Bismillahirahmanirrahiim ....
Tabir Ramadhan melabuhkan hijab. Menyingkap tirai Ramadhan. Hatiku kebasahan ... bukan kerana Syawal yang tiba , tapi mengenang Ramadhan yang berlalu pergi
Sayu ...
Entah mengapa , Ramadhan kali ini begitu bererti, Banyak tarbiyyah tuhan buatku . Alhamdulillah, pertama kali mengkhatamkan Al-Quran dalam Ramadhan . Mungkin ada yang lebih , seperti Imam Syafie yang telah menghabiskan 60 kali khatam dengan purata sehari 2 kali khatam ... MasyaAllah .. insan-insan hebat yang berjaya buat aku cemburu.
Aku cemburu
Kerana ketaatan
Kerana keikhlasan
Kerana kekuatan
Kerana MUJAHADAH
Kerana ketinggian akhlak
Kerana kedekatan
Kerana Zauuq
Kerana hatinya lebih dekat
kepada Al-Khaliq , Pencipta aku dan mereka
Dalam diam-diam . aku banyak mengagumi insan-insan hebat. Kerana sedar Maha Kerdilnya aku .. kadangkala kekaguman itu hadir menyentap jiwa ... menonton 30 minit ustaz Don , tawaku memecah sunyi. Agak keterlaluan barangkali. Tetapi bila mengamati mujahadahnya , walau aku tahu bukan dia memaksudkan menampakkannya, aku terdiam . tiba-tiba ... hatiku khusyu' melihat KERENDAHAN HATINYA serta TAWADHU' dalam menyantuni manusia lain. Tawanya tersimpul kemas dalam sebuah senyuman. Tiada 'suara khimar' HANYA SENYUMAN. senyuman itu menghantuk imanku ... bukan kerana tertarik pada pesonannya, tetapi hakikat yang terpendam . Sunnah nabi yang termanifestasi secara refleks. bukan dibuat-buat. kerana bila jiwa itu dekat dengan Sang Pencipta serta Kekasih Agung Rasulullah SAW , kau dapati ada nur yang tersingkap
Aku amati lagi... Dengan izin Allah yang maha Perkasa ditakdirkan hamba Allah itu terbatuk kecil. Sebentar cuma. Sekali lagi aku terhantuk bila lafaz 'SYAFAKALLAH' spontan terluncur dilisannay. Allah Allah Allahu robbi ... betapa jauhnya aku dari sunnahnya ...
Hatiku menangis....
Menagih madrasah tarbiyyah Rasulullah. Mengharap , merayu menjadi yang dekat denganMu serta Rasulullah. Jauh aku dari sunnah, jauh lagi dari Sirah. Bagaimana mahu mengharap redha serta ikhlas dalam sebesar-besar perkara jika sekecil-kecil perkara jauh dari keberkatannya ...
Renungilah
Amatilah
Sekecil-kecil perkara yang berlaku didalam hidup kita
Bukankah 'aqal itu diciptakan untuk berfikir
Semoga bertemu manisnya memburu barakah warrahmah

No comments:
Post a Comment
Your comments here