Showing posts with label untuk imtiyyaz. Show all posts
Showing posts with label untuk imtiyyaz. Show all posts

Monday, 7 November 2011

Frasa-Frasa Menarik [ BOMBASTIK ] Untuk UPSR/PMR/SPM


-mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang
-mendukung kebenaran yang kita sepakati
-mengamalkan sikap dan perwatakan yang murni
-mengambil langkah sederap
-menghirup udara hasil kemerdekaan
-mengikut acuan sendiri
-mengundang kontroversi
-menjadi cerucuk utama pembangunan
-menjulang negara ke puncak jagat
-menuntut setiap anak watan mengotakan aspirasi
-menyambut gamitan menara impian
-menyebabkan imej negara tercalar
-menyediakan kursus dan latihan yang relevan
-menyembunyikan masalah utama masyarakat
-mereka lebih cenderung kepada keseronokan dan berpeleseran
-mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan
-milineum baru ini pasti sahaja sarat dengan muatan cabaran reformasi
-muafakat merupakan inti kepada perpaduan
-negara kita akan bersih daripada unsur sosial yang tidak sihat
-nilai keinsanan yang syumul
-nilai-nilai material semakin memberkas dan meluas dalam masyarakat
-pandangan pro dan kontra yang dipaparkan
-pelbagai cabaran yang bakal menghambat
-pelbagai masalah sosial sedang menghinggapi masyarakat
-pembentukan masyarakat sakinah
-pembudayaan ilmu perlu dipupuk dan dibajai oleh generasi muda masa kini
-pendedahan oleh pihak media massa menghangatkan senario ini
-perlu dibaja kembali
-perubahan yang diharap masih belum menjelma
-petanda kehancuran generasi
-pewujudan masyarakat madani-propaganda negatif terhadap negara kita dapat ditepis

-kita perlu mengorak langkah
-kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini
-komitmen menyeluruh agensi yang terlibat
-kongkongan yang selama ini dianggap membelenggu
-Masalahnya, kita mahu memberi pendapat tetapi tidak rela dikritik
-makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kekeluargaan
-mampu mengadunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu
-manifestasi kesanggupan bangsa
-manusia bukanlah `haiwan robotik’ yang tidak mempunyai rasa dan jiwa
-masa depan menjanjikan cabaran di luar jangkaan
-masalah putusnya komunikasi dan jurang generasi
-masalah sosial dan susila yang meruncing
-masih terbelenggu dengan cara berfikir yang sempit
-masyarakat yang naif dengan mata kebendaan yang melalaikan
-melangkah dengan seribu kekuatan
-melontarkan soalan yang cukup penting
-melupakan cita-cita yang lebih luhur
-membangunkan generasi yang berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmu
-membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan
-membenam budaya hedonistik yang tidak berfaedah
-membetulkan ketidaktepatan fakta
-membimbing mereka memenuhi impian
-membina impian masa depan yang lebih gemilang
-membongkar kepincangan
-membuktikan sensitiviti, kepekaan dan keprihatinan mereka
-mempengaruhi minda generasi muda
-mempertahankan perasaan saling bersefahaman
-mempertingkat dan memperteguh kefahaman
-mempraktikkan elemen tolak ansur
-memudaratkan kesejahteraan rakyat
-menabur bakti kepada mereka yang kurang beruntung
-menaburkan nilai kebendaan yang tidak bertahan lama
-menagih komitmen dan pengertian serius semua pihak
-menampilkan wajah baru yang disulami tekad
-menangkis tuduhan yang tidak berasas
-mencapai tahap yang mencemaskan
-mencerminkan dengan jelas akan hakikat ini
-mencerminkan generasi yang muflis dan tercabut daripada akar tradisinya
-mendapat perhatian dan liputan media massa
-mendepani masa depan yang tidak menentu

Saturday, 17 September 2011

Tips Menghafaz Al-Quran


TIPS MENGHAFAZ AL-QURAN

Assalamualaikum w.b.t
~Al-Quran bukan sekadar dibaca, tetapi difahami dan diamalkan kandungannya~


"Sebenarnya, Al Quran itu adalah ayat-ayat yang nyata di dalam dada orang-orang yang diberi ilmu. Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami kecuali orang-orang yang zalim." (Al-Ankabuut 29:49)

Sekadar perkongsian buat pembaca yang dirahmati Allah,

Untuk menghafal dan menjadikan kalam-kalam Allah makanan dan zikir bagi diri kita :
  • Mestilah dimulakan niat untuk menghafaz ayat-ayat al Quran itu kerana Allah.
· Menggunakan naskhah Al-Quran yang sama

Sunday, 29 May 2011

ADAB BELAJAR MENGIKUT IMAM GHAZALI

1.      Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan bercium tangan sebagai tanda penghormatan- ikut jantina
2.      Jangan banyak bercakap di hadapan guru
3.      Jangan bercakap jikalau tidak ditanya
4.      Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru.
5.      Jangan menyangkal kata-kata guru
6.      Jangan mengumpat pelajar lain
7.      Jangan berbisik di hadapan guru
8.      Jangan berpaling kiri dan kanan
9.      Jangan menyoal semasa guru kepenatan
10.    Berdiri apabila guru bangun
11.    Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000 kali
12.    Rujuk guru dalam memilih ilmu
13.    Jangan duduk tempat guru
14.    Jangan berjalan dihadapan guru kecuali darurat
15.    Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru keluar menemuinya
16.    Sentiasa mendapat keredhaannya dan jauhkan kemurkaannya
17.    Muliakan anak-anak guru
18.    Selalu berhubung dengan guru 
19.    Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Ini boleh mengurangkan keberkatan ilmu  
20.    Selalu mendoakan guru selepas setiap solat lima waktu.
Sama-sama lah kita mempraktikkan agar kite mendapat keredhaan ALLAH dan berjaya dunia&akhirat.