Wednesday, 20 February 2013

Coretan Sang Faqir

Bismillahirrahmanirrahiim ...

Subhanallah, Indahnya hidup ini yang diatur oleh Allah Sebaik-baik pengatur. Diriku pula hanyalah seorang faqir yang terus kerdil lagi hina. Mengatur langkah yang kadang kala tidak terarah. Lama aku sepi dari medan tarbiyyah. Jiwa semakin parah. Padamu Allah hambaMu ini berserah. Hendak kuukir sebuah lembaran bisu. Buat santapan mata dan jiwa sendiri agar terus kuat dalam melangkah. Tercoret sebuah pengalaman yang sukar kuungkap dengan tinta bicara. Ya Allah izinkanlah hambaMu ini menukilkan sebuah cerita. Ikhlaskanlah hati ini agar selari dengan wahyu ilahi. Izinkan sang faqir ini Ya Allah ...

Pengalaman mencari segemal rezeki di teratak seorang wanita hebat yang kukagumi azam dan kekuatannya. walau diulit berbagai dugaan. Kakinya tetap sahaja berpijak dan melangkah disana. Walaupun begitu payah dia melangkah, tetapi lillahi ta'ala dia gagah. Disana aku garap ribuan hikmah yang tersembunyi. Ini medan tarbiyyah yang Allah berikan buat diriku. Aku redha Ya Allah. Meski kau lebih mengerti betapa aku lebih merindui tarbiyyah di bumi kitab dan ulama'. Bergelumang ilmu dan muzakkarah yang tidak akan pernah berakhir. Bersua dengan insan-insan sefikrah. Tapi bukan disitu tempatku. Ikhlaskan hatiku Ya Allah !


Pena maya terus melayarkan garis-garis huruf, mencantum perkataan, mencipta ayat, menakalkan erti dan makna. Tanpa disangka, secebis kain kuhulur pada insan itu. Kuamati wajahnya. Subhanallah, wajahnya indah. Jujur aku katakan, wajahnya seindah insan-insan lain. Tetapi aku lebih kagum pada sekeping hati yang disulami besi. Diikatkan cebisan kain itu pada wjahnya. sehingga yang terihat hanyalah seorang muslimah yang berkaca mata. Hatiku bergoncang sejenak. Tersenyum dan menyimpan sendiri rasa yang diri ini pun tidak mengerti apakah ia. Hanya Allah yang tahu

Waktu ku pusing, menerjah kembali memori beberapa minggu yang lalu. Menerima seorang ukht, sahabat yang bakal bersama-samaku di medan khidmat ummah ini. Kami bersalaman. Disitu aku rasakan kehangatan   seorang teman. Cilik, molek. Aku senang dengannya. Bicara kami terus sehingga dirinya mengatakan bahawa dia sudah berniqab. Tetapi masih ragu-ragu untuk istiqamah di sini. Lalu tanganku menggenggam niqab itu, aku suntik sedikit bicara penguat rasa. Alhamdulillah, kini dia istiqamah

Dua insan yang tidak bisa kulupa. Kadangkala khabaran dari Allah menerjah minda 


(2)  Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu
yang tidak kamu kerjakan? (3)  Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu 
mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. [ QS. Al-Shaff: 2-3 ]
Dan kini mereka tetap istiqamah.

 Buat sahabatku, yang bakal pergi mengharungi dunia IPTA sabtu nanti, kudoakan yang terbaik buatmu. Tenanglah dalam mengharungi badai dalam menapak diatas jalan Redha Allah. Aku yakin kau akan bertemu dengan kebahagiaan. Doakan aku juga yang disini. Ujian ku ujian prinsip diri. Masihkah lagi mampu bermujahadah mengharungi dunia yang lebih mencabar.

No comments:

Post a Comment

Your comments here