Thursday, 30 December 2010

Resepi Tat Keju / Cheese Tart Recipe !!

Bahan Untuk Dough : -

Mentega 200g

Gula Ising 100g

Telur 30g (1 biji kecil grade B)

Garam sedikit

Tepung Gandum 300g

Krim Keju Filling : -

Krim Keju 250g

Telur 100g (2 biji grade B)

Gula Caster 70g

Yogurt Plain 70g

Blueberry filling 150g

Serbuk Coco 5g (ditapis)

Cara - Cara :-

1) Dough. Pukul mentega,garam dan gula sehingga lembut.Masuk telur. Akhirnya, masukkan tepung dijadikan dough lembut dan dibungkus.Masuk dalam peti sejuk 1/2 jam ke atas.

2)Tekan dough ke dalam acuan kecil,lalu bakar dalam oven 170 degree celcius selama 15 minutes sehingga kekuningan.( sejuk kan kulitnya )

3)Filling. Pukul cream keju dan gula sehingga licin dan lembut. Masuk telur perlahan sambil kacau keju sehingga habis, akhirnya masuk yogurt.

4) Ambil 50g aduan keju di campur dengan serbuk coco dan kacau sehingga sebati. Ditepikan.

5)Picit aduan keju ke dalam tart acuan yang telah disiap.Bakar dan ulang sehingga habis.

6)Letakkan blueberry sedikit sebelum letak aduan keju. Lalu letakkan aduan keju yang ada coco di atas aduan keju tadi.Gunakan lidi satay diukir seperti spider web.

7)Bakar 180 degree celcius selama 10 minutes.

No comments:

Post a Comment

Your comments here