Sakinah
Nama itu sering terdengar dibawa desir angin
Wajah itu sering terpapar di layar minda
Mudah mencorak kuntum senyum pada hati yang kesedihan
Mampu menarik lesu dari jiwa yang kelalaian
Pada dirinya terbias zarah-zarah Sakinah
Tetapi, dia juga insan biasa
Terkadang jiwanya disengat bisa
Ruhnya ketandusan
Cabaran kini bermula
Dugaan Allah tiba
Tanda kasih dan cinta pada hamba
Kita masih punya banyak taklifan
Sedang masa kian kesuntukan
Pujuklah irama jantung dengan Al-Quran
Bangkit bersama kita hapus kefuturan
Binalah bersama bangunan kekuatan
Kukuhkanlah bersama molekul ukhuwwah persaudaraan
Bersabarlah dan teruskanlah tebarkan
Zarah-zarah Sakinah
Biar kadang kita lelah
Biar kadang kita rebah
Illah kita Allah
Bukan sifatNya mengecewakan seorang hamba
Doakan aku disini
Kerana diri ini lebih memerlukan sesuntik kalimah
Buat penyegar Iman dan taqwa
No comments:
Post a Comment
Your comments here