Friday 4 November 2011

La Tahzan Ya Ukhti . InnAllaha ma'ana





Duhai sahabat
sungguh tiada apa yg mampu ku lakukan
bagi mengurangi bebanan tekanan jiwamu
yang diruntun pilu
kerana aku sendiri memerlukan bantuan dan pimpinan 
cuma ingin kutitipkan walau segemal kata-kata
buat renungan bersama

Jalan yg kau pilih , engkau terpilih ... 
Allahlah sebaik-baik pemilih
bukankah Allah sendiri berfirman
tidak sekali-kali Dia membebani hambanya 
dengan sesuatu yang tak mampu terpikul olehnya.
bahkan Allah menyatakan
sesuatu ujian itu diturunkan sebagai satu ujian
buat hamba-hambanya ?


Ya Ukhti
sesungguhnya bertuahlah jiwamu
kerana Allah merindui rintihan dan tangismu
SYUKURLAH
kerana syukur itu maqamnya lebih tinggi dari sabar
kerana mereka yang bersabar belum tentu bersyukur
tetapi mereka yg bersyukur adalah mereka yang turut bersabar



mungkin tidak kau temui barang secebis kekuatan 
dari titipanku ini
tetapi ketahuilah sahabatku
jangan sesekali engkau berhenti dari pekerjaan mulia itu
jangan kau berhenti menyeru aku dan mereka
kearah redhaNya
aku rindui seruan itu
semoga Allah berkenan mengurniaimu
kekuatan


Ya Allah , berikanlah sahabatku itu kekuatan untuk mencari hikmah diebalik apa yang kau timpakan
Amiin ya rabbal 'alamiin





2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Amiin ya rabbal 'alamiin... :)
    uhibbuki fillah ♥♥♥

    ReplyDelete

Your comments here