Monday, 9 September 2013

Pena Perjuangan




Bismillahirrahmanirrahiim

Sudah lama kutinggalkan pena itu sampai tadi aku perasan ianya tumpul
Lalu aku layarkan kembali atas papan yang diketuk-ketuk
Sepiku bukan hilang. Tiadaku bukan dipalang. 
Sukar mentafsir bahasa jiwa dengan kepada bahasa insan
seperti mentafsir 'manis'nya madu. Tak terfaham sekalian yang mendengar tanpa merasakan sendiri madu itu.
begitu juga aku.

Dalam senyap mencari erti. dalam diam mencari identiti
siapakah aku
Jantung berdegup kencang. Bila didepan semakin terang.
Menginginkan, tapi tak tahu jika ada kesanggupan
Memerlukan, tapi tak tahu jika diri diperlukan
Semangat itu memang menyala, tapi belum seiring dengan pelaksanaannya

Jangan berlari atas jalan yang berliku diawal kembara. kerana bila jatuh tersungkur diawal denai itu lebih payah dan menyakitkan. takut tak mampu tsabat atas millat perjuangan

Lalu kususun dan catur gerak langkah. biar perlahan tapi berkekalan.
Aku si faqir sedang DIA Maha Kaya
memerlukan, tapi belum tentu aku diperlukan
Berjalan atau statikkah aku, kemenangan itu tetap juga ada yang mengusahakan.
Tapi biarlah aku 'izzah dengan kembara ini 
dan menjadi pendokong perjuangan ini
In syaa Allahu Ta'ala 


No comments:

Post a Comment

Your comments here