Wednesday 17 April 2013

Pengalaman Temuduga JPA-MARA 2013 @ Poly-tech MARA, Bangi

Alhamdulillah tsumma alhamdulillah. 

Panggilan untuk temuduga program JPA-MARA berlangsung dari jam 9-12 tengahhari. Hmmm, macam mana saya nak start ye? (panggil akak lah ye ? lebih dekat di hati ^_^ ) . Hati akak tergerak nak buat sedikit perkongsian bukan kerana saya ini 'successful applicant' tapi sebab atas dasar akak inginkan adik-adik saya yang saya sayangi kerana Allah boleh mendapat sedikit gambaran tentang proses temuduga dan mengambil ibrah dari pengalaman akak. Akak bukanlah sehebat orang-orang lain, tetapi semoga usaha ini membantu adik-adik yang akan menghadapinya pula dalam mendapat gambaran awal proses yang bakal adik-adik tempuhi ... 

PERSIAPAN

Hari temuduga JPA-MARA dan MARA hanyalah kurang lebih seminggu untuk kita buat persediaan. Ditaqdirkan Allah temuduga akak berlangsung dari pukul 9-12 tengahhari. di Kolej Poly-tech MARA, Bangi.  Sampai sekarang kami semua masih kabur tentang program JPA-MARA . MARAkah ? JPAkah ? Wallahu ta'ala 'alam. 

1. Kajian Melalui Internet
Antara persiapan yang akak lakukan ialah dengan membuat sedikit kajian dari laman internet dan blog-blog alumni JPA interviewees. Dari situ akak dapat sedikit-sebanyak gambaran tentang proses temuduga yang bakal berlangsung. Jadi adik-adik boleh cari pengalaman-pengalaman dari orang lain juga yang lagi terror ( knp org melayu sbut hebat as TERROR ??? ) dari akak. 

2. Youtube
Akak juga sempat menonton beberapa siri video pendek dari youtube. Antara keywords yang akak search adalah group discussion tips, interview tips, how to introduce yourself, public speaking, how to win an interview. 

3. Isu Semasa
Isu semasa akan banyak diitanya semasa interview JPA-MARA. The list goes on and on. adik-adik nak tak nak kena jugak banyakkan membaca beberapa isu semasa. They can come out with any topics. Jadi apa yang akak buat ialah akak search tentang kejayaan malaysia, pendidikan, teknologi hijau, and akak siap print senarai kejayaan DSN dalam mentadbir negara ( memandangkan tahun ini DSN adalah PM Malaysia. Lepas PRU 13 nanti, wallahua ta'ala 'alam ). klik sini .

4. Essay Writing
Akak cari anatara soalan-soalan 'panas' yang evergreen untuk interview. Contohnya
  • Introduce yourself
  • Why do you want to study ( the course u applied for ) and why do you want to stdy abroad
  • What is your greatest WEAKNESS & STRENGTH
  • Why should we give you the scholarship
and many more... Akak ada letak kat entry yg lepas-lepas. Cuba gali-gali semula. Apa yang akak buat ialah waktu kedai akak tak rami customer, Akak buat essay berdasarkan soalan-soalan ini. Sekurang-kurangnya kita ada point nak cakap nanti. Akak online pakai phone Xperia U untuk cari soalan hot tu pakai wifi kedai depan ( with permission ) dan agak menyedihkan handphone akak yang baru berusia 5 bulan tu selamat dikuburkan dalam mangkuk tandas dah tidak mampu diselamatkan T_T 

5. Practice in front of the mirror
walaupun dah buat esei, kita masih lagi kene buat practice verbal. sebab kadang-kadang macam akak, kalau tulis BI berhabuk je, tapi bila speaking, speakernye selalu problem ;) akak tak lah terror sangat BI tpi bolehla. (macam mana ntah dapat masuk team debate skolah THIRD SPEAKER pulak tuh =.='' memang akak yang paling kurang cemerlang ). Anyway just be confident. 

6. D.U.I.T = Doa + Usaha + Ikhlas + Tawakkal
Adik-adik boleh amalkan solat dhuha setiap hari. Tak lama pun, dalam 5 minit sahaja. Tapi impaknya sangatlah besar. Selain tu yang paling penting solat TAHAJJUD. Selepas bergelar alumni SEPINTAR  jujur akak cakap memang solat tahajjud perkara paling susah nak istiqamah. Kalau duduk kat asrama agak senang sedikit. Mungkin kerana bila duduk luar ni, banyak dugaan dari hati ( keikhlasan, istiqamah, husnu-zzon, pandangan mata -ghaddul bashar- ) 

Sehari sebelum tu akak tak sempat nak ke SEPINTAR jadi akak hanya ke SMK Rawang (form1-3) dan sekolah KAFA(I) AL-Imaniah. Pergi melawat sekolah sambil menziarahi guru-guru. Minta doa dan restu mereka. Tak sangka tiba-tiba jumpa ustazah akak yang sedang bertalaqqi dengan 6 orang calon PSI dan PQS. Akak kagum dan terharu dengan pengorbanan serta azam mereka. Teruskan usaha adik-adikku. Tak sangka dijemput bagi kata-kata semangat dan tips SPM pada adik-adik ini pula. Akak rasa kerdil sangat dan sangat tak layak, tapi sharing is caring. ^_^

p/s - Akak sangat semangat buat RESUME. tapi terlupa nak bagi. tapi tak apa, Allah tahu usaha akak. untuk adik-adik yang nak buat resume, akak galakkan. menambahkan kesungguhan kita. ini contoh resume yang adik-adik tinggal isi sahaja :) klik sini


HARI TEMUDUGA

Usai solat subuh berjemaah bersama bonda tercinta, akak bersiap dan pukul 6.30 terus keluar rumah. Hari ini abang akak ambil cuti semata-mata nak bawak adinda dia ni pergi interview. Uhibbuka fillah abang ! Akak diminta untuk berada di kolej poly-tech MARA setengah jam lebih awal. Ditaqdirkan juga cousin merangkap bestfriend akak pun dapat tempat dan masa yang sama. Cuma dia mohon MARA. jadi tiada interview, hanyalah ujian psikometri. 50 soalan BM, 50 soalan BI, 1 essay

8.30 am - Pendaftaran

Semua calon dibahagikan kepada 3 kelompok besar. Kemudian dipecahkan lagi kedalam 3 kumpulan yang lebih kecil. 1 kumpulan dalam 10 orang. Waktu daftar akak kene bagi sijil asal, ic dan akan daat tag nombor. nombor bertuah akak hari ini 25 !

8.45 AM - Taklimat

Taklimat ringkas tentang tentatif program hari ini. Temuduga berjalan selama tiga jam dari pukul 9-12 tengahhari

9.00 am - Temuduga Individu

5 orang dari kumpulan akan dipanggil masuk serentak. number 19-25 (23+24 tidak hadir ) rupanya number 19 tu pun dari SBPI Rawang jugak. Tapi dia banin jadi akak kurang mengenali dia. Waktu masuk tu, memang gementar. Lepas dapat arahan untuk duduk, kami berlima duduk menghadap interveiewers. 1orang perempuan dan lagi satu lelaki. Usai soalt subuh tadi akak sempat habiskan surah Nuh (kalau tak silap). Sepanjang perjalanan ke tempat temuduga akak baca doa penerang hati
 stress kan pada ayat 'bukakan ikatan lidahku, fasihkan tuturku' 
1. Introduce Yourself

Pertama sekali interviewers tu suruh kami introduce. Dia tanya dalam BM so kami pun jawab dalam BM. kalau dia tanya BI jawab dalam BI. Akak pun cerita sedikit tentang background keluarga akak dan point penting kat sini adalah untuk highlight pencapaian dan kelebihan adik-adik. Contohnya,
  • Im a very active student where i get to represent my school every year in various competition since im in standard 1 until form 5. every year without fail
  • Im a school prefect and i am also naqibah 
Akak bagi sedikit sahaja. Adik-adik kena elaborate lebih lagi. Pengalaman akak, interviewer tu tiba-tiba tanya ' Kenapa tidak mahu ambil bidang agama' dan akak agak tekejut sebab tak sangka dia tanya soalan macam tu. Akak tak dek pulak cerita B.Arab akak A+ ke apa ke. in fact memang akak tam ambil pun. Akak jawablah sebab saya bukan aliran sains agama. Tapi akak jawab dalam hati (kalau ikutkan memang nak !!! ) tapi akak cool aje -inisemuapoyo- 

2. Course and country applied 

Kami bergilir-gilir jawab soalan. ikutlah interviewer tu suruh siapa yang cakap. Bila sampai turn akak, akak cakap BIOLOGY dan nak belajar di UK atau USA (usa part just slip through my mouth. xnak gi usa kalau boleh ). Interviewer tu tanya nak jadi biologist ke? 

3. Current Issue

Kemudian ada sesi isu semasa. Ada BM dan BI. untuk topik BM group akak dapat tajuk

                   -Adakah pendidikan di Malaysia mampu menyaingi pendidikan di luar negara
tajuk BI pula

                   -integration and nationality
                   -Reality show ; should or should not be abolish 

The trick is to offer yourself to first elaborate on the topic. Tapi akak nervous sikit masa itu, jadi interviewer tu point pada candidate lain dulu. Lepas agak-agak dah ada point, baru angkat tangan. Beberapa perkara yang erlu adik-adik ingat bahawa ini bukanlah satu perdebatan. Tunjukkan akhlak yang baik. Always keep the winning smile. Bila orang lain bagi tajuk, cuba angguk dan tunjukkan yang adik-adik bersetuju(jika adik setuju). Sentiasa amalkan toleransi. Pastikan orang itu benar-benar sudah habis bercakap sebelum cuba untuk berkongsi. 

Akak tak tahulah ini contoh yang baik atau tidak, tapi ini apa yang akak cakap waktu diminta mengulas tentang pendidikan Malaysia ( Cuba untuk tida menyalahkan dan memburukkan kerajaan. PLEASE be careful )
- Bagi saya pendidikan Malaysia bagus dan masih boleh dipertingkatkan. Saya rasa soalan ini diajukan kepada kami memandangkan kami memohon untuk bbelajar keluar negara. Ada satu perkara yang tidak boleh dipelajari melalui buku, KEMATANGAN dan PENGALAMAN (okay, 2 perkara actually ^_^ ). Saya berpendapat jika saya melanjutkan pelajaran di Malaysia saya masih mampu mendapat kemahiran dan kecekapan seperti pelajar luar negara. Cuma kelebihan disini ialah dari sudut saya akan berjalan lebih jauh dan bertemu lebih ramai manusia. Saya hanya ingin tegaskan bahawa pendidikan Malaysia BAGUS dan masih boleh diperbaiki. Tiada argumentasi dalam hal ini. 
ini contoh sahaja dari akak yang tak berapa nak terror nie. Ini yang seingat akak la. Ayat tunggang terbalik sikit sebab spontan. tak lah DA BOMBE sangat. cuma nak adik-adik get some ideas :)

10.00 - diskusi berkumpulan ( Bahasa Melayu )

Selepas 5 orang yang diinterview sekali dengan akak waktu sesi individual, lagi lima orang masuk kemudian. Cuma kali ini, kami masuk 10 orang terus dan duduk dalam satu bulatan . Tajuk diskusi yang kumpulan akak dapat ialah MASALAH PENGANGGURAN DALAM KALANGAN GRADUAN.
  •  25 minit - perbincangan secara berkumpulan
  • 15 minit - tulis point dalam kertas kajang
  • 15 minit - perbentangan. semua orang mesti bentang 
 The trick is, AGAIN, be the first candidate to offer some ideas. Apa yang akak cakap ialah 'Apa kata kita lantik seorang ketua?' . see ? tak lah DE BOMB sangat, tapi at least you're trying to attract the interviewer to notice you. Disini, adik-adik akan dinilai dari beberapa aspek
  1. pengetahuan - Cuba beri huraian dan fakta
  2. komunikasi -  Eye contact dan body language. pandang semua ahli kumpulan dan cuba senyum serta cuba dapatkan persetujuan mereka tentang point yang kita bentangkan.
  3. penglibatan - Jangan duduk diam, cub fikirkan poin. kalau tak dapat fikir point, akak sarankan cuba elaborate point kawan yang betul dan bernas tapi tak dihuraikan secara in-depth . JANGAN MELERET !
  4. adab - Beri peluang pada orang lain untuk beri idea, angguk dan tunjukkan pesetujuan. Jika tak setuju jangan berdebat sampai gaduh. 
  5. kepimpinan - Volunteer lah untuk lead / jadi ketua (esp lelaki )
  6. toleransi 
25 minit pun berlalu, kumpulan akak diberi 1 kertas mahjong . nak minta lebih pun tak apa. Just ringkas-ringkaskan point kita. And be prepared untuk pembentangan. Diingatkan untuk cepat-cepat buat pembahagian tugas ( minta  tolong ketua kumpulan ). Alkisaha kumpulan akak nie agak berterabur. kitorang buat 5 point asas, and 1 point akan dihuraikan oleh 2 orang.

Sewaktu pembentangan diingatkan supaya adik-adik tenang dan jangan terlalu tertekan sebab nanti adik-adik akan gagap. Dan huraian adik-adik jangan sampai mengandungi unsur negatif kepada kerajaan. Misalnya " Kerajaan yang salah kerana terlalu memandang kepada graduan luar negara " pertama sekali cuba fikir adakah perkara ini tepat lagi sohih ? Kalau adik masih bertegas dengan pendirian menyalahkan kerajaan, you might end up fighting with the interviewers. Itulah yang berlaku. Dan ini akan menampakkan ketidak matangan serta menyulitkan peluang untuk berjaya. Sekiranya ada kawan-kawan adik yang buat macam tu, angkta tangan dan dengan sopan cuba cover balik . Contohnya "Maafkan saya, izinkan saya bercanggah pendapat dengan saudara/saudari. Bagi saya, kerajaan tidak salah dalm perkara ini kerana kerajaan ini dipimpin oleh rakyatnya sendiri. Jadi dengan menyalahkan kerajaan sebenarnya kita menyalahkan rakyat itu sendiri. Itulah SINERGI antara hubungan rakyat-kerajaaan" Maintain eye contact with the rest of your group members and the interviewers. Kalau boleh cakap dengan semangat tapi jangan over-do it. They KNOW we're lying or not ;) Interviewers nie dah bertahun-tahun berpengalaman menemuduga. So be careful but enjoy  yourself .

Habis sahaja sesi temuduga , dan selepas diarahkan untuk keluar jangan lupa ucap terima kasih pada interviewers. kalau yang seGENDER tolong salam cium tangan. Rapatkan ukhuwwah + gugurkan dosa ... and menampakkan kita nie beradab

11.00 am - Group Discussion ( how the picture (military force) could add the sense of belonging towards the young generation )

Again and again , volunteer to be the first to speak up. What i did was ' Should we again elect the leader ? ' but everyone agrees to let the same guy be our leader. So funny we took hours to understand wh at the question really want ? and i guess we've wasted 15 minutes going around and around the topic but with no direction. Finally the interviewers give some examples like " going to a trip to the milittary camp " and for once our laughter broke the silence. ( kriik kriik ). The key to get the attention is to SPEAK UP LOUD AND CONFIDENTLY. don't over-do it but a winning smile would be very helpful. Always be  good listener and maintain your eye contact. you might not have a strong point but what i did  was , i gave a pretty interesting examples/quotes . For instance " Im not sure whether you have ever heard about this quote. It is from the words of the king of Constantine who've said "Give me 10 young men, and i can conquer the world" Why did he want young men? Because we are full of spirit and energy. And these energy must be channel to the right way" i smiled and glad the others were nodding and smiled back. See the trick ? you smile to the others in some way they know you need their response. and when they responded with agreement, BOOM you have successfully control the other members and at the same time might win the interviewers. ( As in my case, they are a lot of others who are better than me. But this is what i can share through my experience. im not even a successful-applicant YET .  It might be truE or it might not be.

Then we need to jot down points on kertas mahjong. And like before my group failed to organise the presenttion very well. but still good. i got to present the point from 'parents' perspective. my first point was to organise a family trip to the military camp. Suddenly the interviewer ask me " do you think the military will allow the family to go inside their camp" Alhamdulillah an idea came and i said " The military should allocate a few parts of their camp to be open to the public. Or create an exhibition port (port eh ?? brush up VOCABs please my dears). This might not be a good answer but the way you present your idea is what is more important. use body language and eye contact to let the interviewers be confident of your idea (please practice spontaneous public speaking. you can prepare a few topics from the internet and cut it and put in box. Pick one topic randomly and spontaneously give out your thoughts)

Presentation part ended and we are asked to line up. The interviewers brought up an issue "In IRAN the government support woman to join the military force. WHat is your opinion?" I failed to be the first one t speak up because i cant think of any. DON'T offer yourself if you do not really have points to be presented. Just be cool and think again. my point was " For me there are two types of army. Natuire army or Nutured army. Of course the men can be considered as nature army because of their physical strength but we can nuture the women to be like the men." blah blah i dont remember what i've said really. then i added ' For me, if it is an encouragement, its alright , if it is an enforcement, then it is not okay!' then they started giving examples of Fatimah and Aisha.. and Khaula Al-Azwar. who were involved in the battle.

12.15 - Interview sessions ended ( pheww, finally ... )
We are the last one to finish our session. Alhamdulillah. Akak suka kumpulan ni. Tak adalah pula yang kerek ke apa kea. semua kewl aja. hmm lepastu kena pergi ambil balik sijil-sijil original. sedih sbb tak sempat nak pass resume. Balik tu jumpa dengan sepupu yang ambil ujian psikometri MARA. 50 BM, 50 BI 1 essay. siapkan BM dulu cepat-cepat so boleh take time nak jawab bi nanti. Balik tu akak terus pengsan dalam kereta. Mungkin sebab panas sangat ( well 5 bulan kot duduk dalam air-cond n tak merasaai hangat matahari di tengah hari ) waktu nak isi minyak kereta jalan pun terhuyung-hayang.

KESIMPULAN

Sesungguhnya rezeki hamba-hambaNya sudah pun tertulis di Lauh Mahfuz. Mungkin kita tak dapat scholarship ni, sebab Allah nak beri something better ( sedih jugak kalau akak tak pass sebenarnye T_T ) Yang penting kita jaga hablu minallah dan hablu minannas. and yang paling paling penting ialah TAJDID NIAT ( perbaharui niat ) luruskan niat belajar ni untuk menyuluh kesilapan dan kejahilan diri dahulu dan jangan kerana inginkan glamour serta gaji besar, rumah besar, kereta besar, bini besar ( kriik kriik )..

Maaf atas tulisan yang sempoi-sempoi sahaja. Ingat nak buat formal tapi akak ni selalu tengah-tengah jalan hilang keformalannya. In sya Allah dalam entri-entri akan datang akak try buat satu. Fuuh dah lama juga tak menulis dalam blog sungguh-sungguh macam nie. mulanya tak nak tulis sebab akak tak layak lagi , bukannya successful-applicant (YET) tapi nanti kalu dah successful, entah ada semangat lagi ke tak nak tulis. so harap boleh doakan akak okay ? uhibbukum fillah abadan abada .. Assalamulaikum wbt .. Bittaufeeq Wannajah

20 comments:

  1. Salam, heyy..I went for the same interview as well !! Very nervous kottt...but I pnye session is at 2...lots of nervous talks..wishing dat I could do it all againn...hahhhhhhj...BUT, not dat I think I did too bad...I did juz fairly well...but to think of the competitions we are facing....oh no!!!..so scaryyy de marrry had a little lamb uollss..x kuase!!..can only doa pd Allah ffor best outcome..btw, im Afieq Rolls (facebook)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes . correct .. i did too feel the nervousness. but hey , even if we doint get the scholarship... Allah is there . what is the worst can happen
      (walaupun sedih gak kalu tak dapat huhu . wa nauzubillah )

      as what you can read from my blog post divider

      "NO ONE DESPAIR OF SOLACE FROM ALLAH EXCEPT PEOPLE WHO ARE UNBELIEVERS" 12:37

      wishing you Bittaufeeq Wannajah

      Delete
    2. Yup...but still..tengah menunggu2 result nyer nih..adduhhh

      Delete
  2. hey, i would like to ask..the interview only ask you to intro yourself, what course u want and why, n why the specific country...thats all??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ermmm... they did ask us about the current issue .. hmm, no need to freak out. just be yourself but try to highlight your good qualities a bit ... dont over do it ( from successful-applicant-not-yet )

      Delete
  3. Eh macam mana nak taw keputusan temuduga tuh eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahla .. nanti kalau dah tahu inform kat sini juga ea. syukran

      Delete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. salam alaik..can you give me some tips to get involve in grup discussion coz i'm a bit shy to talk to the others??

    ReplyDelete
  6. Haha you forgot one thing.. don't even utter the word 'khabar angin' and all you'll get is a very threatening look from the interviewer.. kan? Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHA .. trulee !! eh, how come you knoe about this 'KHABAR ANGIN ' thingy ? aha, we must be from the same group ! next time please state who you are ^_^ ... anyway, this interview is a very ohsome experience ... i feel like sitting for SPM the day before ... very nervousssss

      Delete
  7. wuw... :) okay dear ukhti, sme la kite!..dh pegi jgak iv nih..hihi..Alhamdulillah,lega sgt dh laluinya.. Tawakal but still diiringi dgn usaha dan doa yg brterusan.. Ana pun minx UK jgak.. Semoga awk brjaya sis.. :)
    Amin..
    p/s : kputusan tmuduga 2 mggu lpas tarikh tmuduga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amiin ... barakallahu feek ... semoga kita dapt apa yang terbaik untuk kita .. nervousnye tunggu result ;)

      Delete
  8. assalamualaikum..result keluar bila meyh ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ura ura dengar criter MARA hari nie.. jpa esok kot

      Delete
  9. result jpa-mara kluar biler ? saya konfius nie..ad kate 14,,ad kate 20.. which one? =.="

    ReplyDelete
    Replies
    1. MARA. Confirn 20may
      JPA MARA. mungkin 20 mungkin rak ... hmmmmm

      Delete
  10. kalau dapat straight A, tapi add math , chemistry and bio A- , ada harapan x dpt mara?? sedih nii...

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum akak,

    Nak tanya, masa interview jpa-mara ni ada chinese and indian jugak ke? Atau biasiswa ni hanya untuk org melayu/bumiputera sahaja?

    Harap akak dpt reply pertanyaan sy ni :)

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Your comments here