Friday, 14 June 2013

Brader polis, please saya nak masuk U !!

Abang polis please dont sue me T_T
Semalam pergi Rawang ( bandar ) and saya drive kereta sendiri. Memang dah jadi tabiat tak reti reti pakai seatbet bila drive. Tapi semalam saat meluncur sahaja kereta biru wira saya ke jalan raya , hati saya meronta-ronta suruh pakai seatbelt.

"Tunggu lampu merah lah. baru boleh pakai seatbelt"

Malangnya sepanjang perjalanan saya asyik 'green light' aje. Dijadikan cerita saya pun terlupa langsung untuk memakai seatbelt. Naik flyover ke belakang mydin tup-tup nampak abang-abang polis trafik dok tercongok kat depan tu

"dah sudah .. dup dap dup dap .. cepat2 pakai seatbelt" monolog dalaman saya lebih kurang macam nie lah

"PONNNNNN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

"Aduyai kenapa orang belakang nie hon aku pulak !!"

lepastu abang polis tu dengan bendera merahnya suruh aku ketepi

" Dah kena kad merah =.=' "monolog dalaman lagi

saya pun ukalah cermin tingkap. seriously abang polis itu sangatlah menakutkan dan mukanya sangatlah bengis

"Dik, kesalahan tak memakai tali pinggang .. nak langgar orang belaang dah tadi"

jadi untuk menutup kegabraan saya, saya pun senyum sengih kerang busuk dan masam .

"nak buat macam mana . saman pun samanlah .. eh jangan abang polis nie mintak rasuah sudaaaah"
"ish tak baik buruk sangka"

"Bagi lesen"

Saya pun godek2 beg cari lesen. fuuh , kadang2 lesen pun lupa bawak. Alhamdulillah hari ni saya bawa

abang polis tu pergi usha kereta ngan moto depan tu dulu ...

"Kerja mana ni dik ?"

"Saya student"

"Belajar kat mana?"

"Shah Alam"

"UiTM ?"

"Tak, dekat INTEC , kat bawah UiTM tu .. saya baru nak masuk universiti "
"Ni nak pergi mana?"

"Nak pergi bayar duit university lepastu nak bukak bank untuk masuk university"

Saya kekal dengan senyuman budak-budak + innocent.. mengharap dalam hati agar abang polis tu rasa belas kasihan untuk budak hingusan macam saya

"please abang polis , saya baru nak masuk U nie .. " monolog dalaman lagi ... berani kerr nak cakap

"Lain kali pakai seatbelt"

"Terima kasih ye bang" 

and then i realised , should i really call him abang .. mcm pak cik je ...  tak pe lah biar kasi dia rasa muda ... teehee

Itulah kisah saya yang nakal. 

Pagi tadi bawak mak pergi pasar.

'EH CEPAT PAKAI TALI PINGGANG!' ingatkan monolog dalaman rupanya dah terkeluar jadik monolog luaran

Panic punya pasal :)

semalam polis trafik .. ni bukan polis trafik nie 

im not guilty jangan tahan saya !!

HAA , MACAM NI KUT ROAD BLOCK ZAMAN DULU-DULU   XDD

No comments:

Post a Comment

Your comments here