Monday, 27 May 2013

PENANTIAN ( part 1 ) - CFS IIUM < Centre for Foundation Studies, Internation Islamic University Malaysia >

Tiada lafaz yang lebih baik buat pembuka bicara dari lafaz

 PENANTIAN saya bertambah sarat selepas keputusan PILN (program ijazah luar negara) tajaan MARA sudah pun diumumkan 20 Mei yang lalu. Alhamdulillah berita-berita gembira saya dapat dari sahibah-sahibah. Tidak kurang juga yang kekecewaan tetapi saya yaqeen mereka semua redha dan tahu inilah percaturan yang Allah sudah tetapkan dalam hidup mereka

Sepupu saya yang paling rapat akan ke United Kingdom In Sya Allah dan akan futher Sains Gunaan (applied science) Izzatee Safia Binti Muhammad Khairy. Seorang gadis yang sentiasa cemerlang dalam aktiviti sekolah sedari tadika lagi. Terkadang saya cemburu dengan kejayaannya, tetapi dia benar-benar layak untuk segala pengiktirafan yang diterima. Seorang gadis yang sentiasa gigih, sopan serta selalu memanfaatkan masa dengan hidangan ilmu walau kemanapun dia pergi. Uhibbuki fillah :)

Dan semenjak 20 mei sehingga hari ini ( 8 hari ) hidup saya agak perlahan. Setiap hari menantikan pengumuman tawaran tajaan MARA-JPA yang entah bila bakal keluar. Setiap hari mata saya dihadapkan pada layar skrin handphone mahupun laptop. Dan kadar durasinya semakin bertambah setiap hari dek kerana harapan yang terlalu tinggi. Facebook page 'Post SPM 2013' dilewati berkali-kali setiap hari menanti jawapan dari mereka. Astaghfirullah, terkadang rasa usaha sayalah yang melayakkan saya mendapat tajaan, sehingga terlupa pada Dia yang beri saya kekuatan untuk berusaha. Keyaqeenan saya tergugat pada yang Maha Esa. Padahal Dia mengetahui segalanya.

PENANTIAN saya sukar untuk dibunuh dek kerana harapan itu kini sudah melangit tinggi. Alhamdulillah saya mula juga buat persiapan untuk ke Asasi Sains Hayat di CFS IIUM. Dokumen-dokumen penting baru selesai dicetak. Senarai semak barangan keperluan untuk ke sana juga baru selesai ditulis tangan yang kini lebih indah dari cakar ayam. Alhamdulillah

Siang tadi sempat berkunjung ke Masjid India meraikan tetamu yang jauh. Pakcik Ali dan Che Ani beserta yuyu dan Irfan. Tok (nenek) juga turut sama kerana ingin bertemu dengan Kak Nda yang baru sahaja selamat melahirkan bayi . Alhamdulillah. walaupun sudah tua dan badannya sudah bongkok, insan mulia yang telah melahirkan bonda saya ini masih menggagahkan dirinya. Sempat saya berborak dengan Tok dalam keadaan mamai ( mengantuk sangat ). 
"Kita nie kalau berzikir La Ila Ha Illa Allah 300 kali baru jadi orang awam, orang kebanyakan. kalau orang yang soleh , alim tu berapa ribu kali?" Loghat terengganunya menambahkan manis dalam bicara
"Nampok dok tasbih Tok? Hilang doh. Hat ni tahan skek bulih 1tahun dok putus. Hok dulu-dulu putuh belaka"
"Nanti ira cari. Ada la tu kat mana-mana" Gagal untuk meniru loghat terengganu Tok. Cakap standard sahajalah!
"Baca La Ilah Illa Allah 300 kali, Allahumma 'afuwwun 100x Subahanallah 100x. Bulih 500x sehari . Hok tok guru tu kate kalau ye dok sempak nok habih siang tue, ye sambung malam pulok"
Saya terdiam dan otak kini ligat berfikir. Betapa banyaknya masa yang terbuang tanpa diisi dengan perkara yang berfaedah. Ibadah saya juga kini hambar, kurang khusyu'nya. Astaghfirullah. Semoga hadirnya mereka menambah barakah dalam rumah ini. Banyak perkara yang perlu dilihat dan dimuhasabah kembali. Sebelum saya melangkah ke Universiti tak lama lagi. Sekiranya saya gagal tajaan MARA-JPA maka destinasi ilmu saya adalah ke CFS IIUM campus Petaling Jaya in sya Allah.

Untuk para sahabat yang masih dalam dilemma, istikharahlah ( saya pun belum istikharah lagi ) dan musyawwarahlah. Teringat pada seorang sahabat saya yang sangat unik, Fari . Dilemma antara asasi sains hayat dan TESL di Australia. Sebenarnya saya bukanlah tempat terbaik untuk bermusyawwarah tetapi saya cuba juga memberikan respon PROs & CONs. Semoga Allah cenderungkan hatinya pada yang lebih baik buatnya. Kenapa sahabat saya ini unik ? Rahsia ...



Terasa masih panjang perjalan yet kematian itu hakikatnya lebih hampir. Takut terlalu engrossed dalam kehidupan padahal masih zero dalam sebenar-benar kehidupan ( alam akhirat ). Takut untuk hadapi hari esok kerana hari ini masih dalam kelalaian. Ya Allah berikanlah kami kekuatan dari cebisan-cebisan kekuatanMu yang menegakkan langit tanpa tiang dan memasakkan gunung-ganang diatas lipatan bumi ,


No comments:

Post a Comment

Your comments here