Thursday, 9 June 2011

Terasa tak ?



Allah beri otak bijak dari orang untuk berbanggakah?
Atau untuk berfikir "bagaimana aku mahu sebarkan Islam".

Allah beri peluang ikut usrah dan tarbiyyah untuk berbanggakah?
Atau untuk menjadi jalan kita mengamal dan menyebarkan Islam

Allah beri ilmu untuk berlagak pandaikah?
Atau untuk dimanfaatkan demi kejayaan Islam..

Allah beri kawan yang baik dan soleh untuk berbanggakah?
Atau untuk menjadi contoh ikutan..

Allah beri kawan yang tidak baik untuk dijauhikah?
Atau untuk kita seru dan ajak dia kepada Allah...

Marilah kita duduk dan renung sejenak.

Apakah kita ini benar-benar beriman pada Allah dan hari Akhirat.. Sedang kita masih sombong dan perasan dengan nikmat-nikmat Allah.. 

Syukur apanya kalau jumpa seorang sahaja manusia yang menyakitkan hati, sudah tidak mahu memaafkan.
Sedang ramai lagi manusia yang Allah temukan pada kita yang bersedia setiap masa untuk berbuat baik pada kita

No comments:

Post a Comment

Your comments here