Thursday 16 May 2013

Hari Guru di KAFA integrasi Al-Imaniah

Hari ini aku kesekolah agama yang dah lama tak kujejakkan kaki ke sana... Ditemani tiga orang gadis manis bersama, Shahidatu Haini, Munirah Athirah dan Nurhidayah Azalia yang sentiasa kusenangi. Terubat juga rindu yang sudah lama bersarang.

Setibanya di sekolah seperti biasa kami 'main tarik tali'.Semua segan nak masuk dahulu. Akhirnya Munirah Athirah juga yang mengalah .. Barakallaufeek ya ukhti ;) kami duduk dibelakang sambil. Adik-adik yang comel-comel sedang buat ersembahan mengikut kelas. Subhanallah, memandang insan-insan kecil ini membuatkan diri ini terdetik betapa sucinya hati mereka yang belum terpalit dosa. Sedang aku ini insan pendosa yang sering kali terlupa... atau sengaja lupa... pada TAUBAT 

Mata melirik satu persatu saff asatizah nun didepan sana. Kak Aunee juga ada sama menggantikan ustazah Shahirah yang sedang cuti bersalin. Semoga Allah merahmati Ustazah Shahirah dan megurniakan sebesar-besar pahala padanya. Juga beberapa lagi ustaz ustazah yang tidak kukenali. 

Usai persembahan kira-kira jam 6 petang kami pun menyerbu masuk bilik guru. Jika dulu hanya sebuah komputer buat memudahkan tugasan pengkeranian guru-guru disini, kini sudah ada 3 biji. Ustaz ustazah juga tidak kurang hebat. Masing-masing sudah ada tablet, ipad atau smartphone sendiri. Saya tak dapat bayangkan lagi 10 tahun apalagi beza nuansa disini.

2 bekas 'cheesy wedges' buat santapan ustaz ustazah yang sedia berkorban buat anak didik harapan agama. Saya baru beli usai mengambil adik bongsu, Nashitah Baharin dari sekolah rendah.Setengah jam juga mahu beli segala wedges dan cheese. Nashitah juga sudah monyok dan memprotes. Sesampai dirumah terus dibebel. Rupa-rupanya hendak berlatih nasyid untuk persembahan hari ini. Patutlah ajak 'shopping' pun muncung sampai hidung. Maafkan akak ye. Hari guru punya pasal hari ini dia bersiap extra-special sikit. apa yang extra nye ? Rahsia

"Eh tak ada apa-apakah untuk ustazah" Ustazah Azizah menyerang.
"Hihi mestilah ada ustazah. Ni cheesy wedges ni. Tapi tak seberapalah" Saya tersengih
"Oh ye ke ? terima kasihlah."Ustazah Azizah senyum 'full-bloom". Subhanallah walaupun tak seberapa tetapi penghargaan yang saya terima macam hadiahkan i-phone 5 pula. Indahnya bersyukur pada sekecil-kecil nikmat. Air liur ditelan terasa pahit. Saya terkesan.

Kami dijemput makan sekali. Tapi masing-masing segan. Terima kasih Kak Auni yang bersusah payah menyuapkan nasi untuk kami. Gara-gara malu punya pasal. Lain kali suaplah lagi !

"Kamu semua nak sambung mana" Ujar Ustazah Jasminah, Guru Besar kami.

"In sya Allah mesir!" Saya mengusik Shahidatul Haini disisi. terkekek-kekek dia sambil menyiku pinggang saya.

"Bakal doktor ini ustazah" Saya mengusik lagi. Lama sudah tidak bergurau senda begini dengan mereka

"Alhamdulillah" 

Sesi tukar hadiah pula berlangsung kurang lebih setengah jam. Antara guru-guru sahaja. Saya ditugaskan seagai jurukamera, tetapi telah menyerahkan mandat itu awal-awal kepada Muazzam Baharin, adik saya yang juga alumni disini. Ada ustaz-ustaz.. segan!

Macam-macam hadiah. Ustazah Azizah dapat penimbang berat badan. Ustazah Jasminah dapat Teddy Bear (ustazah Azizah yang beri!) Kak Auni.. Eh silap.. Ustazah Auni dapat sudu garfu ( Kasihan sebab asyik kene sindir. Tak lama lagi lah tu ... boleh buat time bersanding) yang bagi Softlan dengan Sunlight pun ada .. UNIK !

Tak perlu hadiah mahal-mahal. Sang murabbi disitu semua tahu erti menghargai dan bersyukur. Cubalah beri intan segunung pun, kalau hidup tak tahu dek untung sia-sia sahaja pemberian itu

Terima kasih guru-guruku dan guru-guru yang setia menemani anak bangsa. Jasa kalian hanya Allah yang mampu balas. Mungkin kalian tidak kaya didunia tetapi andalah JUTAWAN AKHIRAT . In Sya Allah 

SELAMAT HARI GURU !!


No comments:

Post a Comment

Your comments here