1) UNTUK MEREKA YANG SENTIASA KENYANG DAN SUKA MEMBAZIR
Nu'man bin Basyir ra meriwayatkan :
" Bukankah kalian boleh makan dan minum sesuka hati kalian? Sungguh, aku pernah melihat Rasulullah SAW tiada apa-apa untuk dimakan agi mengisi perut baginda, bahkan tidak ada juga buah kurma yang buruk." (riwayat Imam Tirmizi,Muslim,Ahmaddan Ibnu Sa'd)
Abi Talhah ra meriwayatkan :
"Kami mengadu kepada Rasulullah SAW tentang rasa lapar yang kami deritai. Lalu kami memperlihat kepada baginda perut kami yang diikat batu, masing-masing sebiji batu. Kemudian Rasulullah SAW memperlihatkan kepada kami perut baginda yang diikat dua biji batu (untuk menahan rasa lapar)." (riwayat : Tirmizi dan Abu Syeikh)
Anas bin Malik ra meriwayatkan :
"Rasulullah SAW pernah bersabda : Sungguh, aku pernah merasa takut kerana Allah, sementara orang lain tidak merasa takut. Aku juga pernah disakiti kerana Allah, sementaraorang lain tidak disakiti. Aku dan Bilal pernah melalui 30 hari 30 malam makanan yang layak bagi manusia, kecuali sejumlah kecil yang bisa disembunyikan di celah ketiak Bilal." (riwayat Tirmizi)
2) UNTUK MEREKA YANG BAKHIL
Jabir bin Abdullah ra meriwayatkan :
"Tidak pernah ada permintaan kepada Rasulullah SAW yang baginda menjawab denganjawapan, TIDAK." (riwayat Tirmizi, Bukhari,Muslim,dan Bagawi)
Umar al Khattab ra meriwayatkan :
"Seseorang datang kepada Rasulullah SAW, meminta agar baginda memberinya sesuatu. Rasulullah SAW berkata, "Aku tidak memiliki apa-apa. Namun belilah barang itu atas namaku (dengan berhutang). Jika aku mendapat sesuatu aku akan membayarnya." Mendengar hal itu, Umar berkata, "Ya Rasulullah SAW,engkau telah memberinya.Allah tidak mewajibkan atasmu sesuatu yang engkau tidak mampu melakukannya." Rasulullah SAW dilihat tidak senang mendengar ucapan Umar itu. Maka seseorang dari golongan Ansarberkata, "Ya Rasulullah SAW, berinfaqlah dan janganlah engkau khuatir Allah Pemilik Arasy akan mengurangi hartamu." Rasulullah SAW pun tersenyum mendengar hal itu. baginda nampak senang dengan perkataan orang Ansar itu. baginda bersabda, : "Seperti itulah aku diperintahkan." (riwayat Tirmizi)
3) UNTUK MEREKA YANG SOMBONG
Umar al Khattan ra meriwayatkan :
Rasulullah SAW bersabda : "Janganlah kalian berlebihan memujiku seperti kaum Nasrani memuji Isa putra Maryam. Sesungguhnya, aku hanyalah hamba Allah SWT. Maka sebutlah aku "Hamba Alllah dan RasulNya."
Dengan nama Allah yang Maha Agung.
Hari kelahiran Rasulullah SAW datang lagi. Saya sekadar memilih beberapa hadis dari buku SYAMAIL MUHAMMAD SAW KEPERIBADIAN RASULULLAH (Imam Tirmizi),dengan 3 tajuk utama. Mengapa saya menulis 3 tajuk utama ini? Kerana kita senantiasa terpedaya dengan 3 perkara di atas. Kita selalu kekenyangan dan membuang makanan sedangkan Rasul kita ada ketikanya tiada makanan untuk dimakan.
Kita juga amat bakhil dalam hal melibat wang dan tenaga. Terlalu risau andai kita laburkan sedikit wang untuk sedeqah atau infaq perjuangan, nanti tidak cukup wang untuk berbelanja. Kita juga terlalu berkira dalam perkara yang melibatkan tenaga. Takut letih, takut sakit.....
Kita selaluberbangga bila dipuji, hingga merasakan diri rasa diri kita cukup bagus dan orang lain tidak mampu menandingi diri kita. Bahkan kita juga tidak boleh dikritik dan ditegur, bukankah itu juga tanda takbur?
Lihatlah, betapa bertolak ansurnya Rasulullah SAW, terutama dalam hal untuk memudahkan urusan para sahabat baginda. Sedangkan kita selalu terikat dengan karenah birokrasi. Sedar atau tidak kita yang terlalu statik telah merumitkan urusan manusia. Apalah salahnya,kita melembutkan hati sendiri. SEANDAINYA IA TIDAK MELANGGAR SYARIAT ATAU BUKAN MENDATANGKAN MURKA ALLAH DAN RASULNYA kita memudahkanlah urusan manusia yang memerlukan budi bicara kita, selaku orang atasan.Siapa tahu,mungkin di satu masa kita pula yang amat memerlukan kelembutan hati manusia untuk menolong kita.
Jadi..kerana kita hambaNya, memang kita penuh dengan segala macam kekurangan. Maka ambillah iktibar dari kesempurnaan akhlak Rasulullah SAW.
No comments:
Post a Comment
Your comments here