Sunday 23 December 2012

The first week of working ...

Alhamdulillah ... Cuti sekolah , hmm tak tahu lah ini dikategorikan sebgaia cuti sekolah atau bukan. Sebab mungkin hidupku selepas ini bukn lagi sebagai pelajar sekolah. Tetapi in sya Allah tetap bergelar seorang pelajar walau dimana aku berada. Selagi nafas masih terhela, selagi itu ilmu kuburu jua.

GURU TASKA ATAU JURUJUAL ?
Permohonan menjadi seorang guru tadika smartsoleh aku ditolak kerana aku tidak mungkin menandatangani kontrak bekerja selama setahun. lalu aku diminta menjadi guru taska. pada mulanya aku tidak keberatan, tetapi bimbang juga kalau angin kebosanan melanda. benar, teruja untuk bersama si cilik berlari-lari walaupun mungkin memeningkan kepala. AKHIRnya, aku putuskan untuk menjadi jurujual di kedai barangan arab.

RAMBANG MATA
"Banyak betul buku best-best at sini" getus hatiku. Salah satu faktor aku ingin bekerja disini ialah kerana barangan yang dijual kebanyakannya produk orang islam. tudung-tudung labuh, jubah aneka macam, buku0buku islamik , barangan dari middle east and banyak lagi. Boleh tanam saham akhirat sekali sebab tolong orang buat baik. ( tak semestinye keje cam ni je boleh tolong orang, semua kerja pun tolong orang, cuma mungkin ada yang tak nampak secara terus atau direct )
Wahh best kan .. mcm2 ada
Tudung labuh macam-macam warna ... cantik
Jubah morocco perempuan.. kalau lelaki yang lengan  pendek sikit
serban and tudung bidang 60 ... ( baru tahu serban pun macam-macam warna )
Halwa telinga .. 
P/S- tak sempat nak ketip gambar buku-buku yang awesome

OH MY CUSTOMERS !!
Satu lagi perkara yang aku syukuri adalah peluang berjumpa dengan RAMAI orang, dari pelbagai latar belakang. setiap orang membawa cerita yang berlainan. Alhamdulillah, aku agak peramah. jadi kelebihan ini aku gunakan semaksimum mungkin bila ada peluang. peluang belajar erti kehidupan...

NAMPAK BRUTAL BRO!
dikisahkan adalah 2 orang sahabat ini. seorang berbaju merah dan seorang lagi berbaju hitam, dan seluar jeans hitam ( siap ada tulisan rock-rock lagi ). Mereka beruda ni belek-belek lah sticker kereta. ingatkan nak cari yang mcm MU ke Harimau Malaya ke, anything yang brutal. tup tup dia amik sticker FI SABILILLAH ! okay, sorang nie tak lah muka brutal sgt, but sorang lagi kawan die yang pakai jeans pendek (tp still tutup lutut) mintak FI SABILILLAH jugak .. yang ni memang betul-betul terkejut. sebba muke memang brutal habis lah... so lesson of the day, First impression is not always right

STROKE, BEKAM, IQRA
Ada seorang hamba Allah ni. Subhanallah.. kesian kat die sebab kena stroke. tApi alhamdulillah dah okay sikit. mula-mula masuk kedai mintak kerusi. dah namppak dah macam kaki die sakit,  dia cari buku 100 nama Allah kat nabilah ( adik yg jaga kedai tu jugak ). after that, dia mintak IQRA'
aku : Untuk anak pak cik ke ?
dia : Anak saya dah ada .. ni untuk saya
aku : oh, pak cik mengaji dengan ustaz ke ?
dia : tak lah , saya nak belajar mengaji balik
aku : pak cik boleh baca quran ke
die : boleh tu boleh tapi merangkak lah
aku : pak cik ni, muallaf ke
die : nenek saya cina
die : awak baca quran setiap hari ke ?
aku : ----------- krik krik ------ ( soalan apakah ? =.= btw, aku pun bagi soalan cepuk mas kat die jugak . so its fair lah kan )
dia : kita kena baca quran setiap harii, nanti al-quran ni yang akan bagi syafaat kat kita.
aku : ( mengangguk, sambil tersenyum )

penafian - dialog diatas sekadar ringkasan dari perbualan dengan pak cik cina ini. gaya bahasa mestilah lain sikit. tak lah soalan ni direct terus... jaga adab lah kan :D pandai2 lah

pengajaran : Macam mana pulak ngan kita yang dah dikurniakan kebolehan untuk membaca al-quran dengan tertib dan tartil ? kalau pak cik nie yang umurnya dah menjangkau 30-an masih mampu bersemangat mengaji al-quran, macam mana pula dengan kita ?


macam-macam lagi. ada yang gaduh dengan isteri dia sebab berbalah nak beli sticker. di tuding jari betul-betul kat depan muka isteri dia. Allahuakbar, terasa panas lagi membara bila melihat maruah wanita diinjak sebegitu...isteri die merajuk terus jalan turun escalator, dia dok marah-marah isteri die "ni la orang perempuan " ... hurr.. lagi membara telinga ni. sesungguhnya AKU TIDAK HORMAT PADA MEREKA YANG TIDAK HORMAT DAN TIDAK MEMULIAKAN KAUM WANITA ! walau mereka salah, tidak wajar air muka mereka dijatuhkan didepan khalayak ramai. bukankah Allah menjadikan wanita itu makhluk yang lunak ?

IMAM SEMPOI
Mula sahaja dia menapak masuk kekedai, aku dapat rasakan satu aura yang kuata dari pasangan bahagia ni. seorang ustaz di kementerian pertahanan bersama isterinya yang berfurdah... Subhanallah, sempoi sangat pak cik nie... sweet couple lagi walaupun masing-masing dah berumur. Usia bukalah penghalang kebahgaiaan berumah tangga. selagi mana cinta itu didasari dengan keimanan, in sya Allah tiada istilah bosan. jubah-jubah aku terpaksa punggah sebab nak cari saiz dan warna yang dia mahukan. tetapi semuanya BERBALOI ! seriously, aku suka sangat dengan pak cik ni. kelakar sangat. tapi dalam lawaknya sentiasa ada mesej yang nak disampaikan pada aku ... alkisahnya, pakcik and makcik nie datang nak beli jubah sebab ada event esoknya. Rasanya ada program rasmi, so nak belilah jubah baru .. and rasanya pak cik nie dah lama tak pakai jubah .. hihi
aku: cari jubah pak cik ?
pakcik : ha'ah .. esok najib nak suruh pak cik datang baca doa
aku: okay !!
pak cik : ketat lah yang.. rasa ketat lagi dari yang rumah
aku : ( mula tertawa kecil )
mak cik : ye ke ?
aku : tu satu cabaran untuk pak cik diet
pak cik : 3 TAHUN LAGI BARU DIET !
aku : haha
pak cik : tu kakak belajar kat ne ( kakak sorang lagi yang jaga kedai tu .. dia pakai niqab)
aku : pondok mane ntah... tapi dah kahwin dah
pak cik : YA ALLAH, dia cakap macam kita ,,, yang(sambil pnadang isteri die ) ,,, ISH !!!
aku : eh tak tak.. maksudnya, kakak tu dah habis belajar lah, and sekranag dah kahwin .. tak bermaksud tau pak cik ( adoi pak cik nie, dah lah tengah gelabah carik baju saiz dia, sakit perut asyik gelak je ngan pak cik ni )
pakcik makcik dan aku : (gelak) '
mak cik : kat sini ada jual purdah ye 
aku : ha'ah . ada macam-macam jenis
makcik : nak satu warna hitam
pakcik : kenapa tak ada getah? nanti sesak nafas hidung tersumbat macam ni ( dia buat ekspresi muka hidung tersumbat sebab pakai purdah tak dek getah )
aku : haha ( apelah pak cik ni )
pakcik: e'eh lain pulak muka hari ni ( sambil pandang muka makcik yang baru try purdah baru ) .. tak boleh ni yang, TABARRUJ, ALLAH MURKA (nada dia mcm sungguh makcik tu melawa tahap tabarruj)
aku : (GELAK... hanya tu yang mampu )
dah selesai semua, aku pun pergilah ke surau nak solat isya' . balik kedai balik tengok pak cik tu baru keluar dari kedai..
pak cik : Nak amik duit balik, tak cukup duit tambang balik rumah 

kakak : pak cik tadi bli kopiah , dia cakap " Biru macam BN , merah macam UMNO... bagi yang putih lah "
aku : haha 
ditakdirkan, panjang betul jodoh aku and makcik and pak cik nie. mak cik tertinggal barang dia kat kedai, so aku pun sms suruh dtg amik.. 2 hari kemudia dia datang lagi
aku : pak cik, jubah hitam saiz yang pak cik nak dah sampai
pak cik : hah okaylah
aku : pak cik try lah dulu ...
makcik : barang mak cik mana ?
aku : ni ha
makcik : bagi mak cik 2 lagi purdah ..
aku : okay..
aku : pak cik , ada orang kata pakai jubha bukan sunnah die just baju yang biasa dipakai olh orang arab...
pak cik :  al-Sunnah adalah sesuatu perkataan,perbuatan dan pengakuan Nabi S.A.W. so , pakai jubah ni kira perbuatan nabi ... tapi mungkin jugak kalau nabi hidup zaman sekarang nabi pakai kemeja
aku : o0o0o0o0o0
pak cik : ada apa2 lagi tak nak tanya .. pak cik nak balik nie
aku : ( terdiam, kemas-kemas  baju jubah .. kalau boleh nak terus borang-borak dengan mak cik pak cik nie.. sedihnya ... )
pak cik : kamu bila nak pakai furdah?
aku :  ???? ( pak cik ni bagi soalan cepuk mas pulak. what kind of question is that ? 0.o boleh pulak dia tanya soalan ni ? nak suruh aku pakai ke ? o.0 )
mak cik : kita pakai purdah, kene betul-betul nawaitu. kalau nak tabarruj, tok sah pakai. boleh jadi kita pakai purdah tapi still tabarruj...
aku : pak cik saya lipat je macam-macam mane
 pak cik : lahh anak dara tak reti lipat kain 
aku : eh tak tak ( sekali lagi, aku diper'tidak pandai'kan oleh pak cik ni )
pak cik : baru ingat nak masuk meminang 
mak cik : (gelak-gelak)

p/s - kan best ramai customer macam pak cik mak cik nie ! bahagia hidup ku... dalam pendekatannya yang sempoi, tapi sarat membawa makna. kalau tidak , masakan hatiku begitu tertarik pada akhlak dan peribadi mereka. Subhanallah. aku rindu pada mereka... 

macam-macam lagi. ada yang gaduh dengan isteri dia sebab berbalah nak beli sticker. di tuding jari betul-betul kat depan muka isteri dia. Allahuakbar, terasa panas lagi membara bila melihat maruah wanita diinjak sebegitu...isteri die merajuk terus jalan turun escalator, dia dok marah-marah isteri die "ni la orang perempuan " ... hurr.. lagi membara telinga ni. sesungguhnya AKU TIDAK HORMAT PADA MEREKA YANG TIDAK HORMAT DAN TIDAK MEMULIAKAN KAUM WANITA ! walau mereka salah, tidak wajar air muka mereka dijatuhkan didepan khalayak ramai. bukankah Allah menjadikan wanita itu makhluk yang lunak ?
'

2 comments:

Your comments here