Telur Ayam mudah didapati dimana-mana sahaja. Selain ia digunakan sebagai masakan dan makanan, ia juga sesuai digunakan untuk kecantikan wajah. Kulit wajah bukan sahaja akan kelihatan cantik, malah ia akan licin dan tegang.
Petuanya adalah seperti berikut;
- Bersihkan muka anda sebersihnya dari kotoran dan alat make-up dengan menggunakan air bersih dan span.
- Keringkan muka dengan tuala yang bersih.
- Kemudian, ambil sebiji telur ayam dan asing putih telur dan kuningnya ke dalam mangkuk atau piring.
- Selepas itu, sapukan putih telur sahaja ke seluruh bahagian muka.
- Biarkan ia kering dan melekat di kulit muka seperti masker. Elakkan dari bercakap atau menggerakkan bahagian muka selama satu jam.
- Kemudian, bilas muka anda dengan air suam.
- Seelok-eloknya amalkan petua ini dua atau tiga kali seminggu sebelum anda masuk tidur.
credits to petuanenek
No comments:
Post a Comment
Your comments here