Tinggalkanlah perkara haram yang diingini ...
nescaya Allah akan memberikan dengan cara yang halal
Petikan dari SOLUSI isu 25 - Mujahadah melawan nafsu |
Meninggalkan yang haram...
Seorang pencuri datang menemui seorang ulama untuk bertaubat
"Saya ingin bertaubat. Apa nasihat tuan pada saya ?"
"Apa yang mampu kau tingglakan dari perkara yang haram , Allah akan izinkan kau mendapatkannya melalui jalan yang halal"
kata ulama tersebut
Malam itu lelaki tersebut tidur di masjid. Dia tidak mahu tergoda untuk kembali mengulangi perbuatan jahatnya. tetapi bila malam bertambah larut, perutnya berasa sangat lapar. Dia tidak ada sedikit pun untuk membeli makanan. Pada ketika itulah dia kalah dengan godaan. Perlahan-lahandia keluar daripada masjid untuk keluar mencuri
Dia menceroboh masuk kedalam rumah yang sangat besar. Tentu penghuninya sanagt kaya, fikirnya. Di bahagian dapur, didapatinya ada makanan diatas meja. Dia pun segera untuk mencuri makan itu. Namun, tiba-tiba dia teringat pesanan ulama itu. " Apa yang kau dapat tinggalkan daripada yang haram , kau akan dapati melalui jalan yang halal". Spontan dia membatalkan hasratnya.
Dia terus bergerak dari bilik ke bilik. Setibanya disebuah bilik dia menemui harta yang banyak. Dia mengeluarkan karung yang dibawanya. Tetapi sebaik sahaja menyentuh harta tersebutdia teringat lagi kata-kataulama itu. Sejurus itu dia batalkan sahaja hasrat jahatnya itu
Sebelum dia keluar daripada rumah tersebut, dia terpandang si tuan rumah, iaitu seorang wanita jelita yang sedang tidur. Timbul keinginan jahat dalam dirinya untuk melakukan sesuatu yang tidak baik terhadap perempuan itu. Namun , apabila hatinya teringat pesanan ulama , terus ditinggalkan niatnya itu
Kemudian dia kembali kemasjid dengan keletihan dan kelaparan. Selepas solat subuh , seorang wanita memasuki masjid dan terus menemui ulama yang mengimami para jemaah
"tuan , tolong saya tuan. Saya temui jejak seseorang yang memasuki rumah saya malam tadi . tetapi anehnya tidak ada suatu pun barang saya yang hilang . Namun saya takut dia akan datang kemabli kerumah saya nanti"
"Adakah kau tinggal bersendirian ?"
Wanita itu menjawab " Ya, sejak kematian suami saya. "
"Kamu mahu jika aku carikan seorang lelaki sebagai temanmu ?"
"Apa maksud tuan?"
Ulama itu pun memanggil lelaki tersebut dan memeinta persetujuan kedua-duanya untuk dikahwinkan. Beberapa hari kemudianmereka pun dnikahkan
Selepas hari pernikahannya , pemuda itu berkata kepada ulama tersebut " ini semua berkat mengikut nasihat tuan,. Benarlah , Allah akan memberi saya secara halal , apa yang saya inginkan secara haram. Makanan , harta dan yang paling bertuah seorang isteri yang baik sebagai isteri"
pengajaran : tidak rugi mengikuti jalan kebenaran. tidak akan untung dengan melakukan kemungkaran. Pengorbanan untuk melalui jalan Allah , walaupun susah pada awalnya akan mendapat ganjaran yang besar tidak lama selepas itu
Kisah Saya
Saya ada hilang pendrive yang masih baru dibeli . Kingston DT101-G2 8 Gigabytes pendrive dengan harga RM38 di Tesco Rawang . Saya sayang sangat pendrive nie . sebab sebab sebab dia baru ... lagi satu sebab dia nie dah banyak tolong saya untuk siapkan risalah Al-Hadwan edisi khas ramadhan. dan untuk siapkan project Water Saving Campaign untuk BP-MyScience project. Kelas kami terpilih untuk jadi duta Kempen Penjimatan Air.
Nak dijadikan cerita kali terakhir saya balik bermalam dirumah setelah lama duduk terperuk di SBPI Rawang saya bawak sekali lah pendrive kesayangan saya tu. ada kunci locker saya sekali dekat landyard yang saya gantung pendrive tu. punyelah sayang sampai saya sentiasa bawak kemana-mana . even ke kelas . Sebab saya ni bukan lah orang kaya senang-senang nak buang duit rm40. Cari punya cari tak jumpa-jumpa
Semalam [ 20 ramadhan 2432 ] saya cari lagi sementara masih ada dirumah . sebab hari ini nak kena pulang keasrama pula. jadi saya tanyakan pada ibu dan kakak serta semua adik beradik saya. Ibu saya dah mula pula ugutannya . katanya' Nak beli lagi duit sendiri' fuhh . terasa kott . tapi mmg salah syaa pun
cari-cari pun tak jumpa kat mana-mana . Mulalah saya menangis. sebab pendrive tu baru dan rm 38 ! bukan senang nak dapat . saya ni duduk kat asrama nak belanaj sehari rm2-3 pun berat. sayang ! lepastu Allah takdirkan saya baca artikel SOLUSI diatas.
Kemudian saya jemur baju , tiba-tiba terjumpa pendrive SLIQ 8GB . WOW ! peluang ... " nie pendrive kawna muaz tu kan . dah berzaman dah kat sini . tak nak dah ke ? daripada tak dek orang gune baik aku guna " pastu saya terus ambil pendrive tu. tekad dah ni. tak mahu tanya pada muaz pun . Selepas muaz pulang kerumah , saya yang dari tadu berkira-kira untuk ambil pendrive tu kerana terkenangkan artikel SOLUSI "Apa yang mampu kau tingglakan dari perkara yang haram , Allah akan izinkan kau mendapatkannya melalui jalan yang halal" . Jadi saya tak jadi nak ambil . walaupun muaz dah bagi . sebab bukan tuannya yang bagi keiizinan
Saya mengadu pada tiha. Sahabat yang sentiasa disisi dan menasihati. Dia menganjurkan saya untuk membaca Surah Al-Buruj dan berdoa " Ya Allah himpunkanlah aku dengan [ barang yang hilang ] . sesungguhnya Engkau yang Maha Menghimpunkan " Saya terus beramal dengan penuh keyakinan bahawa Allah akan mamakbulkan doa saya.
kemudian tak lama selepas itu , saya mencari lagi dalam kotak-kotak [ tak logik ada kat situ, tapi carik je lah ! ] . kemudian saya masuk pula kedalam bilik. Tiba-tiba mata saya terarah dibawah katil. saya tunduk dan cuba mendapatkan seusatu dibawahnya. Subhanallah ! itulah pendrive saya yang dicari-cari setelah sekian lama. Mmg bersyukur yang tidak terhingga .
Bagi saya , pengalaman ini cukup terkesan dihati saya . Betapa halusnya TARBIYYAH yang Allah berikan kepada saya. Segala-gala yang berlaku begitu 'meticulous' atau begitu teliti dan tersusun sekali.
Kadangkala kita begitu menginginkan sesuatu. Dan kadangkala perkara itu merupakan seusatu yang haram bagi kita. Jika lemah iman kita maka besar kemungkinan kita akan pergi mendapatkannya walau apa cara sekalipun. Nafsu itu sentiasa mendorong kepada perkara kejahatan , oleh itu nafsu itu perlu diDERA. Nafsu itu sebahagian daripada kita. Jadi perjuangan dan mujahadah memerangi nafsu itu seolah-olah memerangi diri sendiri. Berat , Sakit , Susah . Tapi itulah harga yang harus dibayar demi menundukkan nafsu. Kerana nafsu itu lalauan kepada bisikan dan godaan syaitan.
Nafsu itu WAJIB diperangi . cara yang paling berkesan men'dera' nafsu kita ialah dengan tahajjud dan Qiyyamullaill dan hendaklah istiqamah [ saya pun belum berjaya istiqamah. sama-samalah kita berusaha ]. Semoga entry saya kali ini mampu memberi sedikit sebanyak kesedaran tentang betapa pentingnya kita melawan nafsu. Analogi saya begitu mudah , berkaitan kisah pendrive kerana nafsu itu bukan mendorong pada kejahatn yang besar-besar sahaja, kadangkala ia adalah perkara yang kecil-kecil dan kita anggap remeh-temeh. Tapi dosa yang kecil-kecil yang terus berlaku itulah permulaan kepada dosa-dosa besar.
Wallahua'lam bissawab
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh
Tinggalkanlah perkara haram yang diingini ...
nescaya Allah akan memberikan dengan cara yang halal
Subhanallah.. :)
ReplyDelete:)
ReplyDelete