Friday, 25 November 2011

Warkah Buat Adik-adikku

Dengan asma Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih

        Salam rindu di angin lalu kepada adik-adik tercinta serta rakan-rakan seperjuangan Kem Anakku Soleh Siri 2 , Masjid BTP 2011. Adik-adik, kami abang kakak faci sangat merindui adik-adik walaupun baru sehari kita tidak bersua. Rindu gelak tawa serta ke'nakal'an adik-adik. Akak terkilan bila kita tak sempat mengambil gambar kenang-kenangan. mahupun bersalam-salaman. Maafkan kami andai tidak mampu memberikan yang terbaik untuk adik-adik. Dan maafkan kami untuk segala salah dan silap terhadap adik-adik. Adik-adik, kakak dan abang harap adik-adik boleh praktikkan apa yang kami ajarkan. ingat pesan kami 
-Jagalah solat
-Tutuplah 'aurat
-Jaga Adab
-Sayangi dan taati ibubapa

        Ingat adik-adik, suatu hari kita akan mati dan kita tidak tahu bilakah waktunya. Jangan kita menyesal di hari akhirat. Adik-adik, kakak dan abang sayangkan adik-adik. Kami mahu adik-adik jadi anak serta hamba allah yang soleh dan soleh.

         Kami juga harap agar adik-adik sudi mendoakan kami agar dikurniakan hidayah serta keredhaan Allah. Jangan lupa amanah untuk menyampaikan surat itu kepada ibubapa adik-adik.

        kakak dan abang harap adik-adik berubah serta dapat jadi anak yg soleh dan solehah. insyaallah kak nadhirah akan post kan gambar2 kem di kesempatan yang lain



Nadhirah Baharin
- hamba Allah yang tewas dalam tangisan kerinduan-

No comments:

Post a Comment

Your comments here