Monday, 21 April 2014

Perjalanan dan sebuah bingkisan darinya

Pagi sabtu pulang ke Rawang
Pagi ahad pulang ke Shah Alam
Sehari cuma,  tapi sangat bermakna kerana dihabiskan dengan insan-insan yang tersayang.

Tidak sedikit pengalaman pulang ke Shah Alam. Bermula dengan insiden menunggu ketibaan train, saya sedang menikmati cendol rm2 yang baru dibeli ketika datang seorang lelaki muda awal 30-an saya kira.

'' Adik, tahu tak nak tunggu bas balik ke utara di mana? '' Ujar lelaki tersebut.

"Maaflah,  saya tak tahu sangat jalan-jalan kat KL ni"

Kemudian dia beritahu bahawa begnya sudah hilang. Lebih tepat lagi diragut. Saya mula tidak selesa kerana terpaksa berada dalam situasi ini. Lalu dia meminta pertolongan saya.

Saya menghulurkan sedikit wang tetapi dia tidak berpuas hati dengan nilai sumbangan saya itu.  Katanya tidak cukup pun nak buat apa-apa. Lalu saya katakan pada dia bahawa itu sahaja yang termampu.

"kalau cucuk duit tak boleh?”

Saya bertambah curiga lalu cepat-cepat mematikan perbualan. Dia cuba untuk meyakinkan saya supaya jgn pelik bila dia bertanyakan orang lain juga kerana katanya dia perlukan agak banyak.

“saya kena selamatkan kereta saya"

Saya hanya mengangguk dan terus bergegas ke tempat orang lebih ramai.

Pengalaman yang mendebarkan. Saya tidak pasti sehingga kini adakah dia benar-benar jujur atau tidak.  Sekiranya betul,  smoga Allah memberikan kemudahan dalam urusannya,  jika tidak, semoga allah nemberinya hidayah.

Komuter tiba tidak lama selepasitu dan saya terus menaiki koc wanita.  Agak berasap juga bila ada kaum-kaum yang mengalamj krisis identiti.  'perempuan atau lelakikah aku?'

Sesampai di stesen KTM Shah Alam saya mengambil teksi untuk pulang ke kolej.

Bertemu pula dengan seorang pak cik rakyat marhaen yang bertanya tentang cukai kereta dan mengapakah perlu cukai yang tinggi.

Saya terdiam dan hanya mampu memberikan pandangan peribadi.

Saya cuba membayangkan pasti ramai rakyat yang memikirkan soalan yang sama.

Ayah-ayah yang memerlukan kereta bagi menghantar anak-anak ke sekolah dan pergi bekerja.

Jika kemudahan pengangkutan awam kita tersusun dan sistematik pastinya isu ini tidak sebesar mana.

Jangankan kereta, pasti ada yang tidak mampu walau untuk memiliki motosikal. Kalau mampu sekalipun, dengan peningkatan harga petrol dan barangam lain pastinya menjejaskan  rakyat marhaen kelas sederhana dan ke bawah.

Kehidupan simplistik pak cik ini mungkin tidak nampak signifikan pada pandangan sebahagian orang.  Tetapi dalam episod harian pak cik ini,  tidak siapa yang tahu kisah perit dan payahnya.

Maafkan saya pak cik yang hanya mampu melihat dan menulis. Semoga Allah memberkati keluarga, rezeki dan kehidupan pak cik.

Sekurang-kurangnya, ada sebaris doa yang dapat saya panjatkan.


No comments:

Post a Comment

Your comments here