Bismillahrrahmanirrahiim ...
أَلا بِذِكْرِ اللهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوْبُ
Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.
Kuakui diri insan biasa yang kerdil. Ampuniku Ya Rabb bila lemah Jiwa Hamba. Kerana Nafsu yang bermaharajalela. Taqwa kepada Allah, bukan pada taghut ..
Allah itu maha Mengetahui... Dan yakinilah setiap apa yang ditaqdirkan itu , adalah yang terbaik untuk berlaku. Maka bertasbihlah mensucikan tuhanmu dan bertahmidlah memuji keagungan serta kebesaran dan keluasan Ilmunya, hingga kita belum mampu menemukan hikmahnya. Mungkin pengetahuanNya itu, Dia hijab sebentar. Supaya minda terus berfikir. Agar hati terus meratib zikir...
Walaupun jiwa sesak dalam rintih. Hati terus memujuk diri. Tidak mungkin Allah melupakan diri ini. Mungkin ada ketentuan yang lebih baik. Husnuzzon pada Sang Pencipta. Kerana kita hamba berjiwa hamba...Dengan izinNya. Ya Allah, diri ini banyak khilaf serta jahil . Suluhkanlah cahaya makrifahMu. Biar jiwa ini kenal pada penciptaNya.
Susah bagi mereka yang tidak mengerti mentafsir rasa. Kerana tersimpul pada ruang rahsia. Hendak aku ungkai pada sinar cahaya. Tapi ada apa pada manusia? Biar hati terus berbicara dengan sang pencipta. walau jauh dari mentari cahaya. Andai ia mampu menenun rasa
berharap pada sebuah ketentuan
tapi dibentangkan denai lain dari impian
tapi siapa tahu mana letak sebuah pengakhiran
semuanya rahsia tuhan
teruslah berjalan dan bertahan
-catatan dinihari seorang pencinta ilahi-
No comments:
Post a Comment
Your comments here