Wednesday, 20 February 2013

Novelku | Kugenggam Sakinah

Bismillahirrahmanirrahiim ..
Jemput baca dan comment... segala buah fikiran, cadangan amat dialu-alukan...
p/s- saya budak baru belajar :)


PROLOG
Kereta  Alphard putih milik Encik Thaqif  meluncur laju . Setelah  hampir satu jam perjalanan , akhirnya mereka tiba juga di bumi Rawang, Selangor. Sebelum ini, nama Rawang begitu asing bagi mereka, malah anaknya Mujahid Marwan sendiri baru pertama kali mendengarnya sebulan yang lalu.
Encik thaqif curi-curi memandang Mujahid yang jelas dalam kegelisahan. Bibirnya menguntum senyuman, hatinya tenang dengan keputusan yang diambil oleh mereka. Hari ini, bermulalah lembaran baru kisah hidup anaknya yang selama ini tidak pernah berenggang dari dia dan isterinya,  Puan Qatrunnada.  
Bumi Rawang disapa mesra. Mentari kini sudah tidak segan dibalik awan. Mujahid membuang pandangan ke sisi kiri kereta, baru dia sedar sapaan sang pelangi.
“Subhanallah”
Mujahid terdiam. Dirinya hairan bagaimana lidahnya spontan berzikir. Sejak pertama kali dirinya mendapat tawaran kemasukan ke Sekolah Berasrama penuh Integrasi Rawang, dirinya dapat merasakan satu kelainan. Dia mengimbau kembali saat menerima surat itu dari tangan ibunya. Hatinya tertanya-tanya apakah isi kandungan surat tersebut. Hari itu pertama kali dia menerima surat sebesar itu, siap bercetak Urusan Yang Dipertuan Agong dibahagian atas. Selesai surat itu dibaca, dia mengamati wajah ibunya dalam-dalam. Hanya senyuman yang diukir, tangan lembut ibunya itu singgah di ubun-ubunnya.
“Pergilah sayang. Timbalah pengalaman baru disana. Ibu dan ayah bukan selama-lamanya dengan Mujahid. Belajarlah hidup berdikari. Mungkin ada sesuatu disana yang lebih baik dari disini”
Mujahid terdiam. Begitu banyak yang bermain dibenaknya. Mampukah dia hidup tanpa komputer dan telefon bimbitnya. Bagaimana pula dengan kawan-kawan yang akan ditinggalkannya? Sedang mindanya diserang seribu satu soalan, tiba-tiba azan zuhur berkumandang memecah kesunyian.
Dirinya dalam kebuntuan. Lantas dia mengeluarkan sebuah ipod nano dari kocek seluarnya. Dia mencari-cari lagu yang dapat membuat dia melupakan seketika persoalan-persoalan yang memenatkan fikiran.  Dirinya lebih senang berhibur dari berfikir. Mujahid  memainkan lagu Bruno Mars. Earpiece disumbatkan ketelinga, nada dinaikkan hingga mencecah maksimum.
Tetapi tidak lama. Hatinya tetap tidak tenang. Lantas dia memutuskan untuk mengambil wudhu’ untuk menunaikan solat zuhur. Dia membuka paip air. Sejuk. Mujahid terus mencapai berus gigi dan memberus gigi sebelum mengambil wudhu’. Ustaz Nasrullah pernah menceritakan kelebihan bersugi. …….  Dia bukanlah seseorang yang selalu beramal dengan amalan sunnah, tapi hatinya tergerak untuk menambah kesempurnaan pada wudhu’ dan solatnya. Air wudhu’ itu sedikit sebanyak menambah kelegaan fikirannya yang berserabut. Tubuhnya segar.
Sejadah hijau dari Makkah dibentangkan menghadap kiblat. Sejadah pemberian dari ibu dan ayahnya usai mengerjakan Haji Ifrad  bulan lalu. Tiba-tiba matanya melirik sebaris botol-botol kaca kecil berian bapanya dari tanah suci Makkah diatas meja tepi katil. Dia menghampiri dan membaca satu per satu. Akhirnya dia manangkap tulisan ‘MISK’.  Dia membelek-belek sambil bermonolog sendirian.
“Hmmm. Kasturi . Memang wangi bau kasturi ini. Ustaz Nasrullah kata, haruman kasturi ini haruman syurga. Rasulullah sangat gemarkan haruman kasturi. Kalau nak solat pun sangat digalakkan memakai wangi-wangian.”
Dia calitkan sedikit dileher dan dipergelangan tangan. Lalu bersedia mengangkat takbiratul ihram. Segala rukun Qauli dan Fi’li disempurnakan hingga memberi salam. Sekaligus menambah kesempurnaan rukun Qalbi. Tangan kanan mengusap lambat wajahnya, lalu diletakkan diatas peha.
Nafas ditarik dalam-dalam. Istighfar dialun penuh penghayatan. Matanya dipejam. Mujahid lantas menadah tangan. Zuhur itu, solatnya penuh khusyu’ dan terasa dekat sekali dirinya dengan Sang Pencipta. Untaian doa diawali dengan basmalah, disusuli puji-pujian buat penciptaNya dan selawat keatas Rasulullah serta keluarga sahabat baginda. Lama sekali dia berdoa kali ini. Bersungguh-sungguh dia memohon petunjuk dari Allah. Hatinya tenang dalam pengharapan.
Sesekali terasa janggal berdoa sebegitu rupa mengenangkan dia bukanlah insan yang menitik beratkan tentang agama. Solatnya belum cukup 5 waktu sehari semalam. Jika diingatkan ibunya, Puan Qatrunnada, barulah dia bersiap-siap untuk bersolat. Selalunya, 2 minit pun cukup buat dirinya untuk solat express.
Usai solat zuhur, dia mencapai telefon bimbit Samsung Galaxy S2 miliknya. Dia tercari-cari nombor telefon Ustaz Nasrullah dan terus menghantar sebuah pesanan ringkas SMS ke nombor telefon Ustaz Nasrullah.
Mujahid : Salam Ustaz. Saya dapat tawaran ke asrama. Ibu cakap saya patut pergi suapaya dapat timba pengalaman. Tapi saya tak mahu tinggalkan kawan-kawan dan dunia saya sekarang. Saya buntulah ustaz. Tolonglah saya.
Ustaz Nasrullah : Waalaikumussalam. Kamu cubalah masuk dulu. Kalau tak serasi atau tidak mampu, keluarlah.
Mujahid: Tidak mungkin ustaz. Saya tak mahu dilihat sebagai seorang yang lemah. Tidak mungkin saya berpaling tadah. Itu prinsip saya. Tapi saya takut kalau saya masuk, itu satu pilihan yang salah buat saya.
Ustaz Nasrullah: Beginilah Mujahid. Ustaz sarankan kamu beristikharah
Mujahi: Istikharah ?
Ustaz Nasrullah: Ya. Solat Istikharah.  Mohon supaya Allah beri petunjuk kepada kamu agar memilih yang terbaik.
Mujahid:  Tapi Ustaz, saya tidak pernah melakukan solat istikharah.
Ustaz Nasrullah: Mudah sahaja Mujahid. Begini, Kamu terus ke blog Ustaz. Diruangan solat ustaz ada menulis tentang cara-cara untuk melakukan solat istikharah
Mujahid: Baiklah. Terima kasih ustaz. Assalamualaikum
Ustaz Nasrullah: Sama-sama. Saya doakan yang terbaik untuk kamu. Have faith in Him . Waalaikumussalam
Mujahid terus ke meja belajarnya. Komputer riba jenama VAIO terus dihidupkan. Tetikusnya menari-nari di skrin komputer.  Pantas sahaja jemarinya menaip alamat blog Ustaz Nasrullah. Dicarinya artikel tentang Solat Istikharah dan terus dia mengklik print .  2 helai kertas itu terus dicapai dari mesin pencetak jarak jauh yang dihubungkan melalui Bluetooth dari komputernya.
Selesai membaca artikel tersebut, dia berazam untuk bangun awal malam ini. Kalau boleh pada sepertiga akhir malam. Walaupun Solat Istikharah boleh dilakukan pada bila-bila masa, tapi baginya, dia ingin membuktikan pada Yang Maha Esa bahawa dia benar-benar memerlukan petunjuk.
Malam itu, Mujahid terjaga dari tidurnya. Dia meraba-raba dalam kegelapan. Lantas lampu disisis katilnya terus dihidupkan. Jam baru menunjukkan pukul 4.oo pagi padahal Mujahid telah mengunci jam pada pukul 4.30 pagi. Hatinya sekali lagi terasa dekat dengan Allah.
Usai Solat Istikharah , dia mendapatkan kembali artikel dari blog Ustaz Nasrullah. Lantas mujahid membaca doa Istikharah yang diajar oleh Rasulullah.
Ya Allah, aku mohon pemilihan-Mu menerusi penegtahuan-Mu dan aku mohon kekuatan-Mu menerusi kudrat-Muserta aku meminta kepada-Mu sebahagian dari limpah kurnia-Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa.  Engkau amat mengetahui dan sesungguhnya aku tidak mengetahui, dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini iaitu keputusanku untuk memasuki SBPI Rawang adalah baik untukku dalam urusn agamaku, dalam urusan hidupku, serta natijah kepada urusanku, kini dan yang akan datang, makatetapkanlh ia bagiku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku denganny. Dan sekiranya perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku, dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya. Kemudian, jadikanlah aku meredhainya.
Selesai bermunajat, dia membaringkan tubuhnya. Malam itu, mimpi baik mengiringi tidurnya. Petunjuk dari Allah yang membawanya merantau ke daerah asing dengan menggalas tanggungjawab seorang penuntut ilmu.
“Mujahid, Mujahid. Jauhnya termenung. Dah sampai ke bulan dah?”
Mujahid Marwan terkejut. Benar, jauh menungannya kali ini. Dia menarik nafas dalam-dalam.
“Buat terkejut Mujahid sahaja ibu ini. Nasib baik tak kena sakit jantung” Mujahid menjuihkan bibirnya. Puan Qatrunnada lantas mencuit mesra lengan suaminya. Encik Thaqif memandang tepat arah Mujahid melalui cermin kereta sambil tersenyum. Terhibur dengan gelagat anak bongsunya yang dari kecil mesra dengan isterinya.
“Mujahid, kita dah sampai di Bandar Tasik Puteri! ”

Bab 1
                Mujahid teruja. Takut, gementar, suka, semuanya ada. Perjalanan menuju ke SBPI Rawang atau lebih dikenali sebagai SEPINTAR dipenuhi dengan kehijauan disana-sini. Lebih mengasyikkan adalah ratusan burung-burung yang singgah disini. Mungkin mencari sedikit kekuatan dan merehatkan tubuh sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi yang tuju. Mungkin juga mereka dalam penghijrahan.
                “Hijrah. Mungkin juga mereka seperti aku.” Hatinya berbisik.
                Dalam keluasan panorama yang menghijau, dihiasi burung-burung yang terbang dalam kawanan, ada juga anak-anak burung yang nakal keluar dari kawanan. Terbang kesana-sini tanpa arah. Datang pula seekor burung yang lebih besar dari kawanan yang sama kearah mereka. Berpusing-pusing lalu terbang masuk kedalam kumpulan disusuli anak-anak burung tadi. Hatinya terhibur dengan sketsa alam. Jauh dari kepura-puraan.
Disebalik kehidupan manusia yang penuh kesibukan, ada makhluk lain yang melengkapi tapi wujudnya mereka tidak dihayati. Mujahid menyorot pandangan, akhirnya kelihatan banguna yang tersergam indah dibelakang hijau dedauan pohon dan singgahan unggas.
                Akhirnya, mereka sampai ke pintu gerbang Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Rawang. Di hadapannya tertera cogan kata yang mencucuh api semangat .
                “DISINI PEMIMPIN DILAHIRKAN” Mujahid terdiam seribu bahasa
                “Come on Mujahid. If a bird can do it, why don’t you. If a bird can spread his wings and fly why can’t you. And if a bird can find success what’s stopping you ?
                Kali ini, semangatnya berkobar. Jiwanya menjadi besar. Tangan digenggam kuat-kuat. Tekadnya membulat. Have faith in Him. Teringat kata-kata semangat dari Ustaz Nasrullah. Mujahid menguak pintu kereta. Kakinya kini pertama kali berpijak di SEPINTAR. 
                “Assalamualaikum. SayaRifqi ” Sapa seorang pelajar lelaki lengkap berbaju putih, berseluar putih dan bersongkok hitam.
                “Waalaikumussalam. Saya Mujahid. Mujahid Marwan”
                “Pelajar tingkatan 4 ambilan pertama ya?”
                “Ya. Dimana kaunter pendaftaran? Nak letak barang-barang pula dimana?”
                “Oh, Nampak  bangunan kat tepi blok ini? Itu dewan besar. Dewan Al-Aqsa”
                “Dewan Al-Aqsa? Macam kat Palestin pula” Mujahid agak hairan dewan besar sekolah diberi nama bersempena nama Masjid Al-Aqsa, Palestin. Rifqi tersenyum sambil menepuk belakang Mujahid
                “Betul. Dengan harapan pelajar-pelajar di SEPINTAR memiliki keteguhan dn kekuatan iman seperti para mujahid Palestin.” Rifqi pandai memancing minat. Dia tahu, ramai juga pelajar baharu yang seolah-olah mengalami kejutan budaya dengan penghayatan islam dibumi SEPINTAR.
                Mujahid sekali lagi terkesima. Terkesan dengan bicara Rifqi yang sangat natural dan mesra. Dia tidak merasa  janggal walaupun baru pertama kali bersua dengan budak lelaki itu. SEPINTAR , you’re something!
                Setelah selesai taklimat, Mujahid melambai Encik Thaqif dan Puan Qatrunnada. Kemudian dia segera masuk ke asrama putera untuk mengemas barang-barang didalam locker. Mujahid ditempatkan di Kamar Kuning 3. Ditingkat yang teratas, kamar kedua dari tangga utama. Sedang dia sibuk berkemas, bahunya disapa oleh seseorang
                “Errr, aku Syamsir. Kau dorm ini?”
                “Ya. Aku Mujahid Marwan. Panggil Mujahid je
                “Oh. Kita satu dormlah ni. Kau aliran apa? Aku aliran sains teknikal”
                “Mohon sains agama, tapi dapat sains tulen sebab sains agama dah penuh.”
                “Sayanglah Bahasa Arab kau.”  Syamsir membalas malas.
                “Tapi aku tak ambil Bahasa Arab pun waktu PMR”
                “Apalah kau ini, kalau tak ada Bahasa Arab mana boleh masuk  aliran sains agama” Syamsir menggeleng-geleng. Mujahid baru tahu rupanya.
                “Kau pula, tak sayangkah tinggalkan Bahasa Arab?” Mujahid menduga. Tapi Syamsir tidak membalas Tiba-tiba, satu pengunguman dibuat melalui intercom yang diletakkan di Pos Pengawal 2.
                “Perhatian kepada semua pelajar yang baru mendaftar masuk hari ini, anda semua diminta ke dewan makan untuk makan tengah hari, kemudian solat zohor secara berjemaah di Masjid Al-Qudisiah”
                “Masjid Al-Qudisiah? Masjid mana?” Mujahid bermonolog sendirian.
                “Masjid sekolah inilah. Kat sana.”  Syamsir menunjukkan dengan jari telunjuknya kearah tingkap kamar mereka.
                “Tadi  Dewan Al-Aqsa, sekarang Masjid Al-Qudisiah. Mesti budak-budak SEPINTAR sangat dekat dengan dunia Palestin yang sentiasa bergolak dengan serangan Israel.” Dalam diam, dia mula mengagumi SEPINTAR walau hanya baru mengenali nama-namanya. Selama ini, dia tidak pernah mengambil tahu tentang keadaan saudara-saudara seaqidah dengannya di Palestin.
                Mujahid bersegera ke dewan makan. Tengah hari ini nasi tomato dengan ayam kurma dan jelatah. Usai makan, Mujahid bergerak pula untuk mengambil wudhu’. Baru sahaja membuka pili air, matanya terpandang 2 orang pelajar perempuan bertudung labuh berjalan diatas susur gajah menuju kemasjid. Mungkin dari bilik wudhu’ perempuan. Mereka berdua terpandang mujahid, tapi cepat kedua-duanya mengalihkan pandangan. Yang seorang tunduk memandang bawah seketika sebelum mengembalikan posisi awal wajahnya.
                Mujahid hairan. Mengapa mereka berdua seperti takut-takut dengan dirinya. Dipandannya lagi dua gadis itu dengan penuh persolan. Tiba-tiba, seseorang menutup matanya lalu menepuk bahunya. Jelas isyarat agar dia berhenti memerhatikan pelajar perempuan itu.
                “Pandang apa kawan?” Sapa Rifqi dengan senyuman seoang sahabat. Rifqi benar-benar buatkan Mujahid terasa seperti dia bukan orang asing disini. Seperti mereka telah lama bersahabat.
                “Errr, Tak ada apa-apa” Rifqi senyum mengerti. Dia yakin, tidak lama lagi Mujahid pasti terdidik dengan syariat yang membataskan pergaulan antara lelaki dan perempuan. Cuma dia perlu berhikmah. Mujahid masih lagi pelajar baharu.
                “Ya Allah, kau bukakanlah pintu hati hambaMu seorang ini, dan rakan-rakan kami yang lain. Ya Allah, Engkau berilah hidayah kepada kami, dan kekuatan untuk menjalani kehidupan ini dengan penuh syariat tanpa membelakangi ukhrawi mahupun duniawi” Rifqi berdoa didalam hati kecilnya
                Usai solat Zuhur berjemaah dan membaca al-quran, Dalilah mendapatkan Humaira’.
                “Eh Humaira’. Siapa ya yang pandang kita tadi? Mesti budak  Form 4 baru kan? Tak pernah Nampak pun sebelum ni.  Handsome .  Mesti kaya , ada gayalah dia.” Dalilah tersenyum nakal
                “Astaghfirullah.” Humaira’  mengurut-urut dadanya.
                “Istighfar ya ukhti. Itu semua panahan syaitan. Bukankah kita dituntut menundukkan pandangan terhadap yang bukan mahram?”
                Dalilah terdiam bisu. Dirinya akui terbuai sebentar dengan godaan syaitan hingga bibirnya memuji-muji sang ajnabi
                “Ya Allah, Astaghfirullahal aziim. Syukran ukhti. Macam inilah sahabat ana. Sahabat yang baik itu umpama mentari yang menyinari. Tidak sanggup sahabatnya dekat dengan kesesatan, jauh dari kebenaran.”
                Mereka berdua tersenyum mesra. Dalilah membetulkan tudung Disebalik tiang itu rupanya ada mata dan telinga yang dari tadi memerhati. Hairan dengan kemesraan yang ditunjukkan.
                “Macam cakap dengan pakwe. Lain macam mesra aje dua orang ni” bisik hati kecil pelajar perempuan itu.
                “Hoi Natrah! Cepatlah, kau skodeng ape kat situ. Kita dah lambat ni?”
                Natrah terkejut dengan dentuman suara rakan barunya itu. Dalilah dan Humaira’ bahkan semua pelajar perempuan yang ada disitu turut terkejut dan memandang kearahnya. Dia termalu sendiri.
                “Oh, hihi. Sorry ya semua”
                “Padan muka kau wani. Itulah biasakan lagi cakap kuat-kuat. Kan dah malu ”bisik Syazwani didalam hati
                Dalilah dan Humaira’ pula lebih tertumpu kepada pelajar perempuan yang dipanggil Natrah itu. Natrah terkocoh-kocoh menyimpan telekung didalam beg setelah 2 orang pelajar perempuan itu sedar kewujudannya. Humaira’ terus mendapatkan Natrah yang sedang bergegas-gegas.
                “Assalamualaikum. Natrah ya? Awak baru masuk hari ini?” Sapa Humaira’ dengan penuh kelembutan. Natrah memandang wajah Humaira’. Entah kenapa dia terasa begitu tenang. Terzahir keikhlasannya dengan bicara dan riak wajah yang manis. Tambah pula, wajah Humaira’ memang sedia manis dan pipinya berona kemerah-merahan semulajadi.
                “Waalaikumussalam. Ya, sekarang nak ke Dewan Al-Aqsa semula.”
                “Oh begitu. Saya Humaira’ , ini Dalilah. Kami urusetia pelajar-pelajar baru. Kami pun hendak ke dewan Al-Aqsa juga. Jom kita pergi sama-sama”
                “Jom. Ini Syazwani.” Natrah mengukir senyuman. Terasa mereka begitu dekat walau hakikatnya baru bersua.
                “Hai girls” Ujar Syazwani sambil melambaikan tangannya.
                “Assalamualaikum.” Dalilah  member I salam dengan senyuman lebar. Dia tidak mahu sahabat barunya itu terasa diperli.
                “oh, hihi. Waalaikumussalam” Dalilah dan Humaira’ menguntum senyuman. Hari ini adalah permulaan sebuah cerita baru buat pelajar tingkatan 4 di SEPINTAR
BAB2

                P agi itu,  seawal jam 5.00 pagi ASPURA dan ASPURI mula riuh dengan pergerakan aktif para pelajar bersiap.
                “Perhatian kepada semua pelajar,  jam sudah menunjukkan pukul 5.00 pagi. Diharapkan Para pelajar dapat bangun dan bersiap” Pengunguman itu dibuat 2 kali oleh ahli jawatankuasa tertinggi lembaga kepimpinan pelajar (LKP)  atau lebih dikenali sebagai exco yang bertugas.
                “Mujahid, Mujahid. Bangun. Enta kena bersiap awal. Takut nanti kehabisan air pula”
                Mujahid membuka matanya malas-malas. Ditenung seorang senior yang mengejutkan diri. Dia segera bangkit dan siap untuk meninggalkan katil dua tingkat.
                “Eh, jangan lupa doa bangun tidur” Pesan abang itu lagi dengan ramah.
                “Syamir, siapa abang itu? Rajinnya dia mengejutkan budak-budak ASPURA  bangun.”Mujahid menyiku lengan syamir yang juga baru bangun dari tidur.
                “Itulah ketua BADAR”
                “BADAR?” Mujahid baru pertama kali mendengar istilah itu.
                “Badan Dakwah Dan Rohani. Dialah pengerusinya” Syamir yang berasal dari Sekolah Agama Menengah Paya Jaras sudah terbiasa dengan istilah-istilah sebegini. Dia juga cepat mengecam dan mengenali orang-orang penting SEPINTAR.
                “Oh. Abang tingkatan 5 kan?”
                “Ya. Namanya Zuhdi Mahfuz. Kau ini patut biasakan diri segera dengan suasana di asrama. Bangun kena awal. Mandi jangan lama-lama sampai setengah jam.”
                “Orait boss!” kata Mujahid bersemangat sambil membuat gaya thumbs up. Syamir berlalu tanpa menghiraukan Mujahid.
                “Heartless betul mamat ni” Ujar Mujahid.
                “Apa kau cakap?” Mujahid sedikit terkejut dengan sergahan Syamir.
                “Eh. Tak ada apa-apa. Errr, mandi dulu!”
                Syamir menggeleng. Sedikit sebanyak dia terhibur dengan sikap Mujahid yang agak keanak-anakan. Syamir menoleh kekiri, lalu pandangannya terhenti pada locker Mujahid yang sengaja dibiarkan terbuka. 
"Masya Allah. Allahu rabbi !"

2 comments:

  1. subahanallah..best2.ana tunggu sembungannya ukhti nadirah (^_^)

    ReplyDelete
  2. 'sekolah agama menengah..' it should be 'sekolah menengah agama' right?

    ReplyDelete

Your comments here