assalamualaikum pembuka bicara
pagi tadi naik jemu mencari pendrive ku yang hilang ntah kemanapuas aku mencari tapi tidak kutemui
terlalu banyak perkara2 penting dlmnya
dan sukar untuk aku menyiapkan risalah bulanan BADAR [ al- Hadwan ] tanpa pendriveku itu
aku cari dan terus mencari di segenap ruang rumahku
lantas aku terus bercucuran airmata
hanya kerana sebuah pendrive
aku mampu menangis
*************
bila direnung kembali
ahh hinanya diri ini
begitu mudah mengungkap rasa sedih
dengan linangan air mata
tetapi saat tahajjud ku
bukan sekadar gagal menangis menyesali dosa-dosaku
malah terkebil-kebil mata merindui kamar
hina lagi diri ini
bila dosa dan maksiat yang dilakukan
tidak kuinsafi
seringkali doa yang dipanjatkan memohon ampunan serta taubat
tapi setiap kali itu juga diri ini leka dan alpa
***************************
Ya allah mata ini gagal menangis kerana kerasnya hati , hati ini keras kerana banyaknya dosa , banyaknya dosa kerana lalainya diri mengingati mati , dan diri ini leka mengingati mati kerana cintaku pada duniawi
Ya Allah aku ingin menangis keranaMu
Kuatkanlah aku memerangi nafsuku
Jika aku tidak mampu berjihad menentang musuh-musuh mu
izinkan aku ya Allah , izinkan aku
menjadi mujahidah menentang nafsuku
yang menjadi laluan pada bisikan dan godaan syaitan ya allah
ya allah lembutkanlah hatiku
leburkanlah airmata kehambaan
yang terbit dari hati yang benar benar ikhlas
ikhlas mencintaimu ya Allah
sungguh keikhlasan itu sangat payah untuk dirangkul
tetapi aku yakin ya Allah
tiada apa yang membtaskan kekuasaan dan kehendakmu
bantulah aku ya Allah
Aku ingin menangis ...
Keranamu
Ya Allah
Ya akhi..mohon share entry ni.boleh?
ReplyDeleteukhti to be precie :)
ReplyDeletesilakan ....