Thursday 16 May 2013

Dunia yang lain

Di daerah ini aku kembali bertatih
Kembali belajar erti kehidupan
Seakan bayi yang baru lahir
Aku terpaksa merangkak susah dan payah
Kerana disini dunia asing
Walau dulu disinilah bumiku

Kini perlu untukku sekali lagi mencorak
Mewarnai duniaku dengan 1001 warna
Bereksperimenkan rasa, jiwa, kata dan bahasa
Bukan aku goyah menjadi Sang Ghuraba'
Tapi aku butuh islah 

Berkali-kali aku cuba untuk merubah
Berkali-kali juga aku hampir rebah
Tapi takkan sekali aku patah
Kerana bimbang aku yang berubah

1 comment:

  1. Hi, i feel that i saw you visited my website so i came to go back the prefer?
    .I'm trying to to find issues to improve my web site!I suppose its adequate to make use of a few of your ideas!!

    Review my webpage eye of horus

    ReplyDelete

Your comments here