sesungguhnya kamu ini adalah kaum yang melampaui batas
(al'araf : 81)
Sesungguhnya apa yang kita cakap, kita akan diuji... sesuai dengan Firman Allah
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka belum diuji? (29:2)
Maka, Andai kata lemah serta rapuh mujahadah seseorang itu, mudah dia memalit dosa. Dosa apa yang telah diperkatakannya. Diri ini juga tidak lari diuji. Ya Benar, Mujahadah itu perit, pahit... Tetapi tidakkah kenikmatan SYURGA serta apa yang ada dalamnya cukup menggiurkan buatmu?
"Ya Ampunilah segala dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami,, dosa adik-beradik kami, dosa guru-guru kami, dosa rakan-rakan kami, dosa jiran-jiran kami , dosa para mujahidin, serta dosa seluruh muslimin dan muslimat, yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"
Justeru, jalan yang terbaik setelah gagal mujahadah serta terjerumus kedalam perbuatan dosa ialah kembali pada Allah yakni taubat... selaras dengan Firman Allah S.W.T
“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung” [QS. an-Nur: 31]
No comments:
Post a Comment
Your comments here