Sunday, 10 March 2013

rapuh dalam langkah

Bismillahirrahmanirrahiim

Bercerita tentang sebuah cerita. Kisah hati yang tidak siapa mengerti melainkan Sang Ilahi. Jiwa yang kusut penuh persoalan. Ingin sahaja aku luahkan pada dunia tentang rasa hati. Tapi kugagahkan juga kaki dalam menapak daan bertahan. Bila mengingatkan ini baru sahaja sebuah permulaan. Garisan mula kembara mencari makna insan dan kehambaan. lalu aku temui sebaris kata pedoman

If you never thank ALLAH for every smile
Then why blamed ALLAH for every tears you drop

bagaimana untuk istiqamah dalam perjuangan. bagaimana untuk ku kuat berpaut pada dahan keimanan. Bila iman dihati kian pudar, bagaimana harusku lakukan untuk mengembalikan sinar yang hilang. Jiwa ini semakin lemas dalam pelukan keinginan rakus nafsu yang gagalku didik sebaiknya. Aku rindu pada tarbiyyah

Kerana tarbiyyah itu aku bisa kuat dalam melangkah. 

wahai hati, bagaimana pula halnya akan Asiah ?
jangan kau kata bi'ah itu yang mendidik. Jika ia benar tidak mungkin asiah mampu mempertahankan imannya  tatkala suami yang tercinta seorang kufur yang seburuk-buruk kufurnya. Goncangan ujianmu tidak sekuat 'Asiah. Jauh dari hampir. bangkitlah hai jiwa yang lesu. Jiwa yang resah. Semangat yang rebah

Marilah bersama 'Asiah !

No comments:

Post a Comment

Your comments here