Friday, 19 December 2014

Cerita tentang UCAS, Offer Letter dan Conditional Offer

Assalamualaikum...

Hari ni nak tulis tentang tajuk entry ni. And nak tulis membahasakan diri 'aku' sebab lebih kepada nak bercerita dengan diri sendiri.

Setelah berhempas pulas menyiapkan Personal Statement yang osem pada pandangan aku ( anda berisiko untuk muntah dan mual membaca entri ni. Jika terdapat simtom-simton jangkitan virus menyampah atau demam kus-kus sila berhenti membaca secepat mungkin), aku pun segera buka Times Higher Education untuk tengok Top 100 universities. Dah nama pun pelajar tajaan JPA, Mestilah dia nak taja kita dekat universiti yang pakar dalam bidang yang kita nak futher tu.

Lepas istikharah dan istisyarah, hati aku kuat kepada Biomedical Science berbanding Biological science. Sebab aku kurang berminat dengan plants, animals, dan paling tak minat teori evolusi yang mana semua tu akan dicover dalam Biological Science. Aku suka manusia. Aku nak belajar pasal manusia dan penyakit. Tapi aku tak nak jadi dokter. Sebab aku tak sanggup nak bedah-bedah ni.


Lepas tengok-tengok universiti akhirnya aku shortlist 5 universiti sebagai pilihan aku ( UCAS ni ala-ala UPU tapi kelima-lima univeristi yang kita pilih adalah pada tahap pririti yang sama)


  1. King's College London
  2. University of Leeds
  3. University of Manchester
  4. University of Sheffield
  5. University of York


Lepastu, bermulalah proses menunggu jawapan dari universiti



15 December 

First decision was from the Unversity of York. Alhamdulillah. Aku pun terus buka UCAS untuk tengok Offer Letter. After buka je, hati aku terus macam kena electrical shock


Innalillah. Hampa tau dak betapa susah ( tapi tak mustahil) nak dapat grade AAB?

I was like "seriously?!!"

Time tu hati ni rasa sedih sangat. Mengenangkan requirement universiti yang tinggi. Mampuke aku nak dapatkan grade macam tu? Bila tengok history senior tahun lepas, ramai gila yang flunked their result. sebab sekarang A Level pakai IAL ( internationa A Level) which is quite harder. and trickier

Yes, memang aku lebih prefer evaluation berdasarkan exam. Mungkin sebab aku jennis yang tak suka buat assignment yang emmerlukan komitmen masa and tenaga sepanjang sem. huhu. Tapi A Level ni tahap dia macam 3 kali ganda SPM. You never know what could possibly comes out in the papers.

Aku rasa mungkin sebab aku comparekan diri aku ngan orang lain and result senior. Bila senior dapat result macam tu aku pun jadi macam "Takkanlah aku boleh dapat 15 (AAA) kot. macam tak logik je)

And petang tu, aku nangis

16 December

Aku dapat Offer letter dari Manchester. Kalau waktu dapat York dulu aku rasa macam kene electric shock, Manchester ni rasa macam kena baling dari tingkat lima.

Miss Baharin sangat :p

What?
AAA?
Oh tidak...

Tapi reaksi aku sejujurnya bukanlah macam tu. Aku more to rasa sedih. Rasa macam remuk redam hati ni.

Oh Syaitan! berani kau buat aku hilang yakin pada pencipta aku yang bila berkata "Kun Fayakun"!


18 December

Aku dapat tawaran dari 2 lagi universiti. Aku bersyukur sebab nak dapat offer letter tu pun tak semua orang dapat. University of Leeds dan King's College London

Leeds tawarkan aku course di universitinya asalkan aku dapat AAA dan surprisingly King's punya condition lebih rendah dari Leeds dan Mnchester .. AAB ... Walhal King's ranking dia thirty something in the world. Aku pilih King's ni saja-saja ja nak cuba nasib kut-kut dapat yang university top 50. Aku ingat King's nak kasi aku A*AA (A* bermaksud 90% keatas)... Alahai baiknya King's kat aku.

19 disember

Tarikh entri ni ditulis.

Nak je aku luah dekat facebook. Tapi bila fikir dalam-dalam lebih baik tak payah. ada banyak sebab
1. Takut ada kawan-kawan aku terasa sebab ramai je nak fly tapi tak dapat scholarship
2. Takut orang cakap aku tak bersyukur
3. Takut aku silap tulis
4. Makcik dan pakcik kat fesbuk aku tu ramai. Semua yang caring2. Kalaulah (nauzubillahi minzalik) aku tak de reeki nak fly, tup2 jumpa diorg kat mana2 mestilah diorang tanya "bila nk fly"

Semua takut.. tak perlu kot nak takut ngan tanggapan manusia kan?

Tapi lebih menjaga hati  kalau aku sekadar luah perasaan kat blog aku yang dah berhabuk ni. Kesian blog aku. Dulu rajin singgah bagi makan ayam golek sikit-sikit. La ni singgah jarang-jarang pastu bila tulis pulak entry mengarut. Habislah blog aku keracunan makanan lepas ni,.

Mesti korang tertanya-tanya... apalah 'big deal' sangat fly

Well, aku pun mesti rasa macam tu.... Kalau bukan sebab dari kecil ( sejak tadika kot rasanya) aku simpan cita-cita nak fly. eh bukan fly. Nak belajar luar negara

Sekarang bila makin besar, takkan sekadar saja-saja nak belajar luar negara kan? Mestilah ada hadaf and matlamat belajar kat sana. Dah lah cukai mak bapak korang bayar yang aku buat belanja ( MAAF TAUU! T_T) Tapi aku janji aku akan jadi satu INVESTMENT dari cukai-cukai korang tu. Tolong doakan aku amanah dengan duit yang aku telah, sedang dan akan dapat...

*Erk, aku tulis ni sebab nak luah perasaan sedih, tapi aku tak rasa perasaan sedih aku tu zuuk menusuk kalbu. mesti korang tak rasa kesedihan aku dengan gaya penceritaan aku yang entah apa-apa dan bakal meracuni blog aku.

Mungkin korang rasa aku macam main-main dengan kehidupan dan investment kerajaan ( baca - duit rakyat) tapi percayalah aku sedang cuba berusaha bersungguh-sungguh untuk do somthing for the country. for the people...

kalau korang berjaya baca sampai habis, aku harap korang dapat doakan kejayaan aku. Semoga aku berjaya ditaja untuk futher di UK. Tapi kalau korang rasa aku membazirkan duit korang, tolong maafkan aku sangat-sangat.

Rezeki Allah tu ada dimana-mana kan. Biarpun aku kempunan nak study dekat UK, tapi kalau itu bukan yang terbaik untuk aku aku redha je.

Sekarang, aku perlu kekuatan

Aku perlu semangat

Aku perlu doa

dan aku perlukan keyakinan

Aku ada ceritakan pasal ucas ni ni dekat beberapa orang yang aku rasa aku close, tapi ada certain drpd mereka buat dunno je. Aku pun tak de lah bagitahu aku sedih ke apa. Aku tak sepatutnya expect diorang faham aku. Itu okay lagi. Aku just harap diorang tak rasa aku ni mengada-ada atau tak bersyukur.

Aku rasa aku terlampau jujur dalam entri ni. so ada kemungkinan entri ni akan didelete atau diedit.

so tahniah lah yang berjaya baca edisi 'raw'

Aku gantungkan harapan aku tinggi-tinggi dan aku sandarkan pada pencipta aku. Aku perlu yakin. Kerana Allah bersam sangkaan hamba-hambanya

Aku perlu teruskan juga. Aku perlu harungi semua ni. Exam lebih kurang 10 hari lagi. Aku tak tahulah reparation aku ni dah cukup ke tak.  Aku perlu yakin aku mampu dapat AAA.

Manusia tu kan sebaik-baik kejadian. Aku boleh dapat AAA. kalau tak dapat tu maksudnya bukan Allah tak nak bagi tapi mungkin usaha aku kurang. prinsip Syariatullah dan sunnatullah dalam hidup aku mungkin tak sejajar dengan each other.

Apa-apa pun yang aku dapat, aku yakin itu yang terbiak dari Allah

Cuma aku harap, whatever happens in the future, akan ada orang-orang yang tolong bangkitkan aku, cuba yakinkan aku dengan janji Allah. sebab dalam keadaan yang tidak stabil mungkin syaitan lebih menguasai hati aku.

Semua orang ada perjuangannya yang tersendiri. Aku bukanlah seorang yang alim, maka aku tak boleh nak tolong orang lain dalam bidang ilmu agama. Aku bukanlah pula seorang yang 'abid, maka aku bukanlah yang terbaik untuk jadi wasilah hidayah Allah buat mereka yang hiang tujuan. Bukan juga seorang 'amil yang meneruskan setiap helaan nafasnya memikirkan dan bekerj untuk ummah. Tenaganya buat menyirami perjuangan  menegakkan syariat Allah. Sungguh aku bukanlah seorang 'amil.

Justeru aku harap dengan sedikit ilmu sains yang aku ada, aku boleh bawa manusia dengan cara aku, dengan kelebihan dan ilmu yang aku akan ada nanti. Aku akan jadi seorang pakar dalam bidang aku sehingga aku boleh digunakan untuk memakmurkan bumi dalam konteks membantu jasmani manusia dalam kehidupannya agar lebih baik, langsung mampu menambah potensi beramal dan beribadah kepada Allah.

Doakan aku, sahabat

Aku butuh suaramu supaya didengar Ilahi

Offer letter dari King's College london .. In Sya Allah aku akan 'firm'kan King's kalau aku tak dapat unconditional offer dari sheffield. Buat masa ni aku harap sangat Sheffield sudi bagi unconditional offer letter atau ABB (paling tinggi). Mohon doa dari kalian!

8 comments:

  1. all the best dhira, aku lagi byk meroyan kat blog

    ReplyDelete
  2. salam dhira . kalau yg lepasan asasi mcm mane pulak ye . sbb saya ada apply ucas tapi saya lepasan asasi .huhu harap dapat mmbntu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam... Oh, mcm mana apa ya.? Dari segi biasiswa atau ucas atau offer letter? Kalau biasiswa saya tak berapa arif. Kena pergi mara atau jpa... Mungkin kalau dapat unconditional offer letter pastu tunjukkan kat sponsor.

      Delete
  3. Salam sis, nak tnya, sis apply ni after SPM ke lepas dah ambil A level?

    ReplyDelete
  4. Can I privately asking u about ucas?? pls reply juseyooooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi dear. Kindly leave your email and I'll reach out to you personally. Hope everything goes well!

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. hai sis I want to ask you something too. can you drop your email.or should I drop mine?

    ReplyDelete

Your comments here