Thursday, 15 March 2012

Cakna Siasah Malizia

Kullukum Ra'ie
Dengan Asma Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah, beberapa persoalan yang selalu bermain-main dibenak ni... Hendak bertanya tapi tak tahu kepada siapa. Akhirnya ditakdirkan dapat juga bertanya kepada yang lebh arif. Dan Alhamdulilllah ana berpuas hati terhadap jawapan yang diberikan hamba Allah ni. Jadi, nak share dengan sidang pembaca sekelian ... Buka minda , Buka Hati .

SOALAN : 
1. Knape anwar ibrahim tak join pas jer . knapa tubuh PKR. Perjuangannye bersandarkan islam or tak ?
2. Knape adam adli disokong, sbb dr gayanya tak lah based on islam sgt pun. Knapa nak kene politik time blaja
3. Org kata demokrasi bukan cara islam. tapi FJP kt mesir dan HAMAS kat palestine bukan ke uat demokrasi ???

JAWAPAN dr AURORA(alumni SBPIR ) tu :
Soalan2 yg baik, insya allah ana jawab skdar yg tmampu.

1. 'Kenapa Anwar tak join PAS?' Soalan ni kena tanya Anwar sendiri, sebab ni keputusan dia. 
Tapi kalau setakat kefahaman ana, penubuhan PKR ialah suatu kebijakan politik Anwar. PKR ditubuhkan pasca reformasi 1998. Masa tu, parti pembangkang yg dominan ada dua jenis:
i. parti Islam, dominan Melayu (PAS)
ii. multi racial party, dominan Cina (DAP)

Anwar (melalui Wan Azizah) menubuhkan Keadilan waktu tu untuk kumpul sokongan rakyat kebanyakan yang mahukan perubahan dan keadilan dalam suatu entiti politik yang meliputi segenap golongan, bukan hanya Melayu atau Cina sahaja. Dari suatu sudut, memang tindakan menubuhkan PKR adalah suatu yang bijak.

Cuma mungkin sikit masalah, bila dalam PKR tu ada macam2 golongan manusia. Pejuang rakyat, liberal, islamis, anti kerajaan, bekas UMNO, etc, mnyebabkan sekarang ada sedikit kecelaruan dalam perjuangan. Kalau tanya perjuangan dia bersandarkan Islam atau tak, nilai keadilan yg diperjuangkan tu ialah salah satu teras utama dalam politik Islam. Cuma perjuangan Islamnya mungkin tidak menyeluruh, seperti PAS.

2. Adam Adli disokong sebab perjuangan yang dibawa. Islam menekankan, kalau sesorang memperjuangkan kebenaran, perjuangan itu mesti disokong, even kebenaran itu diperjuangkan non-Muslim sekalipun. Soal gaya dan penampilan tu mungkin kelemahan diri dia, sepatutnya kena tonjolkan nilai2 Islam melalui akhlak. Tapi, yang kita sokong ialah perjuangan yang dibawa.

Sebab apa kena politik time belajar? First, kena faham, bagaimana politik yang kita perjuangkan. Bukan semata2 politik partisan (PAS, UMNO, PKR, MCA, etc) shj.

Kalau nak faham macam mana politik dalam Islam, petikan kertas kerja Dr Maszlee Malik ni menarik utk dibaca:

"Seorang manusia Islam dilahirkan utk mnjayakan misi keadilan, keamanan dan juga mengislahkan muka bumi ini. Tugas tersebut bukanlah suatu pilihan, tetapi satu kewajipan demi mnjayakan konsep khalifah melalui dua tugas utama, iaitu ibadah dan imarah. Maka, dalam dalil telah ditekankan konsep penegakan keadilan, penentangan kezaliman dan penzalim, memperjuangkan golongan yg ditindas, dan pelbagai mekanisme yg membawa kpd maksud kesempurnaan hidup manusia.
Politik dan keterlibatan dalam politik merupakan kewajipan bagi manusia Islam. Namun perlu dibezakan antara keterlibatan politik dgn sikap partisan ataupun politik kepartian. Pemahaman keterlibatn politik mmbawa maksud yg lebih luas. Politik tak boleh disempitkan semata2 hanya pada aktiviti mengundi, berkempen dan mnghadiri ceramah politik semata2. Politik mempunyai kerangka yg lebih menyeluruh."

Kita ambil cakna masalah umat, itu politik. Menyebarkan masalah2 dan solusi masalah umat Islam dalam Fb atau Youtube, itu politik. Mengajak sahabat ke majlis ilmu, itu pun politik. Pendek kata, apa2 tindakan yg melibatkan hubungan kita dgn manusia/makhluk lain utk mengajak pada kebaikan, itu ialah politik.

3. Demokrasi. Istilah demokrasi itu sendiri daripada Barat. Tapi satu yg kita kena faham, tak semua dari Barat tu kita boleh hukum haram. Facebook, internet yg kita guna ni pun dari Barat, tapi adakah itu penyebab utk kita tak guna Fb? Mesti tak. Nabi pernah bersabda:
"Hikmah itu barang cicir orang mukmin, di mana didapati, maka ia berhak ke atasnya".

Fb tu ada hikmah dan kebaikan yg boleh kita ambil (hikmah), maka kita gunakan.
Macam tu juga demokrasi, ada hikmah yang kita boleh ambil, maka kita gunakan.

Dalam Islam, ada perkara yang thabit (kekal) dan mutaghayyirat (boleh berubah2). Dalam politik Islam, Islam tak menetapkan kerangka dan institusi politik yg khusus, cuma Islam menekankan asas2 dan prinsip2 umum yang mesti diamalkan dalam politik. Antaranya:

a. politik bersandarkan tauhidb. politik sebagai amanahc. politik atas semangat 'islah'd. poltik berdasarkan keadilan dan ihsane. politik berdasarkan syuraf. politik berdasarkan ukhwah

Soal macam mana institusi, ia boleh berubah2 mengikut zaman. Zaman khilafah menggunakan konsep monarki (raja berkuasa mutlak, sistem warisan), sebab masa itu mereka melihat itu sistem yang sesuai. Sekarang, ulama' kontemporari (al-Qaradhawi, Wahbah Zuhaili dll) melihat demokrasi itu boleh membantu utk menyebarluaskan syariat Islam, maka sistem itu yang di'adapt'. 

Dan gerakan2 Islam serata dunia (PAS, Ikhwan Muslimin, An Nahda, HAMAS) berijtihad utk bergerak dalam kerangka demokrasi. Sebab tanpa demokrasi, berlaku pemerintahan berkuasa mutlak yang kuku besi dan zalim, seperti yg berlaku di Syria, Mesir, Libya, Tunisia dll.

Wallahua'lam. Pandangan ni bukan mesti betul, ini berdasarkan kefahaman ana. Kalau ada yang nak argue, amat dialu2kan, sbab ana pun masih belajar.

*kalau ada yg nk tnya lg, silakan. mana yg termampu, ana cuba jawab.



p/s - we'll see the good side of both world. pasni ana nak tanye pendapat orang yg pro-kerajaan pulak .. tak jumpa lagi siapa orang nye ... 

No comments:

Post a Comment

Your comments here