Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah semalam telah pun berlalu hari ibadah kemuncak [ Wukuf di Arafah ] dan hari ini pula berlangsunglah Eidul Akbar ... ha ? apa Eidul Akbar itu ?
Eidul Adha juga dikenali sebagai Eidul Akbar yakni Perayaan Besar. Eidul Fitri pula adalah Perayaan Kecil.
Aneh ? tiada apa yang anehnya.
Mungkin adat setempat menjadikan istilah ini tidak begitu dikenali ramai. Makna serta penghayatan dan keraiannya pula disambut songsang. bukan salah , cuma semangat yang ada didada itu tersalah priority [ keutamaannya ]
Ketahuilah bahawa Eidul Adha adalah hari raya yang paling besar dalam agama Islam bukan Eid Al-Fitr . walauapapun , saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Adha dan selamat beribadah qurban
No comments:
Post a Comment
Your comments here