Sahabat sekalian, kejayaan kita di dunia dan di akhirat Allah telah letakkan dalam agama. Sekiranya agama ada pada kita, kita ada segala-galanya. Sekiranya agama ada tidak ada dalam diri kita maksudnya kita tidak ada apa-apa. Di sisi Allah SWT perkara yang disayangi sekali ialah agama, Allah amat suka agama, oleh itu sesiapa yang dapat amal agama di muka bumi ini dan ia meninggal dunia dia akan menjadi orang yang disayangi oleh Allah SWT, dia menjadi orang yang dikasihi oleh Allah SWT. Sekiranya kita tinggalkan jalan agama dan dan cari kebahagiaan dengan cara yang lain kita tidak akan dapat kejayaan dan kemuliaan dan kita tidak akan dapat menjadikan diri kita orang yang disayangi oleh Allah SWT.
Apa itu agama? Agama ialah cara hidup yang dibawa oleh Baginda SAW. Sekiranya kita dapat amalkan perintah2 Allah SWTdengan cara Baginda SAW sekecil-kecil amal pun akan jadi agama dan kita dapat pahala. Sekiranya kita tidak amalkan perintah Allah SWT dan cara Baginda SAW, amalan itu tidak diterima oleh Allah SWT dan kita tidak dapat apa2.
Hari ini kehidupan kita bertentangan dengan agama Allah SWT.Kita tidak peduli dengan agama, tidak memberi nilai dengan agama Allah SWT, usaha kita hanyalah hendak mengumpul harta dunia walaupun dengan melanggar perintah Allah SWT! Kita sendiri telah merosakkan kehidupan kita. Hari ini kita letak dunia di hadapan kita,sekiranya kita dapat harta yang banyak kita rasa itulah kejayaan, walhal Allah telah letak kejayaan ialah dalam agama, iaitu bagaimana kita dapat amalkan perintah Allah ikut cara Baginda SAW.
Hasil agama di dunia ini bukanlah kita dapat kumpul harta yang banyak, mendapat pemerintahan yang besar tetapi hasil daripada amalan agama ialah kita dapat kemuliaan, kebahagiaan, jiwa yang tenteram dan hasil yang paling besar ialah selepas kita meninggalkan dunia ini di mana Allah sediakan nikmat2 yg begitu bnyk yg tidak pernah didengar dn dibayangkan oleh manusia. Ada nikmat yang lebih besar dari itu di mana Allah SWT akan isytiharkan keredhaannya terhadap kita, inilah nikmat yang tidak ternilai kepada mereka yang amalkan agama Allah semasa di dunia.
Hari ini kita beramal untuk dunia kerana keuntungan dunia kita nampak, kita buat amal untuk kepentingan duniawi. Kita tidak melaksanakan perintah Allah SWT kerana kehidupan kita tidak nampak. Pada hal kehidupan sebenar adalah kehidupan akhirat. Setiap manusia akan meninggalkan dunia selama-lamanya.
Apa yang diamalkan di dunia, itulah yang akan dia terima di akhirat. Kita guna konsep what you give, you get back.
Apabila kita tahu kehidupan di dunia ini ialah sementara dan akhirat yang kekal, maka kita perlu membuat persiapan akhirat. Apakah persiapan yang perlu kita buat? Kita perlu buat usaha, usaha ini bukanlah lama sangat, hanya sampai maut sahaja. Usaha kita adalah dengan :
- meningkatkan iman kita
- memperbaiki amal2 kita
- memperelokkan ahlak kita
- tunaikan hak orang lain.
Setiap kita boleh menilai diri sendiri dan amal sendiri, sama ada amalan2 yang saya buat membawa kebaikan dari Allah SWT atau amalan2 yang saya buat membawa bala bencana dari Allah SWT. Anggaplah kehidupan dunia ini merupakan nikmat yang besar dan gunakanlah peluang ini untuk membina agama dalam diri kita supaya kita mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.
أمين يا رب العلمين
والله أعلم
http://badarhamidiah.blogspot.com/2010/09/sahabat-renung-dan-hayatilah.html
No comments:
Post a Comment
Your comments here