Tuesday 13 December 2011

STATISTIK UNTUK KARANGAN SPM YANG MANTAP



1. Masalah Mental
    >Bilangan pesakit mental yang menerima rawatan di hospital awam telah meningkat 15.6 peratus kepada 400,227 orang pada 2010 berbanding tahun sebelumnya. Kajian pada 2006 turut menunjukkan 6.4 peratus orang pernah terlintas dalam fikiran untuk membunuh diri.Pada masa ini hanya terdapat 124 doktor psikiatri dan dua orang ahli psikologi klinikal yang berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan. Nisbah yang dicatatkan Malaysia ialah seorang doktor psikiatri untuk 115,000 penduduk berbanding sasaran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu seorang doktor psikiatri untuk 50,000 penduduk. - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
2.Kecenderungan Remaja Bunuh Diri
     >Hampir satu juta orang membunuh diri setiap tahun. Dalam tempoh satu jam, kira-kira 90 orang membunuh diri dan seorang melakukan tindakan sama pada setiap 40 saat. Manakala, sebanyak 60 peratus daripada jumlah tahunan kes bunuh diri berlaku di Asia yang mana kebanyakannya di China iaitu hampir 200,000 kes, India (100,000 kes) dan Jepun (32,000 kes).Di Malaysia pula, dalam tempoh sepuluh tahun, antara 10 hingga 13 orang daripada 100,000 penduduknya dianggarkan membunuh diri.Namun, kadar itu dikatakan kurang tepat dan dianggarkan lebih banyak kerana hasil kajian di beberapa kawasan menunjukkan, ada kes bunuh diri di negara ini yang dikategorikan sebagai kematian yang tidak diketahui puncanya.Satu perkara mengejut dan membimbangkan adalah apabila remaja berusia 16 hingga 19 tahun menjadi golongan paling tinggi dalam masyarakat yang mempunyai idea membunuh diri.Semua statistik dikeluarkan WHO dan perkembangan mengenai bunuh diri menunjukkan kejadian itu menjadi satu masalah kesihatan masyarakat yang serius.Membunuh diri seolah-olah dilihat sebagai satu cara penyelesaian terbaik dan kekal ketika seseorang berdepan masalah hidup yang bersifat sementara. - WHO
3.  Rasuah Dijangka Berkurang
     >Malaysia yakin capai 4.9 mata indeks persepsi rasuah tahun depan| Transparency International Malaysia mengumumkan Malaysia mengekalkan kedudukannya di tempat ke-56 daripada 178 negara dalam CPI 2010, walaupun memungut 0.1 mata lebih rendah berbanding tahun sebelumnya.Malaysia memungut 4.4 mata tahun ini daripada 10 mata berbanding 4.5 mata pada 2009.Malaysia yakin mampu mencapai sasaran 4.9 mata dalam Indeks Persepsi Rasuah Antarabangsa (CPI) tahun depan berikutan pelbagai inisiatif yang dilaksanakan melalui Pelan Transformasi Kerajaan oleh kerajaan bagi membendung gejala itu. Pengarah Bahagian Pemantauan dan Penyelarasan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi Rasuah, Datuk Hisham Nordin - 27/10/2010
4. Kadar inflasi dijangka meningkat tahun 2011
Kadar inflasi di Malaysia pada Disember 2010 naik kepada 2.2 peratus iaitu yang tertinggi dalam tempoh 19 bulan.  Ini sekaligus merekodkan kadar inflasi tahunan kepada 1.8 peratus untuk 2010. Kenaikan kadar inflasi ini berpunca daripada lonjakan harga makanan, komoditi dan penurunan subsidi oleh kerajaan pada akhir tahun 2010 yang didorong oleh kenaikan harga RON95 dan diesel sebanyak 5 sen seliter, LPG lima sen sekilogram dan gula 20 sen sekilogram serta sambutan perayaan krismas dan cuti sekolah.

Bagaimana kadar inflasi negara masih jauh lebih rendah berbanding Indonesia 6.9 peratus, Thailand tiga peratus, korea 3.5 peratus dan india 8.4 peratus.

Berdasarkan laporan Financial Times, kajian yang dijalankan oleh Northen Light mendapati 62 peratus pelabur menjangkakan inflasi akan meningkat secara global. Awal minggu ini data yang dikeluarkan di Britain menunjukkan Indeks Harga Pengguna di AS mencecah 3.7 peratus pada Januari 2011. Ini menguatkan spekulasi bahawa inflasi sedang meningkat.

Inflasi dikatakan bakal mencecah kadar 4 peratus dalam beberapa bulan akan datang. Kini penganalisa mempersoalkan sama ada Bank of England sudah kehilangan kredibiliti. Pakar ekonomi percaya Indeks Harga Pengguna akan meningkat sekitar 3.4 peratus pada Disember dengan petrol,makanan dan bil utility memberikan tekanan paling kuat terhadap inflasi.



Kadar inflasi pada tahun ini dijangka berada di sekitar 2.5 hingga 3 peratus dan peningkatannya diramal lebih pantas menjelang separuh kedua ekoran pertumbuhan ekonomi dunia. Inflasi bakal meningkat lebih pantas sekiranya kerajaan melaksanakan  cadangan pemansuhan subsidi di bawah rasionalisasi subsidi yang dikemukakan Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (Pemandu). Dengan kadar 2.75 peratus, kadar Dasar Semalaman (OPR) adalah menyokong mencatat pertumbuhan teguh dan menangani tekanan inflasi semasa.

Harga minyak dan komoditi dijangka meningkatkan inflasi harga pengguna pada Disember dengan harga makanan terus meningkat. OPR akan kekal sekiranya kadar kadar inflasi meningkat dalam tempoh beberapa bulan  akan datang ekoran kenaikan harga komoditi dan makanan serta perlaksanaan rasionalisasi subsidi. OPR boleh meningkat sehingga 3.25 peratus dan dijangka untuk kali ke tiga sebanyak 25 mata asas lagi sekiranya diperlukan. Namun, ia bergantung kepada penurunan inflasi menjelang separuh kedua 2011.

Inflasi di Malaysia dikatakan boleh dikawal dengan diuruskan dengan baik, walaupun kerajaan mengurangkan pemberian subsidi. Ia hanya boleh dikawal sekiranya pengurangan subsidi itu dilakukan secara berperingkat-peringkat. Analisis telah dibuat oleh Bank Negara Malaysia (BNM) akan menunjukkan ia akan meningkat kepada tiga peratus atau turun kepada 2.9 peratus untuk masa ini. Hutang negara akan meningkat pada tahun itu sekiranya negara terus bergantung kepada pemberian subsidi kerajaan.

Antara cadangan pengurangan subsidi membabitkan subsidi gas yang mengakibatkan peningkatan tariff elektrik, kenaikan kadar tol, caj hospital awam dinaikkan dan sebagainya. Kerajaan juga mencadangkan agar langkah mengurangkan subsidi petrol secara berperingkat dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi dan maju. Malaysia dikatakan antara negara yang memberikan subsidi yang banyak di dunia dengan jumlah subsidi sebanyak RM74 bilion pada 2009.

BNM menjangkakan inflasi akan meningkat kepada 4 peratus pada 2011 hingga 2012 dan berada sekitar 3 peratus selepas 2012. Dengan jangkaan ini, maka rakyat boleh bersedia akan berlakunya kenaikan harga minyak.



2 comments:

Your comments here