Friday 27 April 2012

BUKAN ISLAM MAHU BELAJAR AL-QURAN

http://permasalahanfeqh.blogspot.com/2010/03/bukan-islam-mahu-belajar-al-quran.html



BUKAN ISLAM MAHU BELAJAR AL-QURAN

Fikrah Dr. Salam

SOALAN

SAYA mempunyai seorang kawan yang bukan beragama Islam, tetapi dia mempunyai keinginan untuk belajar membaca al-Quran. Apakah hukum orang yang bukan beragama Islam memegang al-Quran?

AKMAL
Kelantan


JAWAPAN

KEINGINAN kawan bukan Islam untuk membaca dan mempelajari al-Quran sangat baik.
Al-Quran adalah kitab mukjizat yang banyak memberi hidayah kepada manusia.


Dengan itu hasrat beliau perlu disambut baik. Islam pula membenarkan bukan Islam membaca dan mempelajari al-Quran supaya dapat membuka hati kepada ajaran Islam yang sebenarnya.

Dalam pada itu anda boleh menerangkan kepada beliau kedudukan kitab suci al-Quran yang perlu dihormati dan dijaga.

Ini jelas apabila Allah berfirman: “Bahawa sesungguhnya itulah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan). Yang tersimpan dalam kitab yang cukup terpelihara. Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci [al-mutahharun].” (al-Quran, al-Waqi‘ah (56): 77-79)
Berkenaan hukum bukan Islam memegang al-Quran terdapat perselisihan pendapat.

Ada pendapat yang tidak membenarkan bagi menjaga kesucian al-Quran.

Ini termasuk kepada wanita dalam haid, mereka yang berhadas besar, tidak berwuduk dan juga bukan Islam. (al-Quran, al-Tawbah (9):28).

Ada pendapat yang membenarkannya. Ini termasuk kepada kanak-kanak yang belum baligh kerana masih tidak mukallaf. (Ibn Rushd, 2000: I: 72-73; 83-84).

Sebab perselisihan adalah berpunca daripada kefahaman ayat surah al-Waqi‘ah di atas. Antaranya berkenaan maksud istilah al-Mutahharun, ia sama ada bermaksud umat manusia (Bani Adam) atau malaikat.

Seterusnya perselisihan timbul sama ada ia suatu bentuk khabar (pernyataan) yang membawa kepada larangan atau semata-mata penyataan tanpa ada larangan.

Dengan itu memegang al-Quran (mushaf) dalam keadaan biasa adalah diharuskan apabila dapat dijaga kesuciannya.

No comments:

Post a Comment

Your comments here