Friday, 31 May 2013

Penantian Berakhir ; INTEC here I come


Alhamdulillah Tsumma Alhamdulillah

Setelah sekian lama menanti, dan banyak sekali doa-doa dipohon oleh sekian ramai insan-insan disekelilingku, jauh mahupun dekat. Allah maqbulkan juga impian saya. Syukran katsir buat mereka yang tidak jemu mengait serangkai doa.

'Nenek tiap kali lepas sembahyang doa kau berdua dengan zati nak pergi luar negara . tiap kali lepas sembahyang nenek tak pernah tinggal' terkesima dan terharu saya dibuatnya. 

Tidak pernah saya sangka dalam diam ada insan-insan yang mendoakan kami. Mendengar luahan ikhlas nenek saya jadi teringat pada Bonda Engku Rahmah Engku Jusoh yang mana rahimnya telah memeluk saya sarat kasih sayang dari hati. Walau ketika itu saya masih belum punya nyawa, sudah ada yang sudi mencintai.

Doa-doa yang dipanjatkan bonda saya yang mulia dipandangan saya menjadikan kami anak-anaknya sentiasa merasa kasih sayang yang cukup. Walaupun Abah sudah kurang lebih 4 tahun pergi. Cintanya tetap hangat disini. Barakah saya kira

Bonda saya kini makin dimamah usia, tetapi keanggunan dari senyuman dan cahaya wajahnya tidak mampu ditandingi mana-mana wanita muda jelita. Kerana disebalik itu semua tersimpan 1001 cerita suka dan duka. Tawa dan air mata. 'If you are feeling you are not strong enough, look at your mother' 

Kemuliaan bonda saya membuatkan saya rasa sangat terpukul dengan pengorbanannya. No matter how i tried to be the best daughter, I will never be. 



Jadi inilah berakhirnya sebuah penantian yang akan disambut dengan banyak lagi penantian. Ringkasnya saya akan membuat A-Level United Kingdom ( ALUK ) di Internation Education Centre ( INTEC ) dan in sya Allah kalau reach pointer dan diizinkan Allah saya bakal terbang, membelah awan, merentasi benua ke United Kingdom.
thanks kpd http://saljuillahi.blogspot.com/2009/07/kenanganku-di-intec-uitm.html for this lovely heart ^_^

University mana? belum pasti. Kami dikehendaki memilih 'top 50 university' mengikut Times Higher Education mengikut subjek. Saya akan mengambil kos Sains.
haha.. almost burst out my stomach reading this

Sains?

Hmmm. Saya pun belum pasti bagaimana 'flow' kursus ini nanti. Dan apakah bidang yang sesuai untuk degree nanti. The best for me, for my dunia and akhirah i hope.

Pesanan Ikhlas Dari SENIOR
Perubahan macam mana tu ? i guess it'll have to wait for me to see 
nasihat 1.0

Nasihat 2.0


see how helpful the seniors are ???
usrah best !





typical classroom ... id name it 'classy'


So what is your 'piece of mind' about these higer education thingy ? do tag me in your posts or kindly email or provide links to them. If you wanted a reply too!

last but not least, here is something that catch my eyes.. and im looking forward to

Thursday, 30 May 2013

Sepasang mata dan sekeping hati | bila ia kering kegersangan

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi maha Mengetahui

Hari ini saya ingin menulis seputar kisah sepasang mata dan sekeping hati buat ibrah bersama. Kisah sepasang mata yang dulu sering juga basah dengan titis-titis embun syahdu yang lahir dari sekeping hati. 

Hampir setiap hari ia disirami air barakah. Barangkali ia satu proses tarbiyyah. Setelah bertahun-tahun mata dan hati itu basah dengan air kelodak yang memedihkan mata. 

Suatu hari sepasang mata dan sekeping hati itu terasa perit kembali. Ia ketandusan. Datarannya kegersangan. Baharulah sepasang mata dan sekeping itu mengerti. Sudah lama ia tidak dibasahi.

Mata kanan dan mata kiri memejamkan kelopaknya. Diam begitu. Lama. Mencari dalam kegelapan satu titik cahaya. Rentak degup jantung sedikit sebanyak membantu mereka mencari cahaya itu. Dalam kesamaran sepasang mata itu bertanya pada cahaya.

"Cahaya, mengapa kau semakin malap. Tidak seindah dulu. Hati kian kesamaran keranamu"

Cahaya tinggal diam. Tidak mahu menjawab. Tetapi sepasang mata itu semakin faham dan dapat menduga. Mata kanan dan mata kiri terus terpejam. Ia singgah ke jendela jantung. Sepasang mata itu terasa panas dan kebasahan. 

"Jantung, walau apapun yang berlaku kau tidak pernah menyalahi arahan Rabb-mu. Walaupun kami terpejam dan tertidur kau tetap juga bekerja. Mengikut aturan tuhanmu. Sedangkan kami ini sentiasa melakukan maksiat kepadaNya."

Jantung terus mengepam darah-darah mengikut aliran. Sapaan sang mata tidak sedikitpun membuatkan ia mahu berhenti sejenak dan berehat melayan tamunya. Itulah taqdir dan aturan tuhannya yang tidak sesekali pernah dan akan ia langgar. Mata faham dan berlalu pergi

Akhirnya sepasang mata itu tiba juga di pintu hati. Mata akhirnya menangis melihat keadaan hati yang sakit, tandus dan tidak subur lagi seperti dulu. 

"Wahai hati, aku dan mata kiri terasa perit kerana kami kekeringan. Mengapa tiada lagi titis-titis syahdu dari dataranmu?"

Dalam ketar suara hati menjawab "Tidakkah kau lihat keadaanku yang sedang sakit ini. Dan tidakkah kau rasakan betapa rimas aku hidup dalam kesamaran dan kegelapan seperti ini?"

Mata turut bersimpati. Namun mereka perlukan kepastian

"Wahai hati. Jantung bekerja terus seperti biasa walaupun kami tidur. Walaupun cahaya semakin malap dan menyesakkan. Jari jemari, tangan serta kaki juga kelihatan sihat dan tidak sakit. Malah boleh mendaki bukit dan berlari. Masakan keadaan kita seperti ini?"

"Mata kanan dan mata kiri. Jika kalian melihat tubuh ini bergerak sihat tidak bermakna dalamannya juga sihat. Lihatlah aku dan kamu berdua. Aku sesak dan sakit. Aku juga ketandusan. Tetapi tubuh ini menzalimi dirinya sendiri. Aku tidak dipakaikan pakaian dari rasa malu. Hidangan Zikrullah dan ibadah juga semakin tidak enak serta sedikit. Bagaimana aku boleh bertahan, hidup dan segar. Dindingku dipecah-pecahkan dengan hiburan yang tidak mendidik jiwa. Santapan rohani berupa ilmu sudah lama tidak dapat aku hadam. Oleh sebab itulah, cahaya ini semakin malap"

Mata kanan dan mata kiri kini saling berpandangan. Perlahan-perlahan sepasang mata itu kembali ketempat mereka. Masih tertutup kerana malam masih hitam. Kira-kira sepertiga akhir malam. Tiba-tiba sepasang mata itu terbuka. Jemari tubuh meraba-raba. Lampu dipasang, mata kanan dan mata kiri terkenyit sepet.

Kaki kini menuruni katil yang empuk lagi enak. Badan terasa masih memerlukan rehat dan mata juga mahu ditutup kembali. Tapi goncangan dari hati menyentak kelopak mata. Mata akur.

Pili air dibuka dan sebahagian tubuh dibasahi wudhu'. Langkah diatur dan sejadah putih dibentangkan dihadapan mata. Tangan diangkat lalu kedengaran bibir mengucap takbir

"Allahu akbar"

Malam itu, sepasang mata itu kembali subur dan tidak lagi kegersangan. Hati juga semakin sihat walaupun remuk redam dek kerana rintihan dosa, kelalaian serta kealpaan. Dahi yang menyentuh bumi juga seakan meraikan sepasang mata dan sekeping hati. Semoga mereka tidak lagi tandus dan mati. Alhamdulillahi rabbil 'alamiin ...




Tuesday, 28 May 2013

29 MEI Keputusan permohonan penajaan Program Khas Kejuruteraan Jepun, Korea, Jerman dan Perancis serta program kerjasama JPA-MARA

A REPLY FROM JPA TO A HAMBA ALLAH

Waalaikummussalam wbt.

Keputusan permohonan penajaan Program Khas Kejuruteraan Jepun, Korea, Jerman dan Perancis serta program kerjasama JPA-MARA boleh disemak mulai jam 5.30 petang esok (29 Mei 2013). Bagi semakan keputusan Program Khas Kejuruteraan Jepun, Korea, Jerman dan Perancis, semakan boleh dibuat portal JPA di http://esilav2.jpa.gov.my manakala semakan keputusan program kerjasama JPA-MARA boleh disemak melalui laman web MARA.

Program Khas JPA adalah untuk penajaan dalam bidang kejuruteraan sahaja manakala Program Kerjasama JPA-MARA adalah penajaan dalam pelbagai bidang yang dibuat oleh JPA melalui MARA.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

MOHD IQBAL BIN MOHD NASIR
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pembangunan Modal Insan

Unit Perancangan dan Dasar Penajaan
Aras 6, Blok C1, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 Putrajaya

Tel. : 03-88853295
Faks.: 03-88892189
Emel: iqbal.nasir@jpa.gov.my



Monday, 27 May 2013

PENANTIAN ( part 1 ) - CFS IIUM < Centre for Foundation Studies, Internation Islamic University Malaysia >

Tiada lafaz yang lebih baik buat pembuka bicara dari lafaz

 PENANTIAN saya bertambah sarat selepas keputusan PILN (program ijazah luar negara) tajaan MARA sudah pun diumumkan 20 Mei yang lalu. Alhamdulillah berita-berita gembira saya dapat dari sahibah-sahibah. Tidak kurang juga yang kekecewaan tetapi saya yaqeen mereka semua redha dan tahu inilah percaturan yang Allah sudah tetapkan dalam hidup mereka

Sepupu saya yang paling rapat akan ke United Kingdom In Sya Allah dan akan futher Sains Gunaan (applied science) Izzatee Safia Binti Muhammad Khairy. Seorang gadis yang sentiasa cemerlang dalam aktiviti sekolah sedari tadika lagi. Terkadang saya cemburu dengan kejayaannya, tetapi dia benar-benar layak untuk segala pengiktirafan yang diterima. Seorang gadis yang sentiasa gigih, sopan serta selalu memanfaatkan masa dengan hidangan ilmu walau kemanapun dia pergi. Uhibbuki fillah :)

Dan semenjak 20 mei sehingga hari ini ( 8 hari ) hidup saya agak perlahan. Setiap hari menantikan pengumuman tawaran tajaan MARA-JPA yang entah bila bakal keluar. Setiap hari mata saya dihadapkan pada layar skrin handphone mahupun laptop. Dan kadar durasinya semakin bertambah setiap hari dek kerana harapan yang terlalu tinggi. Facebook page 'Post SPM 2013' dilewati berkali-kali setiap hari menanti jawapan dari mereka. Astaghfirullah, terkadang rasa usaha sayalah yang melayakkan saya mendapat tajaan, sehingga terlupa pada Dia yang beri saya kekuatan untuk berusaha. Keyaqeenan saya tergugat pada yang Maha Esa. Padahal Dia mengetahui segalanya.

PENANTIAN saya sukar untuk dibunuh dek kerana harapan itu kini sudah melangit tinggi. Alhamdulillah saya mula juga buat persiapan untuk ke Asasi Sains Hayat di CFS IIUM. Dokumen-dokumen penting baru selesai dicetak. Senarai semak barangan keperluan untuk ke sana juga baru selesai ditulis tangan yang kini lebih indah dari cakar ayam. Alhamdulillah

Siang tadi sempat berkunjung ke Masjid India meraikan tetamu yang jauh. Pakcik Ali dan Che Ani beserta yuyu dan Irfan. Tok (nenek) juga turut sama kerana ingin bertemu dengan Kak Nda yang baru sahaja selamat melahirkan bayi . Alhamdulillah. walaupun sudah tua dan badannya sudah bongkok, insan mulia yang telah melahirkan bonda saya ini masih menggagahkan dirinya. Sempat saya berborak dengan Tok dalam keadaan mamai ( mengantuk sangat ). 
"Kita nie kalau berzikir La Ila Ha Illa Allah 300 kali baru jadi orang awam, orang kebanyakan. kalau orang yang soleh , alim tu berapa ribu kali?" Loghat terengganunya menambahkan manis dalam bicara
"Nampok dok tasbih Tok? Hilang doh. Hat ni tahan skek bulih 1tahun dok putus. Hok dulu-dulu putuh belaka"
"Nanti ira cari. Ada la tu kat mana-mana" Gagal untuk meniru loghat terengganu Tok. Cakap standard sahajalah!
"Baca La Ilah Illa Allah 300 kali, Allahumma 'afuwwun 100x Subahanallah 100x. Bulih 500x sehari . Hok tok guru tu kate kalau ye dok sempak nok habih siang tue, ye sambung malam pulok"
Saya terdiam dan otak kini ligat berfikir. Betapa banyaknya masa yang terbuang tanpa diisi dengan perkara yang berfaedah. Ibadah saya juga kini hambar, kurang khusyu'nya. Astaghfirullah. Semoga hadirnya mereka menambah barakah dalam rumah ini. Banyak perkara yang perlu dilihat dan dimuhasabah kembali. Sebelum saya melangkah ke Universiti tak lama lagi. Sekiranya saya gagal tajaan MARA-JPA maka destinasi ilmu saya adalah ke CFS IIUM campus Petaling Jaya in sya Allah.

Untuk para sahabat yang masih dalam dilemma, istikharahlah ( saya pun belum istikharah lagi ) dan musyawwarahlah. Teringat pada seorang sahabat saya yang sangat unik, Fari . Dilemma antara asasi sains hayat dan TESL di Australia. Sebenarnya saya bukanlah tempat terbaik untuk bermusyawwarah tetapi saya cuba juga memberikan respon PROs & CONs. Semoga Allah cenderungkan hatinya pada yang lebih baik buatnya. Kenapa sahabat saya ini unik ? Rahsia ...



Terasa masih panjang perjalan yet kematian itu hakikatnya lebih hampir. Takut terlalu engrossed dalam kehidupan padahal masih zero dalam sebenar-benar kehidupan ( alam akhirat ). Takut untuk hadapi hari esok kerana hari ini masih dalam kelalaian. Ya Allah berikanlah kami kekuatan dari cebisan-cebisan kekuatanMu yang menegakkan langit tanpa tiang dan memasakkan gunung-ganang diatas lipatan bumi ,


Saturday, 25 May 2013

Alkisah seorang yang selalu menanguh kerja…

“Salam ustaz… ana ada masalah.. ana selalu kerja tak menjadi. Apa yang dirancang tak pernah jadi…,” rungut Maslan.

“Ada contoh tak?” tanya Ustaz Rosli…

“Contohnya, ana cadang nak tukar bumbung rumah, tapi sampai sekarang ada hal saja yang menyebabkan ia tak jalan. Ana cadang nak tukar kerja, keluarga pula ada masalah. Ana cadang nak melancong, ada saja hal di pejabat yang mengganggu… Ana cadang nak kuruskan badan, tapi badan makin bertambah naik… semua tak jadi ustaz… tak tahu mengapa Allah buat begitu,” terang Maslan…

Ustaz Rosli membawa sekeping kertas dan melukis sesuatu untuk Maslan.

Maslan melihat ustaz Rosli melukis lima ekor burung camar yang berdiri di atas kayu…

“Ana nak tanya enta, jika satu daripada burung camar ini mengambil keputusan untuk terbang ke tempat lain, berapa lagi burung camar yang tinggal?” tanya ustaz Rosli.

Maslan melihat dengan pelik – soalan mudah ini pun nak tanya… tapi beliau tetap menjawab… “Er… empat” – seolah-olah merasakan ada udang di sebalik batu soalan tersebut…

“Tidak,” kata ustaz Rosli.

“Masih ada lima. Mengambil keputusan untuk terbang ke tempat lain dan terbang ke tempat lain adalah dua perkara berbeza? Faham maksud ustaz?” sambung ustaz Rosli.

Maslan tersenyum lebar – kerana mendapat jawapan kepada semua masalah yang dirungutnya.

Itulah realitinya – Maslan selama ini hanya bercakap nak berbuat sesuatu, tapi tidak melakukannya.

Berapa ramai yang mengalami masalah seperti Maslan? Seperti beliau, kita juga sama.

Berapa antara kita yang sudah membuat keputusan untuk berkorban, tapi akhirnya tidak dilakukan?
Berapa antara kita yang sudah membuat keputusan untuk bersuara pada sesuatu isu penting, tapi akhirnya tidak dilakukan?
Berapa antara kita yang sudah membuat keputusan untuk memperbanyakkan solat, bersenam, mengawal pemakanan, tapi akhirnya tidak dilakukan?
Berapakah antara kita yang sudah membuat keputusan untuk berubah, tapi akhirnya tidak dilakukan?

Ingatkan, membuat keputusan untuk terbang dengan sudah terbang adalah dua perkara berbeza.

Sudah buat keputusan untuk terbang? Maka terbanglah!



https://www.facebook.com/ustaztitm?ref=stream

This is a story ...


This is a story about four people
named Everybody, Somebody,
Anybody, and Nobody.
There was an important job to be
done and Everybody was sure that
Somebody would do it.
Anybody could have done it, but
Nobody did it.
Somebody got angry about that,
because it was Everybody's job.
Everybody thought Anybody could
do it, but Nobody realized that
Everybody wouldn't do it.
It ended up that Everybody blamed
Somebody when Nobody did what
Anyone could have.

Thursday, 23 May 2013

Jalan Pulangku ...


Tundukku malu didepanMu
kernaku insan berdosa
kuadukan sesalanku
apakah kan Kau terima

kesunyian ini sedarkan diriku yang lena
tinggalkan semalam yang nanah
lantas meratap hina kan ku pada sempurnaMu
terpaut aku tak berpaling

ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

suburkan cahaya menerangi langkahku
semaikan segala hiasan indah cintaMu

ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

ku mohon kau tenangkan gusar hatiku yang rawan
bimbang Kau singkirkan taubatku
kurayu Kau hulurkan keampunanMu padaku
kelakku zalimi diriku

Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa
sehingga masanya kau seru hujung nyawaku(x2)

ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

Tak jemu dimanakah hentinya rayuan taubatku padaMu....

Sunday, 19 May 2013

My IIUM Biological Science (Foundation) Official Offer Letter ( ALHAMDULILLAH)

Letterhead


NADHIRAH BINTI BAHARIN


20 May 2013
Dear Brother/Sister

Assalamu'alaikum Wrt. Wbt.

OFFER FOR ADMISSION TO THE FOUNDATION PROGRAMME, ACADEMIC SESSION 2013/2014*
Congratulations!
I am pleased to inform that you have been offered to join the Foundation Programme of the International Islamic University Malaysia.
The details of the offer are as follows:
a) Programme: BIOLOGICAL SCIENCE (SCIENCE)
b) Programme Code: Y0010
c) Matric No.
d) Date of Registration: 9 JUNE 2013
f) Time: 8.30 AM TILL 12.30 PM
e) Place of Registration: CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES, IIUM PETALING JAYA,SELANGOR
We also wish to notify you of the following fees:
a) Entrance Fees for ARTS based Programmes: RM420.00
b) Entrance Fees for SCIENCE based Programmes : RM500.00
(Once in duration study - to be paid at Bank Muamalat Malaysia Berhad before enrolment)
Admission into the Kulliyyah of Science is subjected to fulfilling the CGPA requirement as determined by the University Authority.
You are kindly requested to read Admission booklet carefully for further detail about the rules and regulations of the centre. This can be downloaded from our url: http://www.iium.edu.my/asasi/kemasukan/tawaran.html

Note: Medical, Pharmacy and Dentistry students will be placed at CFSIIUM Gambang Campus, Pahang from January 2014




WELCOME TO THE CENTRE FOR FOUNDATION STUDIES,
INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA.

GATEWAY TO THE GARDEN OF KNOWLEDGE AND VIRTUE
Thank you.
Wassalam.





HAJI MUHAMMAD SUHAIMY BIN MUHAMMAD SIDEK 

Deputy Dean
Office of the Deputy Dean
Admission and Records Department.
Centre For Foundation Studies IIUM

Keputusan Program Khas Lepasan SPM 2013 MARA | TERKINI 20 MEI 2013


Keputusan penuh bagi Program Khas Lepasan SPM 2013 SEKALI LAGI telah ditangguhkan dan hanya akan diumumkan pada 20 Mei 2013 selepas jam 5.00 petang
Penangguhan tersebut merupakan penangguhan terakhir.  Tiada lagi penangguhan akan dibuat selepas tarikh tersebut.

Tiada sebarang temuduga akan dijalankan selepas keputusan penuh dikeluarkan.

Keputusan tersebut juga boleh disemak di laman web rasmi MARA dan Facebook rasmi program.boleh disemak di laman web rasmi MARA dan Facebook rasmi program.

http://www.mara.gov.my/

Matluthfi

Tiba-tiba rasa semangat nak tulis dalam blog ni after baca blog Matluthfi  .

I ended up with

'gua tak taw nak tulis apa'

Thursday, 16 May 2013

Dunia yang lain

Di daerah ini aku kembali bertatih
Kembali belajar erti kehidupan
Seakan bayi yang baru lahir
Aku terpaksa merangkak susah dan payah
Kerana disini dunia asing
Walau dulu disinilah bumiku

Kini perlu untukku sekali lagi mencorak
Mewarnai duniaku dengan 1001 warna
Bereksperimenkan rasa, jiwa, kata dan bahasa
Bukan aku goyah menjadi Sang Ghuraba'
Tapi aku butuh islah 

Berkali-kali aku cuba untuk merubah
Berkali-kali juga aku hampir rebah
Tapi takkan sekali aku patah
Kerana bimbang aku yang berubah

Hari Guru di KAFA integrasi Al-Imaniah

Hari ini aku kesekolah agama yang dah lama tak kujejakkan kaki ke sana... Ditemani tiga orang gadis manis bersama, Shahidatu Haini, Munirah Athirah dan Nurhidayah Azalia yang sentiasa kusenangi. Terubat juga rindu yang sudah lama bersarang.

Setibanya di sekolah seperti biasa kami 'main tarik tali'.Semua segan nak masuk dahulu. Akhirnya Munirah Athirah juga yang mengalah .. Barakallaufeek ya ukhti ;) kami duduk dibelakang sambil. Adik-adik yang comel-comel sedang buat ersembahan mengikut kelas. Subhanallah, memandang insan-insan kecil ini membuatkan diri ini terdetik betapa sucinya hati mereka yang belum terpalit dosa. Sedang aku ini insan pendosa yang sering kali terlupa... atau sengaja lupa... pada TAUBAT 

Mata melirik satu persatu saff asatizah nun didepan sana. Kak Aunee juga ada sama menggantikan ustazah Shahirah yang sedang cuti bersalin. Semoga Allah merahmati Ustazah Shahirah dan megurniakan sebesar-besar pahala padanya. Juga beberapa lagi ustaz ustazah yang tidak kukenali. 

Usai persembahan kira-kira jam 6 petang kami pun menyerbu masuk bilik guru. Jika dulu hanya sebuah komputer buat memudahkan tugasan pengkeranian guru-guru disini, kini sudah ada 3 biji. Ustaz ustazah juga tidak kurang hebat. Masing-masing sudah ada tablet, ipad atau smartphone sendiri. Saya tak dapat bayangkan lagi 10 tahun apalagi beza nuansa disini.

2 bekas 'cheesy wedges' buat santapan ustaz ustazah yang sedia berkorban buat anak didik harapan agama. Saya baru beli usai mengambil adik bongsu, Nashitah Baharin dari sekolah rendah.Setengah jam juga mahu beli segala wedges dan cheese. Nashitah juga sudah monyok dan memprotes. Sesampai dirumah terus dibebel. Rupa-rupanya hendak berlatih nasyid untuk persembahan hari ini. Patutlah ajak 'shopping' pun muncung sampai hidung. Maafkan akak ye. Hari guru punya pasal hari ini dia bersiap extra-special sikit. apa yang extra nye ? Rahsia

"Eh tak ada apa-apakah untuk ustazah" Ustazah Azizah menyerang.
"Hihi mestilah ada ustazah. Ni cheesy wedges ni. Tapi tak seberapalah" Saya tersengih
"Oh ye ke ? terima kasihlah."Ustazah Azizah senyum 'full-bloom". Subhanallah walaupun tak seberapa tetapi penghargaan yang saya terima macam hadiahkan i-phone 5 pula. Indahnya bersyukur pada sekecil-kecil nikmat. Air liur ditelan terasa pahit. Saya terkesan.

Kami dijemput makan sekali. Tapi masing-masing segan. Terima kasih Kak Auni yang bersusah payah menyuapkan nasi untuk kami. Gara-gara malu punya pasal. Lain kali suaplah lagi !

"Kamu semua nak sambung mana" Ujar Ustazah Jasminah, Guru Besar kami.

"In sya Allah mesir!" Saya mengusik Shahidatul Haini disisi. terkekek-kekek dia sambil menyiku pinggang saya.

"Bakal doktor ini ustazah" Saya mengusik lagi. Lama sudah tidak bergurau senda begini dengan mereka

"Alhamdulillah" 

Sesi tukar hadiah pula berlangsung kurang lebih setengah jam. Antara guru-guru sahaja. Saya ditugaskan seagai jurukamera, tetapi telah menyerahkan mandat itu awal-awal kepada Muazzam Baharin, adik saya yang juga alumni disini. Ada ustaz-ustaz.. segan!

Macam-macam hadiah. Ustazah Azizah dapat penimbang berat badan. Ustazah Jasminah dapat Teddy Bear (ustazah Azizah yang beri!) Kak Auni.. Eh silap.. Ustazah Auni dapat sudu garfu ( Kasihan sebab asyik kene sindir. Tak lama lagi lah tu ... boleh buat time bersanding) yang bagi Softlan dengan Sunlight pun ada .. UNIK !

Tak perlu hadiah mahal-mahal. Sang murabbi disitu semua tahu erti menghargai dan bersyukur. Cubalah beri intan segunung pun, kalau hidup tak tahu dek untung sia-sia sahaja pemberian itu

Terima kasih guru-guruku dan guru-guru yang setia menemani anak bangsa. Jasa kalian hanya Allah yang mampu balas. Mungkin kalian tidak kaya didunia tetapi andalah JUTAWAN AKHIRAT . In Sya Allah 

SELAMAT HARI GURU !!


Tuesday, 14 May 2013

Hari Nakbah Palestin | 15 Mei 1948


Nakbah = Suatu musibah, bencana atau malapetaka yang besar bagi rakyat Palestin sehingga mereka lari meninggalkan rumah dan kampung halamannya.
 Penduduk Palestin memanggil dengan nama tersebut pada hari selepas Negara haram Israel ditubuhkan secara rasmi.
• 15 Mei 1948 = 64 tahun yang lalu.Apa yang berlaku?
1948, sebelum negara Israel ditubuhkan, penduduk palestin diusir, ada yang dibunuh, kampung mereka dihancurkan, rumah, harta, tanah, ladang kebun mereka dirampas, dan kemudahan-kemudahan milik rakyat awam juga dimusnahkan. Tentera Israel yang menceroboh kampung mereka telah merampas dan merebut rumah serta tanah yang ditinggalkan pemiliknya.
15 Mei 1948, British mengambil keputusan untuk keluar dari tanah Palestin pada hari tersebut. Kerajaan sementara Israel ditubuhkan di Palestin, dengan sokongan dari PBB. Maka wujudlah penempatan Israel di tanah Palestin sehingga kini.
Israel diterima sebagai negara anggota PBB. Pada masa yang sama PBB mengarahkan Israel untuk membenarkan rakyat Palestin kembali ke tanah air mereka, tetapi Israel tidak mematuhi arahan ini. Akhirnya rakyat Palestin terpaksa tinggal di kem-kem pelarian di bawah kelolaan UNRWA (Agensi Bantuan dan Kerja Amal PBB) di Jordan, Lubnan, Syria, Tebing Barat, dan Gaza.
Daripada 800,000 orang-orang Arab yang tinggal di wilayah Israel yang diadakan sebelum tahun 1948, hanya kira-kira 170,000 yang kekal. Selebihnya menjadi pelarian di negara-negara Arab sekitar seperti Lubnan, Syria, Jordan, Mesir dan Yaman, mengakhiri majoriti Arab di negara Yahudi.
• Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.
Kekejaman askar Israel telah menyebabkan ribuan rakyat Palestin, meninggalkan desanya, menjadi pelarian menyelamatkan diri. Sekitar 70,000 orang rakyat Palestin menjadi pelarian meninggalkan tanah air tercintanya dengan perasaan sedih dan linangan air mata. Sehingga sekarang mereka masih menyimpan kunci rumah yang pernah mereka diami suatu masa dahulu dengan harapan mereka dapat kembali pulang ke tanah air dan rumah mereka.
Mereka tidak pernah berhenti dari berjuang untuk mendapatkan kembali hak mereka. Mereka masih menaruh harapan kerana dengan harapan, hadirnya keinginan dan usaha diiringi pengorbanan. Kita juga bertanggungjawab membantu saudara kita dengan pelbagai cara mengikut kemampuan kita. Sejauh manakah kita peduli dan cakna akan mereka?
Kanak – kanak perempuan Palestin dalam satu protes pada Hari Nakbah di Hebron, Tebing Barat. Di posternya tertulis, “Sesungguhnya kami akan kembali, Palestin.”Kebanyakan pelarian Palestin di Tebing Barat adalah keturunan keluarga yang berasal dari kawasan-kawasan yang telah dimasukkan ke dalam jajahan Israel pada tahun 1948.
Mulakan dari sekarang. Masih belum terlambat. Sekurang – kurangnya kita telah berusaha sesuatu dari hanya berdiam diri.
Sama –sama kita sebarkan dan wujudkan kesedaran ini.
Penduduk Palestin terpaksa melarikan diri
Bandar Jerusalem selepas diserang
Tragedi Deir Yassin-Rakyat Palestin yang dibunuh termasuklah bayi,kanak-kanak,orang tua dan ibu mengandung
Tentera Yahudi sedang bersiap untuk menyerang
Wanita Palestin dari kem pelarian Bilatah ini memegang kunci rumahnya di mana dia telah diusir oleh Israel pada tahun 1948.
Ingatlah! Mereka semua adalah saudara kita..