Thursday, 10 November 2011

Kasyaf [ terbuka hijab ] | Ilmu Islam yang dilupakan

Kasyaf adalah salah satu karamah atau kelebihan yang diberikan Tuhan kepada hamba-hambaNya yang dikasihiNya. Apa yang ingin disebut di sini adalah kasyaf yang dianugerahkan Tuhan kepada kekasihNya atau waliNya.


Walaupun tidak dinafikan, ada kasyaf yang didapati oleh orang awam, kasyaf sebegitu boleh menipu dan merosakkan diri merka. Kasyaf itu jika tidak dipimpin dan dijaga, nescaya menjadi istidraj kepada mereka.


Bagi wali Tuhan ini, hal-hal kasyaf sebenarnya telahpun dijanjikan Tuhan sepertimana dalam sebuah hadis qudsi,


Allah berfirman yang maksudnya: Orang yang mendekatkan diri kepadaKu, mengerjakan yang fardhu dan yang sunat, sehingga Aku cinta kepada mereka lalu Aku menjadi pendengaran mereka dan Aku menjadi penglihatan mereka.


Kasyaf kepada wali Allah ini ada banyak bahagiannya, seperti berikut:


1) Kasyaf Mata


Mata dapat melihat alam mawara-ul-maddah atau disebut sebagai alam yang seni-seni atau boleh disebutkan sebagai alam di luar kebendaan.
Di sini, mata dapat melihat perkara-perkara ghaib seperti malaikat, jin dan syaitan. Kasyaf inilah yang menjadikan orang seperti Sayyidina Umar r.a nampak apa yang sedang berlaku pada tentera-tenteranya. Karamah seperti ini penting kerana dapat menyelamatkan seluruh tentera Islam.


2) Kasyaf Telinga 


Kasyaf telinga disebut juga hatif. Telinga boleh mendengar benda-benda yang ghaib. Mendengar suara tetapi tidak nampak lembaganya sama ada dari jin yang soleh, malaikat atau waliullah. Suara itu adakalanya membawa berita gembira, adakalanya berita yang negatif. Tujuannya ialah Allah hendak menghiburkan orang yang mendapatnya. Kalau berita itu berita gembira, boleh menggembirakannya. Sebaliknya, kalau berita itu berita duka, juga akan menggembirakannya kerana dia tahu terlebih dahulu, sekurang-kurangnya dia boleh bersiap menghadapi ujian itu. Atau dia boleh mengelak daripada bahaya itu.


3) Kasyaf Mulut


Tuhan beri kepada orang itu, lidahnya ‘masin’ seperti doanya kabul atau apa yang dia sebut terjadi sama ada jangka pendek atau jangka panjang. Juga, di mana saja dia memberi kuliah, nasihat, tunjuk ajar, berdakwah dan sebagainya, ianya mudah diterima masyarakat dan boleh mengubah hati mereka. Akhirnya berubahlah sikap masyarakat. Karamah seperti ini biasanya dikurniakan kepada pemimpin.


4) Kasyaf Akal 


Mendapat ilmu yang seni-seni yang Allah kurniakan pada seseorang terus jatuh ke hatinya. Ini terjadi tanpa dia belajar, tanpa membaca, tanpa mentelaah dan tanpa berguru. Dinamakan juga ilham atau ilmu laduni. Agar tidak terkeliru, perlu diingat orang yang hendak dapat ilmu laduni itu, dia mestilah dahulu ada ilmu asas iaitu ilmu fardhu ain.


5) Kasyaf Hati 


Dinamakan juga firasat. Inilah kasyaf yang tertinggi daripada kasyaf-kasyaf yang disebutkan tadi. Biasanya dikurniakan kepada pemimpin. Itupun tidak banyak kerana Allah kurniakan hanya kepada pemimpin-pemimpin yang sangat soleh, yang sangat sabar menanggung ujian yang begitu berat ditimpakan kepada mereka. Kasyaf hati ialah rasa hati atau gerakan hati yang tepat lagi benar. Dia boleh menyuluh mazmumah yang seni-seni yang kadang-kadang kita membaca kitab tak mengerti. Termasuk juga adalah rasa hati dapat membaca diri seseorang. Nabi pernah bersabda, “Hendaklah kamu takuti firasat orang mukmin kerana dia melihat dengan pandangan Allah”. Apa yang dimaksudkan dengan firasat itu ialah kasyaf hati. Orang yang mendapatnya dapat memimpin diri dan dapat memimpin orang lain. Kalau tidak, seorang itu tidak layak jadi pemimpin. Kalau dia terus memimpin rosaknya lebih banyak daripada kebaikan.


Demikianlah yang dapat diceritakan tentang kasyaf. Moga-moga kita mendapat manfaatnya.

Read more: http://cahayamukmin.blogspot.com/2009/01/kasyaf-ilmu-islam-yg-dilupakan.html#ixzz1dJa5O5F4

__________________________________________________________
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w.


Topik ini jarang-jarang dan hampir mustahil dibicarakan dalam ceramah, bayan, seminar dan kuliah masjid. Disini saya ingin membuka sedikit maklumat tentangnya kerana saya pernah mendengar dalam radio ikim, kefahaman yang amat sempit terhadap isu ini.

Kasyaf ertinya dianugerahi mata hati lalu terbuka hijab antara makhluk dengan Tuhannya dan dapat melihat alam ghaib.

Kasyaf yg difahami oleh para nujum, bomoh dan dukun bukanlah termasuk dalam perbahasan ini kerana kasyaf yg mereka perolehi hanya terhad setakat pendang tembus ke alam jin sahaja. Tidak pada alam malaikat, alam Jabarut dan alam Lahut. Keterhadan ini boleh dilihat bila ramainya dukun, bomoh dan pawang masih melakukan maksiat terhadap Allah (lakukan perkara haram, makruh dan syubhat). Ini kerana mereka masih tidak dapat melihat malaikat Raqib & Atid (pencatat amalan baik & buruk) yang sentiasa sibuk menjalankan tugas mengawasi gerak-geri kita.

Kasyaf yang dikehendaki di sini ialah kasyaf yg dapat memimpin manusia mengenal Allah Ta'ala. Terbuka hijab dengan dapat melihat syurga atau neraka mengingatkan si hamba agar rajin beribadah, solat di awal waktu, menjauhi aktiviti sia-sia dan berhati-hati dalam perkataan. Inilah yg dikatakan Rasulullah s.a.w. "Jika kamu tahu apa yg aku tahu nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis".

Kasyaf dianugerahi Allah Ta'ala apabila hati telah bersih dari titik-titik hitam syirik. Kasyaf juga diperolehi dengan memperbanyakkan berlapar dan mengosongkan perut dengan berpuasa. Ia juga dimulai hasil dari bersusah payah (mujahadah) melazimi amalan suluk dan sentiasa membulatkan tumpuan hati kepada Allah.

Apabila kasyaf dianugerahi Allah, maka iman seseorang berada di paras selamat kerana dia akan dapat kekuatan menjaga diri sendiri walau keseorangan, walau di atas awan, di tengah lautan, di celah hutan tebal, walau digodai gadis rupawan. Inilah yg dimaksudkan"ilmu yakin".

Kasyaf juga akan membuatkan seseorang dapat membaca hati dan bisikan orang lain. Walaubagaimanapun, kebolehan ini digunakan oleh penerimanya untuk mengenang kebesaran Allah dan bukan untuk tujuan bersuka-suka dan memperbodohkan orang lain. Inilah rahsia bagi mengelakkan diperbudakkan oleh musuh Islam.

1 comment:

Your comments here