Alhamdulillah tsumma alhamdulillah
kurang lebih sebulan dudukku dirumah
menanti hari dimana bermulalah kisah hidupku sebagai seorang pelajar INTEC
alhamdulillah sesi MDS (minggu destini siswa) sudah pun berakhir dan kini masih menanti hari rabu untuk kami memulakan kelas yang pertama
berdebar
Bagaimanakah keadaan diriku disini dalam jangka masa 2 tahun.
Bagaimana penyelarasan iman dan amal dalam menempuh kehidupan sebagai seorang penuntut ilmu
bagaimana keadaan qudwah ku dalam membentuk diri dan mesyarakat
bagaimana tugas ku menjalankan amar makruf dan nahi mungkar kepada diriku sendiri dahulu kemudian insan-insan sekeliling
Senang untuk mengimpikan sebuah perjalanan hidup mengikut aturan syariat dan kepatuhan pada Allah
namun sukar sekali untuk melaksanakannya atas banyak kekangan
dan yang pastinya kekangan itu kebanyakan berpunca dari diriku sendiri
bila diri menjadi futur aku mengharapkan ada insan-insan yang dapat membangkitkan semangat jihad ku
justeru aku perlu hidup dalam berjemaah
bukan sendirian dan keseorangan
Terlalu awal untuk kuharapkan apa-apa dari bi'ah di INTEC
cuma disini kucucrahkan dahulu rasa hati moga-moga ada insan yang menatap tulisan maya ku
yang penanya kian tumpul
kerana sirna iman dan amalku kini
tulisan yang menggerakkan hati-hati datang dari hati yang hidup
entah cukupkah keikhlasan hatiku untuk menggerakkan hati-hatimu
NB
catatan pasca-MDS
080713 0920
No comments:
Post a Comment
Your comments here