Sunday, 29 May 2011

Tidur 3 jam saja sudah mencukupi [ seriously ??? ]

Asslamualaikum wbt.

yes the title is correct...
Umumnya orang beranggapan bahwa tidur malam yang baik memerlukan waktu sekitar 6 – 8 jam sehari. Tetapi ketahuilah bahawasanya pendapat ini ditentang oleh para saintis Barat seperti Dr. Ray Meddis, seorang profesor di Department of Human Sciences, England University of Technology yang mengatakan bahawa manusia sebenarnya hanya perlu tidur malam selama 3 JAM . 
Waktu tidur biasanya dikenali dalam dua jenis, iaitu tidur ayam dan tidur lelap. Mimpi biasanya terjadi pada tidur lelap (deep sleep). Manusia perlu berlatih untuk biasakan tidur lelap karena tidur ayam adalah masa berangan-angan yang sebenarnya hanya membuang waktu saja. Tidur yang sebenarnya ialah ketika tidur lelap berdasarkan kajian saintis Barat, iaitu cukup selama 3 JAM. Kita merasakan bahawa tidur malam kita selalu tidak cukup. Hal ini disebabkan kita tidak terlatih atau mengikuti aturan yang benar ketika kita tidur. Apabila seseorang atlit misalnya, ketika hendak bertanding dalam acara 100M lumba lari maka dia akan berlatih mungkin sekitar setahun sebelum perlumbaan itu dimulakan. Dengan demikian dia berharap untuk menjadi juara. Demikian juga dengan kita, harus melatih diri kita tidur sesuai dengan aturan yang baik.

Menurut kajian ahli perubatan Barat, sebelum kita pergi tidur, kita akan merasa mengantuk (drowsiness) di mana suhu badan kita akan menurun. Dengan mengatur waktu tidur dan menggunakan termometer kita boleh melatih diri kita untuk tidur apabila perlu. Tidur yang teratur dapat mengefektifkan waktu kita terutama untuk beribadah di malam hari serta mengerjakan hal-hal lain. Di dalam Al-Quran disebutkan ada segolongan manusia yang masuk syurga karena ibadah malamnya dan kurang tidur malam. Firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud : 

“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberikan oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah.” (Surah az-Zariat: ayat 15-18)

Rasulullah S.A.W. telah memberikan contoh yang baik bagaimana tidur yang lengkap dengan doa-doanya. Sebagai ringkasan, mungkin kita biasakan latihan untuk tidur malam seperti: :

1.Makan malam sedikit saja. Cukup sekadar alas lapar. Jika kita makan malam yang banyak maka akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur.

2.Tunaikan solat Isya’ sebelum tidur.

3. Bersihkan tempat tidur dari kotoran.

4. Amalkan doa-doa sebelum dan sesudah tidur seperti yang diajarkan Rasulullah S.A.W.

5. Kurangkan waktu tidur dari 8 jam sehari menjadi 7 jam sehari untuk bulan pertama latihan; pada bulan kedua kurangkan waktu tidur malam menjadi 6 jam sehari, seterusnya pada bulan ketiga menjadi 5 jam sehingga kita boleh tidur untuk waktu 3 jam saja.

Cara bangun tidur juga ada kaedahnya untuk menjaga kesihatan dan menghindarkan diri dari pelbagai penyakit. Umpamanya kita yang suka bangun tidur,lantas terus melompat dari tidurnya, maka berisiko terkena penyakit jantung dan boleh menyebabkan kematian. Demikian menurut pendapat seorang doktor dari China - Dr Huang Guoxiong dari Badan Perubatan Lioning.


PENDAPAT AHLI SASTERA BARAT

Ada juga ahli sastera barat yang menceritakan mengenai pentingnya mengurangkan tidur untuk mencapai kerjaya yang baik. Apabila ditanya apakah rahsia kejayaan mereka? Mereka menjawab: “The woods are lovely, dark and deep but I have promises to keep and miles to go before I sleep.” Maksudnya ” Taman itu indah, gelap dan tebal tetapi saya mempunyai aturan yang harus dilaksanakan terlebih dahulu sebelum saya tidur.”

“The heights by great men reached and kept were not attained by sudden fight. But while their companions sleep were toiling upwards in the night.” – Longfellow. Maksudnya, “Pencapaian kerja yang tinggi oleh orang-orang ternama tidak didapati serta merta tetapi mereka bekerja keras sehingga larut malam pada waktu teman-temannya yang lain sedang nyenyak tidur.” Ini jelas menunjukkan mereka meminimumkan waktu tidur untuk mencapai kejayaan dalam hidup mereka.


2 comments:

  1. Subhanallah hebat info ni. Yup. Menurut kajian. Orang yang sangat berjaya mereka kurang tidur. Work ethic mereka sungguh luar biasa.

    ReplyDelete
  2. tetaoi, saya ingin bertanya sedikit soalan ... adakah tidur selama 8 jam sahaja tidak membahayakn kesihatan manusia ?

    ReplyDelete

Your comments here