malam ini timbul energi yang luar biasa dari pasukan Muhammad Al Fatih. Sjarah mencatat Muhammad Al Fatih yang baru berusia 21 tahun berhasil menggapai sukses besar, menerobos benteng Konstantinopel, setelah dikepung beberapa bulan maka takluklah Konstantinopel.
Suatu hari timbul soal ketika pasukan islam hendak melaksanakan shalat jum’at yang pertama kali di kota itu. “Siapakah yang layak menjadi imam shalat jum’at?” tak ada jawaban. Tak ada yang berani yang menawarkan diri ! lalu Muhammad Al Fatih tegak berdiri. Beliau meminta kepada seluruh rakyatnya untuk bangun berdiri.
Kemudian beliau bertanya. “ Siapakah diantara kalian yang sejak remaja, sejak akhil baligh hingga hari ini pernah meninggalkan meninggalkan shalat wajib lima waktu, silakan duduk!!” Subhanalloh……!!! Maha suci Allah ! tak seorangpun pasukan islam yang duduk. Semua tegak berdiri!
Apa artinya? Itu berarti, tentara islam pimpinan Muhammad Al Fatih sejak masa remaja mereka hingga hari ini, tak seorangpun yang meninggalkan shalat fardhu.
Tak sekalipun mereka melalaikan shalat fardhu 5 Waktu !. Luar biasa…..!!!!!!
Lalu Muhammad Al Fatih kembali bertanya: “ Siapa diantara kalian yang sejak baligh dahulu hingga hari ini pernah meninggalkan shalat sunah rowatib?kalau ada yang pernah meninggalkan shalat sunah sekali saja silakan duduk!!!”. Sebagian lainya segera duduk. Artinya, pasuka islam sejak remaja mereka ada yang teguh hati, tidak pernah meninggalkan shalat sunah setelah maghrib, dua roka’at sebelu shubuh dan shalat rowatib lainnya. Namun ada yang pernah meninggalkanya. Betapa kualitas karakter dan keimanan mereka sebagai muslim sungguh bernilai tinggi, sungguh jujur, pasukan islam Al Fatih.
Dengan mengedarkan matanya ke seluruh rakyat dan pasukanya Muammad Al Fatih kembali berseru lalu bertanya: “ Siapa diantara kalian yang sejak masa akhil baligh sampai hari ini pernah meninggalkan shalat tahajud di kesunyian malam? Yang pernah meninggalkan atau kosong satu malam saja, silakan duduk!!” apa yang terjadi…???? Terlukislah pemandangan yang menakjubkan sejarawan barat dan timur. Semua yang hadir dengan cepat duduk!!”
Hanya ada seorang saja yang tetap tegak berdiri.
Siapakah dia???
dialah, Sultan Muhammad Al Fatihsang penakluk benteng super power Byzantium Konstantinopel. Beliaulah yang pantas menjadi imam shalat jumat hari itu. Karena hanya Al Fatih seorang yang sejak remaja selalu mengisi butir-butir malam sunyinya dengan bersujud kepada Allah SWT [ BerTahajjud ] , tak kosong semalampun.
Sejak abad kedelapan sahabat Rosululloh berusaha merebut benteng ini. Salah satunya Abu Ayyub Al Anshari namun gagal. Baru setelah enam abad kemudian benteng itu berhasil direbut dibawah pimpinan Muhammad Al Fatih.Karena jasanya inilah beliau diberi gelar Al Fatih (sang pembuka) yaitu membuka kota Byzantium yang dulunya adalah Konstantinopel. Beliau adalah seorang pemberani, ahli strategi militer, juga istiqomah dalam shalat tahajudnya.
Itulah sebuah kisah sejarah yang sungguh indah dalam bungkai ketakwaan kepada Allah SWT. Kisah Pedang Malam yang merupakan rahasia sukses dari seorang pribadi penggubah sejarah, bernama Muhammad Al Fatih, orang asia asal Turki, yang baru berusia 21 tahun. Shalat Tahajud merupakan modal yang sangat penting untuk membangun kekuatan ruhiyah dalam kesuksesan Al Fatih dikemudian hari. Sehingga islam jaya, berpendar-pendar cahayanya selama 500 tahun di bumi eropa sejak abad ke-15. Semuanya berasal dari Pedang Malam Al Fatih yang amat begitu luar biasa.
Maa syaaAllah, Luar biasa……Sultan Muhammad Al Fatih (Sang Pembuka)……!!!!
Keberadaan Muhammad Al-Fatih telah diprediksi oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya:
“Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukkannya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah komandonya adalah sebaik-baik pasukan.” [H.R. Ahmad bin Hanbal Al-Musnad 4/335].