"Pensyarah apa lah dia ni, bukannya pandai mengajar sangat pun. Tak fahamlah apa yang dia ajar"
"Tak payah tunjuk 'terer' sangatlah. Baru dapat selesaikan satu masalah nak menunjuk-nunjuk pulak"
"Hmmmph menyampah dengan si A tu. Tahulah pandai"
"Mak jangan suruh abang buat ini buat itu boleh tak. Abang nak 'study' lah. Esok ada exam"
"Ko ni pemalas ke memang tak cerdik. Soalan macam ini pun tak tahu"
"Tanyalah orang lain, busy lah sekarang"
"Joana, sayalah Johan classmate awak tu. Eh nama kita pun dekat-dekat. Macam ada jodoh pula. Nak kacau boleh?"
Dialog-dialog sebegini hanyalah beberapa contoh dari jutaan ekspresi para pelajar yang terkeliru mahupun tidak tahu tentang keutamaan beradab sebelum belajar.
Telah malapkah sinaran akhlak dari jiwa pemuda yang bersih dan baik?
KELAKUAN BURUK KEPADA GURU
Remaja memang senang diserang rasa tidak puas hati dan ingin memberontak. Hanya segelintir sahaja yang mampu membendung perasaan begini. Natijah daripada rasa tidak puas hati kepada guru akan menyebabkan para pelajar senang mengkritik serta memburuk-burukkan guru mereka.
Duhai rakan-rakanku, saya juga mengerti perasaan kalian kerana saya juga seusia kalian. Saya juga akui kadangkala tekanan perasaan itu sebenarnya yang menyebabkan bibir tersilap percaturan
Saya percaya bahawa remaja memiliki hati yang SUPER. Carilah kembali hatimu yang SUPER supaya terus dimanfaatkan sebaiknya. Jangan lupa bahawa setiap orang adalah pelajar dan juga seorang guru.\
Bapa dan ibu adalah guru pada anaknya,
Kawan adalah guru kepada kawan-kawannya yang lain
Pelajar senior guru kepada pelajar junior
Bos adalah guru kepada pekerjanya
Istilah Kimia ada menyatakan tentang 'reversible reaction' atau tindak balas boleh balik. Bermakna seorang anak juga boleh menjadi guru pada bapanya. Seorang pekerja boleh menjadi guru kepada bosnya. Ternyata, guru juga insan biasa yang tak sempurna. Apa pula perasaan kita sekiranya 'murid' kita yang kita beri pelajaran kepadanya dengan ikhlas melakukan hal yang sama kepada kita.
Hukum karma katanya
Mari kita didik hati SUPER kita agar lebih banyak menghargai. Give more, expect less.
HASAD DENGKI DAN IRI HATI
Begitu juga dengan kita sebagai para pelajar.
Sahabat kita mungkin lebih berjaya dalam pelajarannya sedangkan kita kurang cemerlang dari sudut akademik. Namun mungkin kita lebih unggul dari sudut kemahiran insaniah, kebolehan bercakap dikhalayak ramai, kebolehan mencipta video atau reka grafik yang menarik dan memberi 'kesan' kepada menonton.
Hati kita SUPER kan?
ADAB DENGAN IBU AYAH
Inilah sifat manusia yang selalu rasa fakir dalam hal duniawi. Sentiasa berasa tidak bersyukur dan tidak Qanaah dengan nikmat Allah.
Ibu dan ayah kita adalah sehebat-hebat manusia atas muka bumi ini selepas Rasulullah s.a.w. Dia mencintai kita sebelum kita melihat dunia. Tetapi kita hanya dapat mencintai ibu bapa dengan segala pengorbanan, jasa, kasih dan cinta ibu ayah pada kita.
Ibu ayah mencintai kita disaat kita tidak memberikan apa-apa
Tidak hairanlah keberkatan ibubapa sangat berkait rapat dalam mengjar keberkatan ilmu. Beradablah dengan ibu bapa kerana disitu kunci berkatnya ilmu kita
dengan hati SUPER kita, ayuh kita mula beradab dan mencintai ibubapa kita!
RAKAN-RAKAN ADALAH SAHABAT KITA
Manusia diusia remajanya fitrahnya suka berkawan dan bergaul mesra. Kerana itu disarankan pada usia ini, ibu bapa bergaul dengan anak-anak seperti kawan-kawan dari sudut kemesraan dan ke'erat'an bermain, berbincang, berborak dan aktiviti bersama. Tanpa mengurangi sedikit pun ketegasan dan kebijaksanaan sebagai seorang ayah dan ibu agar tidak terkurang pula rasa hormat seorang anak.
Ibu saya sendiri sewaktu saya kecil juga pernah mengusik "Kalau tak nak berkawan dengan orang pergi duduk dalam hutan"
Hargailah kawan-kawan diusia remaja kita kerana kita tak tahu betapa banyak mutiara-mutiara hikmah yang akan kita dapat. Dengan kawan-kawan kita akan rasa sidayangi, disakiti, dipercayai, dikhianati, dihargai mahupun dibuang tepi. Tapi perbuatan buruk kepada kita jangan dibalas dengan prbuatan buruk juga. Jika tidak mampu membalas dengan kebaikan, balaslah dengan kemaafan
Itu formula untuk hati SUPER
Jika ada yang bertanya, ikhlaskanlah untuk menjawab.
Jika ada yang meminta pertolongan, ikhlaskanlah untuk membantu
Jika ada yang sakit, ikhlaskanlah mencari penawarnya
jika ada yang tersimpang, ikhlaskanlah menarik kembali kepangkuan jalan
MAGNET KUTUB UTARA DAN KUTUB SELATAN
Fitrah kutub utara magnet akan tertarik pada kutub selatan. Fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan. Begitu juga sebaliknya.
Islam meraikan perkara ini, sesuai dengan fitrah manusia. Tetapi perlulah dipandu dengan pimpinan wahyu. FITRAH, boleh membawa berkah tetapi boleh juga mengundang padah.
IKHTILAT ( pergaulan lelaki dan perempuan) mestilah dijaga. Sang kumbang harus pandai menundukkan pandangan dan sang bunga harus pula memelihara dirinya dari menarik perhatian. Al-Hayaa ( rasa malu ) itu tanamkan dalam jiwa kerana ia benteng yang kukuh dalam membatasi diri dari terjebak dalam dosa.
Buruk padahnya anda rasa malu itu tercabut dari hati
Saya bukanlah yang paling arif dalam hal ini, jadi saya menyarankan agar merujuk pada pakar-pakar yang lebih ahli yang terdiri dari golongan asatizah.
Saya juga merupakan seorang pelajar, dan selalu juga saya sirna dalam menjaga adab dan keperibadian. Jadi saya kongsikan beberapa butir mutiara yang saya simpan semoga kalian juga dapat menikmati keindahan akhlak yang kadangkala kita lupakan.
penafian : artikel ini merupakan fahaman dan pandangan peribadi penulis dan terbuka untuk diperbaiki serta dikritik.
NB
8 RAMADAN 1434
1633
INTEC Shah Alam
No comments:
Post a Comment
Your comments here