Perjalanan pulang ke Rawang hari ini jika dihitung lebih lama berbanding sebelum-sebelum ini. Alhamdulillah Allah detikkan dalam hati untuk membawa kudapan " Aku Melayu Di Kota Inggeris" yang dipinjamkan dari seorang pensyarah di kolej.
Sudah lama buku itu bertukar tangan tetapi baru hari ini sempat dibaca, jikapun tidak sempat dihadam isi yang ingin disampaikan oleh Muhaimin Sulam.
Lama berada dalam komuter dan tidak sekejap menunggu pertukaran komuter di KL Sentral. Sesekali mata menatap papan digital yang sepatutnya memaprkan masa ketibaan komuter.
Gelap.
Tidak ada sebarang abjad mahupun angka yang terpapar. Seingat saya, semenjak mula-mula berulang alik ke Shah Alam dengan komuter Jun tahun lepas begitu juga keadaannya.
Saya sedikit hairan memandangkan KL Sentral dan Komuter bukanlah nama kecil di Malaysia. Saya kira jika di stesen-stesen lain boleh berfungsi, sepatutnya di KL Sentral lebih-lebih perlu untuk berfungsi.
Membaca travelog tidak sama 'feel'nya dengan membaca novel-novel fiksyen. Bagi saya. Kerana travelog bermakna ia adalah catatan peribadi yang realiti oleh penulis. Bukan khayalan mahupun episod-episod imaginasi.
Membaca genre ini bermakna kita membiarkan diri untuk larut dalam dunia penulis. Cuba memahami sisi pandang dan sistem nilai yang cuba diketengahkan. Pengalaman setengah dekad penulis dimuntahkan sedikit, pastinya tidak semua, dalam naskhah kecil ini.
Buku ini lalu ditutup. Komputer riba pula dibuka.
Mencari-cari dalam koleksi video yang di download di makmal komputer Akasia. Terjumpa video ustaz Hasrizal tentang tafsir urah Al-Kahfi berkaitan kisah Dzulqarnain.
Menarik!
Menarik sekali olahan Ustaz Hasrizal yang cukup terkenal dengan sisi pandangnya yang sedikit berbeza dari pemikiran-pemikiran 'mainstream' tentang sesuatu perkara. Begitu analitikal dan kritikal!
Ustaz Hasrizal selalu berjaya menarik minat saya terhadap elaborasi apa yang ingin disampaikan beliau. Beliau adalah antara penulis kegemaran saya kerana gaya penulisan yang natural dan realistik dan kadangkala tajam dan sentap.
Akhirnya saya tiba juga di Rawang. Terdetik untuk mengambil bas sahaja untuk sampai ke Kampung Melayu, tetapi memandangkan hari yang agak panas, saya hubungi juga bonda.Cantik sekali aturan Allah, kakak saya kebetulan sedang menghadiri seminar. Jadi juga saya mengambil bas.
Perjalanan yang biasa, tetapi cuba mengambil ibrah agar tidak kelihatan biasa-biasa.
Hidupnya seorang manusia dengan penuh luar biasa, maka kita tidak ayak menjadi yang biasa-biasa. Kena pandai mencari ke'luar biasa'an.
Kaki melangkah masuk kerumah lalu segera mendapatkan bonda tercinta. Disalami tangan bonda yang sudah beberapa minggu tidak disapa. Ada sahabat yang bertanya " tidak ada exam kah?"
Senyum.

No comments:
Post a Comment
Your comments here