Inilah perjalan 10 hati hati yang penuh hamasah. Dalam menjayakan sebuah amanah
Kem Pembentukan Sakhsiyyah Khalifah Muda ( The Young Caliph Camp 1.0 2013 )
Di surau Al-Amin inilah hati-hati kami terikat dengan satu perjuangan. Mungkin terlihat kecil tapi hanya kami yang tahu, dan Allah lebih mengetahui. Aku dipertemukan semula dengan sahabat-sahabat seperjuangan di SEPINTAR. Mencambahkan mahabbatillah. Dan dipertemukan pula dengan 5 sahabat baru yang subhanallah, hadirnya mereka sebagai wasilah mesej tarbiyyah dari Allah.
Ya, terasa bagai diri mendapat perhatian eksklusif dari Allah.
Mereka jujur biarpun hakikatnya pahit. Tidak langsung menyalahkan sesiapa, tetapi menyandarkan satu-satu kesalahan itu pada diri sendiri. Menambahkan qudwah hasanah yang sedia tertanam dalam peribadi mereka.
Katanya, dirinya kurang muwasaffat tarbiyyah. Bila dirasakan ada lakunya yang terkeluar dari daerah sakhsiyyah yang tsiqah
Kata-kata yang semudah itu laju mencengkam jiwa. Mendera nafsu yang membuai leka. Mengerah akal yang keliru dengan terlalu banyak pertimbangan
kata seorang lagi, tetaplah berpegang dengan kemuliaan, Allah pasti menurunkan pertolongannya.
Tetapi yang pasti aku paling terkesan dengan itqannya hamba Allah ini menjaga amanahnya. Amanah kalam Allah yang sudah dia pasakkan dalam ingatan. Semoga Allah beri kekuatan agar dapat pula terpasak di atas bumi ini
Allahu ya Allah, walau begitu banyak syabab yang mengecewakan aku untuk melihat Islam ini dibawa oleh anak-anak muda dengan hamasah semangat perjuangan mereka. Kau hadirkan cukup beberapa hamba-hambamu dari kalangan pemuda Islam di bumi ini agar aku yakin bahawa agama ini sentiasa ada pewarisnya
Dalam kem ini, aku lebih banyak menerima dari memberi
Allah beri aku kesempatan untuk duduk dan memerhati dari spektrum warna yang berbeza walau hadirnya ia dari cahaya yang melalui prisma yang sama.
Ya Allah, izinkan aku belajar dari insan-insan yang sarat dengan qudwah, qawiy lagi amiin.
Ya Allah beri aku kekuatan menerima teguran atas kesilapan dan kekurangn diri
Ya Allah, beri aku peluang untuk mencintaiMu.
Ya Allah, beri aku redhaMu
ولمست حكمة ونور بيانه
في سيرة المختار في إيمانه
Dan aku sentuh hikmahNya dan belai kasihNya
Dalam sirah mereka yang terpilih imannya
Nadhirah Baharin
Bingkisan hati di bumi Al-Amiin
21112013 2305
Ya..bumi itu juga mengesani hatiku
ReplyDelete