Wednesday, 24 October 2012

TIPS LULUS ADDITIONAL MATHEMATICS SPM


TIPS LULUS ADD MATHS



Kertas 1

Kertas 1 ada 25 soalan yang wajib dijawab..biasanya pattern soalan sama saja.

Soalan no.1 biasanya dari Chapter 1-Function

Soalan no.2 Chapter 2-Quadratic Equation

dan seterus-seterusnya lah...(ada juga satu chapter keluar lebih dari 2 soalan)





Empat Chapter ini (biasanya tak keluar dalam Paper 1 sebab chapter ni soalan pilihan Paper 2)

-Solution Of Triangle

-Index Number

-Motion Along A Straight Line

-Linear Programming



Cadangan

1. Jangan tinggalkan kosong- jawab semua soalan sehabis baik mengikut kemampuan anda

(sepatutnya tiada masalah untuk 10 soalan pertama kerana beberapa chapter telah diajar dalam matematik moden juga..)



2. Gunakan scientific calculator yang ada mode equation (dicadangkan Casio MS570)

- bertujuan untuk menyemak factorization dengan lebih mudah kerana factorization untuk quadratic equation

digunakan dalam banyak soalan(*tapi ingat-markah tidak diberikan sekiranya jalan kerja tidak ditunjukkan-

(calculator untuk tujuan penyemakkan)

- untuk mencari nilai binomial probability distribution -nilai X dengan lebih mudah tanpa menggunakan buku sifir

4 angka (walaubagaimanapun buku sifir disediakan semasa peperiksaan



3. Markah yang diperuntukkan ada dinyatakan dihujung setiap soalan..yang terdiri dari 2,3 dan 4 markah. Jawab soalan berpandukan markah yang diberi.



4. Formula telah diberikan di hadapan kertas soalan..(hampir semua formula)..walaubagaimanapun ia akan menjadi hiasan saja kelau anda tidak tahu menggunakan atau tidak tahu makna simbol..penting untuk anda "mesra" dengan formula-formula ini dengan membuat seberapa banyak latihan



5. Sekiranya ada dinyatakan dalam soalan contohnya : Without using scientific calculator..maksudnya anda diminta untuk menunjukkan jalan kerja penuh untuk menjawab soalan itu..walau bagaimanapun..anda boleh menggunakan mesin kira untuk tujuan semakan..



6. Pastikan anda mendapat sekurang-kurangnya 25markah (30/80) untuk kertas 1

7. Secara amnya Kertas 1 sangat membantu anda untuk lulus Add Math..pelajar yang biasa mendapat markah (60/80 dan ke atas) biasanya boleh mendapat A1 atau A2 untuk Add Math, semasa SPM sebenar..(mengikut pengalaman)

Kertas 2

Terdapat 3 Bahagian soalan dalam Kertas 2..Bahagian A, B dan C (semua sekali 15 soalan..wajib jawab 12)

Anda wajib menjawab semua soalan Bahagian A ((40 markah)
pilih 4 daripada 5 soalan Bahagian B (40 markah)
pilih 2 daripada 4 soalan Bahagian C (20 markah)

sekiranya anda sangat lemah dalam add math pastikan anda fokuskan kepada soalan-soalan berikut

* Bahagian A -silmultionous equation (biasanya 5 hingga 6 markah-semak factorization guna scintific calculator anda)

* Bahagian B- Linear Law (biasanya soalan no 7) (buat jadual (sekurang-kurang nya dua tempat perpuluhan )dan
plot graf-5markah..jawab soalan 5 markah)

* Trigonometric Functions (cuba buat graf trigo kerana graf trigo tidaklah sesusah yg selalu
digambarkan)

* Probability Distributions -pattern soalan biasanya sama saja

Bahagian C - bagi pelajar saya.. saya menyarankan mereka memilih tajuk Index Number dan Solution Of Triangle
untuk bahagian ini..kerana..Index Number adalah topik yg mudah..dan solution of triangle juga
tajuk yg tidak terlalu sukar..berbanding dengan Linear Programing(mengambil masa untuk
menjawab..mengintepretasi soalan kepada graf)..Motion Along a Straight Line (perlu mahir tajuk
differentiation dan integration..dan pelajar selalu tidak dapat menafsir tajuk dengan baik untk topik
ini)

# PERHATIAN-Untuk Bahagian B soalan-soalan dari topik lain yang selalu diuji ialah Coordinate Geometry, Statistic, Circular Measures, Vector, Differentiation dan Integration

Daripada cadangan saya tadi anggaran markah untuk topik2 terpilih tersebut ialah 70/180 (jumlah kertas 1 dan 2) peluang untuk anda lulus adalah sangat cerah sekali..jika anada dapat menambah 10 markah lagi..peluang untuk kredit berada di depan mata)

http://advancetutor-sirhenry.blogspot.com/2012/07/tips-lulus-add-maths.html

1 comment:

  1. Thanks, saya lemah gila addmath. Doakan saya. :)

    ReplyDelete

Your comments here