Thursday 15 May 2014

Nak bawa apa ke INTEC?

Assalamualaikum again to you! Kali ni Kak Nadhirah sertakan beberap checklist untuk adik-adik yang baru nak masuk INTEC nie. Make sure ade tau!

1. AL-QURAN DAN TERJEMAHANNYA( macam mana nal hidup tanpa Al-Quran adik-adik? walaupun ade apps kat ipong dan android, tolong bawak mushaf Al-Quran anda juga.)

TOILETRIES

  • Towel
  • Berus Gigi
  • Ubat Gigi
  • Kain Basahan
  • Pencuci muka 
  • shampoo + conditioner
  • Sabun Mandi
BASUH-MEMBASUH
  • Sabun basuh baju
  • berus basuh baju
  • baldi
  • gayung
  • hanger baju
  • sepit baju
  • sabun basuh pinggan
MAKAN-MINUM
  • Cawan
  • Pinggan
  • Sudu Garfu
  • tupperware ( saiz ikutlah )
OUTFIT ( pelajar perempuan )
  • Baju Kurung ( hari isnin WAJIB berbaju kurung tidak kira siapa anda. Kulit putih ke, kulit gelap sikit ke)
  • Baju ke kelas ( bebas, tetapi tidak boleh yang terlampau seksi. nanti kena halau dengan pak cik guard suruh tukar baju)
  • Seluar atau kain ( tidak dibenarkan pakai seluar dan skirt pendek sama sekali. Kena halau dengan pak cik guard jugak ) seluar tight pun PPP tak bagi
  • Baju riadhah ( yang muslimat pastikan yang menutup aurat. sebab Akasia ini selalu dikunjungi abam pakcik dan atok. so pandai-pandai jaga diri. Pakai tudung semasa berada dalam kawasan kolej. Dalam rumah, surau dan bilik study sahaja yang selamat untuk tidak memakai tudung)
  • Baju tidoq
  • Tudung, shawl dan sebagainya
OUTFIT (pelajar lelaki )
  • Formal Shirt with Tie ( Pakaian wajib hari ISNIN)
  • T-Shirt berkolar ( pakaian ke kelas)
  • Baju dan seluar riadhah ( pastikan menutup aurat ye abam2. jangan seluar futsal tu pendek sangat. Jangan tambah dosa orang lain faham?)
  • Baju melayu dengan sampin (sampin = kot-kot nak pergi majlis akad nikah -kriik kriik- )
  • Baju nak pergi gym. Haaa, student lelaki kat sini semua stok-stok pergi gym. Gym paling best kat CEMARA. and pleaseeeee follow the schedule. kesian student perempuan selalu kena mengalah walaupun sepatutnya giliran diorang
RUMAH
  • Bedsheet single size
  • Sarung bantal
  • Bolster ( kalau nak )
  • Selimut ( dah 2 sem, tapi Kak Nadhirah tak pernah bawak selimut pun :p )
  • Headphone ( seriously kalau korang jenis suka dengar lagu, tolong bawak headphone sendiri. Kalau suke dengar ceramah, talk dsb, sila bawak speaker. Alang-alang nak tambah ilmu dan pahala, ajak orang rumah buat pahala sekali)
  • Laptop ( laptop nie bende yang PALING TAK PERLU ada. cuma kalau ada lebih mudah nak buat kerja. Kalau belum mampu nak beli laptop jangan beli dulu. tunggu elaun masuk. jangan susahkan mak ayah. Kak Nadhirah bawak laptop kecik ( notebook ) ni pun free kerajaan bagi. hihi )

BARANGAN ELEKTRONIK ( kongsi dengan roomate )

Satu rumah akan ade 2 bilik dan setiap bilik dihuni oleh 2 orang pelajar. Ada ruang tam
  • RICE COOKER ( buat pengetahuan adik-adik, rice cooker je boleh bawak kat CCA cemara, cendana mahupun akasia. Hot stove, dapur gas, peti sejuk segala bagai tidak dibenarkan sama sekali. silap haribulan kena bawak balik tang tu jugak. ) nantikan tips memasak memakai RICE COOKER dalam entri yang seterusnya. ha nasi beriyani gam, nasi beriyani tak gam, ayam goreng, telur goreng maggi, tom yam semua boleh. Dan please kalau beli yang non-stick. seriously kalau tidak memang susah sangat nak bersihkan
  • Iron
  • Printer ( boleh bawa tapi biasanya student tak bawa. sebab kat CEMARA-AKASIA memang banyak cyber cafe and kedai photostate)
LAIN-LAIN
  • Kad Pengenalan dan beberapa salinan
  • Lesen Memandu ( in case nak sewa kereta )

Rasanya, setakat ini saja entri kali ni. in sya Allah akan di update bila datang ilham. Selamat tinggal semua! jaga diri elok-elok jangan tinggal solat okey ^^

Assalamualaikum

follow instagram @nadhirahbaharin

add facebook Nadhirah Baharin

Join Group INTEC 2014/16
Like page rasmi PSC Professional Student Society

follow blog nadhirahbaharin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Your comments here